by on 14/01/2022 1591
Sorotan utama |
|
Jika kita fikirkan tentang keperluan anak-anak kita supaya berkembang dengan baik pada ketika ini, sudah tentu fikiran kita tidak dapat lari daripada kemahiran bahasa dan interaksi sosial, memandangkan bahawa ia merupakan asas kejayaan, tidak kira apa yang menunggu mereka di masa depan. Kiddy 123 berpeluang untuk bertemu bual dengan Encik Poh Pang Min, Ketua Pegawai Eksekutif dan salah seorang Pengasas MyGenius Education Group, di mana beliau mendedahkan kepentingan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Mandarin, dalam pemerolehan peluang-peluang keemasan dan juga pencapaian tinggi.
Ditubuhkan pada 2017, MyGenius bermula sebagai pusat tuisyen berikutan ketidakpuasan hati Encik Poh terhadap sukatan pelajaran serta kurikulum yang ditawarkan di kebanyakan sekolah kebangsaan serta pusat tuisyen. Pada masa itu, Encik Poh juga tengah mengubah arah kerjayanya selepas meninggalkan industri Minyak dan Gas. Seterusnya, perhatiannya beralih kepada kualiti pendidikan yang sedang diterima oleh kebanyakan kanak-kanak di Malaysia pada masa itu.
“Agak terkilan rasanya apabila saya menyedari bahawa kanak-kanak yang menuntut di sekolah-sekolah konvensional tidak mendapat peluang yang sewajarnya untuk menguasai penggunaan bahasa dengan baik, padahal kemahiran bahasa amat penting untuk masa depan mereka,” jelasnya.
Bersama rakan seperjuangannya, Encik Tan Chuey Yong, yang juga pengasas bersama MyGenius, beliau telah ditubuhkan tadika ini untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menguasai bahasa-bahasa utama di negara kita, iaitu bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan khususnya, bahasa Mandarin. Setakat ini, MyGenius mempunyai empat cawangan yang menawarkan pendidikan cemerlang untuk kanak-kanak, dengan tumpuan khas untuk menyediakan mereka untuk pendaftaran ke sekolah rendah Cina.
“Mandarin merupakan bahasa yang sedang digunakan secara meluas di seluruh dunia, di mana kemahiran penggunaan bahasa ini merupakan kunci untuk membuka lebih banyak pintu kejayaan untuk masa depan kanak-kanak. Kemahiran dalam bahasa Mandarin juga mampu meraut lebih banyak peluang untuk pekerjaan yang bergaji tinggi, dan seterusnya, kualiti dan gaya hidup yang lebih baik,” kongsinya bersama. “Bagaimanapun, bahasa Mandarin bukanlah bahasa yang mudah untuk dikuasai, dan sari segi ini, saya berhasrat untuk melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan ini. Selain daripada memastikan mereka mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran teras mereka seperti Matematik dan Sains, saya ingin melihat graduan-graduan MyGenius muncul dengan penguasaan bahasa Mandarin yang pastinya dapat memacu mereka ke arah kejayaan, serta masa depan yang lebih cerah.”
Lokasi Tadika MyGenius agak strategik, dan ia berumah di lot kedai tiga-tingkat. Tiada sebarang usaha diabaikan dalam memastikan bahawa persekitarannya sentiasa kondusif untuk pembelajaran, khususnya penguasaan bahasa! Sambil mendapat pendedahan yang secukupnya kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar juga didedahkan kepada bahasa Mandarin untuk kebanyakan masa mereka berada di sini, supaya mereka dapat menguasainya dengan lebih baik. Bahasa Mandarin juga merupakan pengantar di MyGenius. Boleh dikatakan bahawa dalam umur pembelajaran kritikal mereka ini, kanak-kanak dijangka menerima 10 jam atau lebih pelajaran yang dijalankan dalam bahasa Mandarin. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kami mendapati bahawa sebelum mereka memasuki sekolah rendah, hampir 100% pelajar MyGenius boleh bercakap dengan fasih dalam bahasa Mandarin!
Terdapat sebab-sebab yang nyata di sebalik kejayaan yang memberangsangkan ini, di mana Encik Poh dengan sukacitanya berkongsi dengan Kiddy123 tentang 5 Bidang Tumpuan Pendidikan Utama yang diamalkan di MyGenius. Berikut adalah penguraiannya:
Penguasaan Tiga Bahasa (Trilingual) - Walaupun tumpuan diberikan kepada bahasa Mandarin, seperti mana sedia maklum, pelajar MyGenius juga didedahkan dengan sewajarnya kepada bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, membolehkan mereka bertutur, membaca dan menulis dalam ketiga-tiga bahasa ini. Tambahan pula, persekitaran pembelajaran di MyGenius memainkan peranan penting. Encik Poh seterusnya menjelaskan bagaimana keserasian ruang pembelajaran dapat mempengaruhi kejayaan kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu.
