by on 30/11/2021 892
Sorotan utama |
|
Myquest Academy merupakan penyedia perisian program pendidikan MiKids, yang dicipta khusus untuk penggunaan tadika dan taska. Program pendidikan yang penuh keseronokan ini turut diedarkan kepada pusat pengayaan serta pusat tuisyen, namun ia hanya boleh diperoleh melalui ejen atau wakil mereka sendiri.
Program MiKids, yang kini digunakan di beberapa bahagian dunia, menggunakan pendekatan pengajaran teori Multiple Intelligence (Kecerdasan Pelbagai) ciptaan Dr Howard Gardner. Setiap program MiKids ini mempunyai unsur-unsur linguistik, logik dan muzik. Malah, seperti dijelaskan oleh Pengarah Pemasaran Myquest Academy, Cik Norra kepada Kiddy123, program Matematik pun didatangkan dengan unsur lagu untuk membantu minda-minda muda menyerap pelajaran dengan lebih mudah. Program ini terdiri daripada bahan pembelajaran taska dan/atau tadika, kertas kerja (kertas kerja tambahan akan disediakan), program pengajaran multimedia, serta latihan atas talian guru dengan rancangan pengajaran, sumber-sumber pengajaran, laporan kemajuan dan juga kertas penilaian. Pakej yang ditawarkan agak fleksibel, dan pemilihan dapat dilakukan terhadap mata pelajaran yang dikehendaki. Setiap pakej akan turut disertakan dengan semua buku contoh lain, banner, dan risalah untuk rujukan mudah dan untuk merancang pembelian seterusnya.
Program MiKids merangkumi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Mandarin, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Kami juga diberi tahu bahawa Bahasa Arab akan dapat diperolehi tidak lama lagi.
Ramai yang tidak menyedari bahawa program Bahasa Inggeris MiKids kini digunakan di lapan negara di seluruh dunia! Malah terdapat juga sebuah Sekolah Antarabangsa MiKids yang berlokasi di Vietnam! Perkara ini sebenarnya tidak patut mengejutkan, kerana pengasas Program Bahasa Inggeris MiKids adalah seorang individu yang terkemuka di dalam arena pendidikan, iaitu Profesor Dr Gerry Knowles @ Profesor Dr Abdul Rahman dari University Lancaster.
Kelebihan penggunaan program MiKids di taska, tadika, pusat pengayaan dan sebagainya adalah, ia tidak mengusik pengurusan pelanggan. “Program-program MiKids didatangkan sedia untuk dipasang dan digunakan. Pembeli tidak perlu meletakkan logo atau banner kami di lokasi mereka jika tidak ingin melakukan demikian, dan caj yang mereka kenakan untuk program ini juga terpulang kepada mereka,” Cik Norra menerangkan. "Bagi caj kurier untuk program MiKids pula, semuanya ditanggung oleh kami di My Quest Academy, kecuali Malaysia Timur, di mana kami akan kanakan bayaran 50/50," akuinya sambil tersenyum.
Program MiKids dikategorikan mengikut umur, dan untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun, bahan-bahan pengajaran termasuk buku teks, buku aktiviti, dan Kad Imbas-E (E-Flashcards), serta rancangan pengajaran khusus untuk guru. Terdapat juga penilaian pelajar yang boleh diisi oleh guru, dan ini sebenarnya memudahkan lagi kerja guru. Program MiKids dicipta supaya fleksibel dan boleh diubah suai oleh guru mengikut keperluan mereka yang tertentu. Program untuk kanak-kanak 3 tahun pula selaras dengan kurikulum PERMATA, dan ia digunakan oleh taska-taska di seluruh negara.
MiKids direka supaya selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (PSPK) kami. Sebagai medium pembelajaran multimedia, ia merupakan cara pembelajaran yang lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak di tadika.
Tambahan pula, ia mempunyai banyak unsur muzik yang disukai oleh kanak-kanak, justeru ia menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan berbanding dengan penggunaan kaedah pembelajaran konvensional. Satu keistimewaan ketara MiKids ialah penggunaan lagu ciptaannya sendiri, serta lagu-lagu tradisi kebudayaan Malaysia seperti Jong Jong Inai, contohnya, yang sedikit sebanyak mampu membiasakan kanak-kanak dengan beberapa permata budaya kita yang semakin lenyap.
Program Mikids sesuai untuk kedua-dua kelas fizikal dan dalam talian. "Kami juga menawarkan portal khas untuk memudahkan sesetengah ibu bapa yang terlalu sibuk pada siang hari untuk memantau pembelajaran dalam talian anak-anak mereka. Dengan adanya portal ini, mereka boleh hadir pada bila-bila masa, 24 jam sehari, untuk menyemak kemajuan anak mereka," Cikgu Norra terus berkongsi. Kami juga dimaklumkan bahawa portal ini adalah percuma!
Apabila taska dan tadika menggunakan program MiKids, bukan sahaja pembelajaran dipermudahkan, malah beban dan tugas guru-guru juga diringankan berbanding kaedah pengajaran konvensional. Sesebuah tadika mungkin juga tidak perlu hanya menerima guru yang mempunyai ijazah untuk mengajar, kerana pemohon yang mempunyai diploma juga akan mencukupi. “Rancangan pengajaran yang disediakan untuk para pendidik juga disertai garis panduan yang jelas dan mudah diikuti, dan ia amat bermanfaat bagi mereka. Rancangannya juga agak fleksibel dan boleh diubah suai mengikut gaya pengajaran peribadi,” hurai Cik Norra. Para guru amat digalakkan untuk mengikuti latihan yang disediakan oleh My Quest Academy untuk program MiKids ini, agar mereka dapat menikmati faedah program tersebut dengan sepenuhnya.”
Di Myquest Academy, bukan sekadar penjualan program MiKids sahaja yang dititikberatkan. Ejen-ejen MiKids yang berada di semua negeri di seluruh negara sentiasa berhubung rapat dengan taska dan tadika yang menggunakan program ini, untuk menawarkan khidmat nasihat serta perkhidmatan selepas penjualan jika diperlukan.