by on 23/02/2023 463
Sorotan Utama |
|
“Kami faham anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda. Nappy Bunch Childcare Center berbangga untuk memberi sumbangan kepada penjagaan dan pendidikan anak anda di peringkat awal mereka yang penting, membantu mereka maju melalui kurikulum berperingkat dengan penuh keyakinan. Bersama-sama, kami memastikan bahawa perjalanan pembelajaran setiap kanak-kanak yang bersama kami dipenuhi dengan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna, dengan kenangan zaman kanak-kanak yang menggembirakan,” pengasasnya Cik Darshini memperkenalkan kami kepada pusat yang agak baru ini.
Nappy Bunch terletak di satu lot kedai di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ia emberi perkhidmatan kepada kanak-kanak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun. Ruang pembelajaran pusat jagaan kanak-kanak ini dipenuhi dengan bahan pendidikan yang dikaitkan dengan keperluan dan minat kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan, memberikan mereka persekitaran pembelajaran yang optimum. Terdapat juga taman permainan dalaman dan luaran untuk kanak-kanak membina otot yang lebih kuat dan kesihatan pernafasan yang lebih baik. “Memandangkan kami menjaga kanak- kanak yang sangat kecil, adalah amat penting untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik supaya dapat mengurangkan risiko penyakit untuk semua orang. Untuk mengekalkan persekitaran yang sihat, kami sering menjalankan pemeriksaan suhu badan, membersihkan bahan pembelajaran dan juga memastikan alat-alat permainan untuk bayi tidak dicampur-aduk denga orang lain. Selain daripada itu, terdapat juga penapis udara serta CCTV,” Cik Darshini memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa standard kebersihan dan keselamatan di pusat adalah mencukupi.
Di Nappy Bunch, guru yang penyayang berusaha membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan mereka dalam cara mereka bermain, belajar, bertindak dan bercakap. "Selain daripada memerhati perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa, corak kemajuan mereka membolehkan kami mengenal pasti sebarang kelewatan perkembangan atau keperluan khas yang mungkin terdapat pada kanak-kanak. Kami boleh membuat susulan dengan intervensi awal jika perlu, dan ini sangat penting," kata Cik Darshini .
Untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak, Nappy Bunch telah menggabungkan kurikulum berasaskan Montessori. Ia membolehkan kanak-kanak berkembang mengikut rentak mereka sendiri dari segi pembangunan sosial, emosi, intelek, bahasan, fizikal, kreatif, moral dan kemahiran motor mereka.
Nappy Bunch Childcare Center menawarkan Playschool, Penjagaan Harian dan Kurikulum Pengayaan untuk kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 4 tahun. Sekiranya ibu bapa memerlukan penjagaan harian kecemasan untuk bayi dan kanak-kanak kecil, penjagaan mengikut jam juga tersedia. Dan jika anda ingin anak anda menyertai aktiviti rekreasi yang menyeronokkan, datanglah pada hari Selasa, Rabu atau Khamis.
Di Nappy Bunch, bayi diasuh dalam suasana yang menenangkan di mana semua benda dan orang sentiasa dalam keadaan selamat dan bersih. Para pengasuh akan mengimbangi jadual harian supaya keperluan penyusuan dan tidur dipenuhi, dan pada masa yang sama berpeluang untuk memperkenalkan kemahiran baru kepada mereka. Setiap bayi akan menjalani rutin individu, dan ibu bapa akan menerima laporan harian mengenai masa penyusuan, pertukaran lampin, serta tingkah laku dan kemahiran baru yang anak mereka pelajari. Terdapat banyak ruang di pusat untuk bayi meneroka, termasuk aktiviti ‘tummy time', latihan keseimbangan dengan bola yoga, dan juga aktiviti yang merangsang perkembangan deria mereka.
Beralih ke peringkat seterusnya, apabila kanak-kanak meningkat usia dan keinginan mereka untuk meneroka dunia di sekeliling mereka semakin meningkat, mereka akan diperkenalkan kepada peluang pembelajaran yang lebih luas dalam 5 bidang pengajian utama kurikulum Montessori – Kehidupan Praktikal, Deria, Matematik , Bahasa dan Budaya. Dengan menggunakan tema yang menarik seperti Haiwan Ladang dan Perayaan, kanak-kanak akan mendapat pengetahuan baru dan memahami konsep mata pelajaran untuk memastikan mereka bersedia untuk ke tadika. Dalam kumpulan belajar yang terdiri daripada kira-kira 5 kanak-kanak dan seorang guru, kanak-kanak akan belajar mengikut rentak mereka sendiri, mengulangi aktiviti sehingga mereka berpuas hati, dan juga boleh memilih apa yang mereka ingin lakukan semasa waktu bermain. Di samping itu, kanak-kanak dapat menikmati kurikulum pengayaan yang menyeronokkan, termasuk ‘messy play’, muzik, memasak, seni dan kraf, berkebun dan malam perkhemahan.
Di sepanjang perjalanan pembelajaran ini, guru-guru di Nappy Bunch dilatih untuk menyemai tabiat yang baik kepada kanak-kanak, seperti belajar cara berkongsi, bergilir-gilir dan menghormati orang lain. Melalui main peranan, kanak-kanak digalakkan untuk menunjukkan interaksi sosial dalam senario yang berbeza. Para guru juga menunjukkan teladan yang positif dengan sering mengucapkan “tolong” dan “terima kasih”.
"Paling penting sekali, kami percaya bahawa pemakanan yang berkhasiat juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat," tambah Cik Darshini. Pelan makanan di Nappy Bunch direka khas dan diperakui oleh pakar pemakanan. Kanak-kanak mengambil makanan yang dimasak dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang segar, dan tanpa garam, gula atau MSG. “Hanya pemanis semula jadi seperti kurma atau pisang digunakan. Malah kami telah mencipta campuran bijirin kami sendiri supaya kami tahu kandungan sebenar di dalam hidangan.”