Di MyGenius, persekitaran yang direka khusus, mesra kanak-kanak dan kaya dengan unsur-unsur pengayaan sosial membantu memastikan kanak-kanak dapat memanfaatkan dengan sepenuhnya masa yang dihabiskan di sini dan muncul sebagai individu muda yang pintar dan fasih dalam berbilang bahasa.
Penerokaan dan Pembelajaran melalui Pengalaman - Kini, pembelajaran yang bergantung kepada buku teks tidak lagi memadai. Kemungkinan juga, ia tidak pernah memadai. Di sini perlu ditekankan bahawa jika kita memahami cara kanak-kanak dapat belajar dengan sebaik-baiknya, maka kita akan berada dalam kedudukan untuk memberikan mereka yang terbaik. En Poh dan pasukannya berusaha dengan sesungguhnya untuk mengetahui bagaimana cara kanak-kanak dapat belajar dengan baik. Itulah sebabnya MyGenius, sambil mensimulasikan bilik darjah formal, menawarkan pembelajaran berasaskan tema, penerokaan dan pengalaman. “Ambillah mata pelajaran Sains sebagai contoh. Berbanding dengan sekadar menunjuk pada daun dalam buku, guru Sains kami mungkin akan membawa masuk daun sebenar ke dalam bilik darjah untuk kanak-kanak menyentuh, merasa dan belajar,” kongsinya. Ini hanyalah contoh bagaimana pengajaran dijalankan - guru berusaha sedaya upaya untuk memastikan kanak-kanak menikmati pelajaran mereka dalam persekitaran yang memberangsangkan, dan pulang semakin bijak setiap hari.
Pembinaan Akhlak dan Budi Pekerti - Berbudi bahasa, baik hati, bertata susila. Disebabkan pengaruh media sosial, filem di televisyen dan pawagam, dan juga faktor-faktor lain, perangai anak-anak kita terjejas, di mana is dipengaruhi secara negatif. Sudah tentu ibu bapa mempunyai peranan masing-masing dalam menangani isu ini. Namun, kita patut sedar bahawa kanak-kanak cenderung menghabiskan masa yang lama di tadika mereka. Oleh itu, para guru yang mengajar di MyGenius juga berusaha untuk mengajar kanak-kanak tentang sifat-sifat yang murni dan berharga. “Kami ingin melihat mereka membesar dengan lebih berempati, baik hati dan mengambil berat tentang orang lain. Ia patut bermula dari usia muda ini, menuju masa depan yang lebih bahagia," kata Encik Poh.
Kemahiran Sosial dan Kehidupan - Cara kita bergaul dengan orang lain, dan juga kepandaian kita dalam menjaga diri dan keluarga bukanlah kemahiran yang dimiliki sejak lahir. Lebih awal kita mempelajarinya lebih baik. Walaupun semua ini bukan sebahagian daripada program pendidikan awal yang biasanya ditawarkan tadika-tadika, di MyGenius, ia adalah sebahagian besar daripada pendidikan kanak-kanak. Kerjasama, mendengar semasa orang lain bercakap, saling berkongsi, menunjukkan rasa syukur, menjaga kebersihan diri, serta menjaga alam sekitar dan sebagainya - Di MyGenius, para pelajar diwajibkan mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dan kehidupan yang pasti dipuji, yang bermanfaat sepanjang hayat mereka.
Perkembangan Fizikal - Setiap kanak-kanak patut diberi peluang untuk bermain, sebab ia adalah elemen yang amat penting untuk pembangunan dan pembesaran yang sihat. Bagi kanak-kanak, bermain bukan sahaja merupakan cara mereka hiburkan diri, namun melalui aktiviti-aktiviti bermain, kanak-kanak dapat mengasah kemahiran motor, imbangan dan koordinasi mereka. Walau pun aktiviti luar tidak disyorkan pada masa ini, namun para pelajar MyGenius sentiasa aktif kerana mereka berpeluang bersenam dengan selamat di taman permainan dalaman yang telah didirikan di tingkat bawah bangunan tadika tersebut di Cyberjaya. Ia merupakan kawasan permainan yang serba lengkap, di mana kanak-kanak boleh berlari, melompat, memanjat, dan sebagainya.
Di MyGenius, guru-guru yang diambil untuk mengajar perlu fasih dalam Mandarin, di mana mereka juga perlu mengetahui sukatan pelajaran tadika tersebut dari luar dan dalam. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu was-was tentang kebolehan guru-guru, kerana mereka paling sesuai untuk tugas mengajar, memperkaya, dan menjaga pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai keperluan. MyGenius menyerlah dalam industri pendidikan sebagai salah sebuah tadika terbaik untuk menyediakan kanak-kanak untuk kemasukan ke sekolah rendah Cina.