by on 23/05/2022 956
Fokus Utama |
|
MindChamps PreSchool merupakan sebuah pra-sekolah yang menyediakan pengalaman terbaik untuk kanak-kanak dalam mempersiapkan mereka dengan asas yang kuat untuk berjaya disekolah dan diluar. Pra-sekolah ini mula berkembang dan dikenali di Australia, Singapore, Indonesia dan yang terkini, di Straits View, Johor Bahru, Malaysia.
Dengan kemudahan yang canggih dan kurikulum yang terkini yang berdasarkan penyelidikan yang khusus, MindChamps telah menjadi sebuah pre-sekolah yang diperkatakan dan mendapat pengiktirafan. Jenama MindChamps adalah pilihan yang utama dan tepat untuk para ibu bapa yang terkini kerana mereka MindChamps dikenali sebagai sebuah pra-sekolah dengan integrity dan berkualiti tinggi yang terdapat dalam penyeliaan pendidikan.
MindChamps PreSchool, Straits View, Johor Bahru menawarkan asuhan sepanjang hari untuk kanak-kanak berusia antara 18 bulan hingga 6 tahun diperingkat penjagaan, bermain dan pendidikan. Program-program yang disediakan memupuk pelabgai aspek yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak pra-sekolah, kemahiran yang pelbagai dalam menyediakan kanak-kanak kepada perubahan pendidikan, persekitaran, rutin dan hubungan apabila mereka masuk ke sekolah rendah, memudahkan mereka untuk bertukar dari pra-sekolah ke pendidikan selanjutnya.
Apa yang membuatkan MindChamps lain dari yang lain adalah pegangan dan komitmen para penyelidik, penasihat dan pembimbing yang kuat dan bersemangat dalam menemui cara terbaik dan mencorakkan penemuan ini untuk dijadikan inisiatif bimbingan yang terbaik untuk kanak-kanak.
“Dalam kebanyakan pendidikan nasional, didapati kanak-kanak tidak diajar bagaimana untuk belajar. Ini menjadikan mereka untuk memiliki mindset yang menghalang mereka untuk meneroka dan bertanya, yang menahan mereka untuk memiliki kebolehan menerap ilmu.” – MindChamps. Oleh itu, sebagai menyahut cabaran akan isu ini, MindChamps berusaha untuk berkolaborasi bersama para penyelidik dan pakar pendidikan antarabangsa, antaranya Emeritus Professor Allan Snyder FRS, pakar Saraf yang tersohor, untuk merumuskan rencana yang unik dalam pembentukan minda kanak-kanak. Kurikulum maju yang ditawarkan oleh pra-sekolah ini adalah berpandukan penyelidikan yang terdiri dari 4 bahagian: Pendidikan, Neurosains, Psikologi dan Teater.
Para pembimbing di MindChamps adalah didorong oleh kepentingan kanak-kanak didalam segala aspek pra-sekolah. Usaha dan tenaga diletakkan sepenuhnya dan mereka percaya dalam kerja berpasukan untuk mencapai matlamat dan objektif pra-sekolah.
Untuk menjamin quality pendidikan yang diberikan, para pendidik di MindChamps menerima 200 jam latihan yang khusus dan akreditasi dari ibupejabat di Singapura. Guru-guru dan pelatih mendapat latihan yang terbaik dari pakar-pakar tersohor dalam memastikan mereka bersedia dengan kurikulum dan pendidikan untuk memberi impak kepada kanak-kanak di MindChamps.
Revolusi pendidikan telah memberi pendekatan kepada keunikan model pendidikan awal 3 Minda; Minda Juara, Minda Pembelajaran dan Minda Kreatif.
Minda Juara (The Champion Mind) – menggalakkan keunikan individual, yang melangkau kebijaksanaan dan mengharungi cabaran untuk mencapai kejayaan.
Minda Pembelajaran (The Learning Mind) – mempersiapkan kanak-kanak dengan strategi yang efektif cara-rara untuk belajar dan membantu mereka untuk lebih memahami, meyimpan dan mengingati konsep dan informasi.
Minda Kreatif (The Creative Mind) – menghubung dan menyatukan pelbagai perspektifuntuk membantu kanak-kanak menyelesai masalah dengan pendekatan yang baru dan kreatif.
Untuk memaksimumkan pembangunan 3 Minda, MindChamps menggunakan kaedah S.M.I.L.E.S, yang bermaksud; Sensory, Motor (Music and Movement), Intellectual, Linguistic, Emotional and Social. Ia adalah prinsip yang menghargai minda dan aspek perubahan yang berterusan, dan aktiviti-aktiviti lain yang memberi pengalaman melalui kaedah S.M.I.L.E.S.
Dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan aktiviti S.M.I.L.E.S, para pembimbing di MindChamps menjadi tunjak dalam memberikan simulasi yang bersesuaian kepada kanak-kanak mengikut umur, dan seterusnya membantu dalam kematangan minda dan emosi.
Kurikulum di MindChamps merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan yang berdekad dalam pembentukan 4 ciri utama; Pendidikan, Neurosains, Psikologi dan Teater. Ciri-ciri utama ini berupaya mepersiapkan kanak-kanak dengan kemahiran, kemudahan dan pemikiran untuk berjaya dimasa hadapan. Berikut adalah unsur-unsur yang memainkan peranan pembangunan akademik dan pengayaan program:
Core Curriculum | |
---|---|
Enquiry Teaching & Learning™ |
MindChamps Reading & Writing™ |
Fun with Language™ |
Numeracy Strategies™ |
The Love for Chinese Language™ |
The Love for Malay Language™ |
Enrichment Programmes |
---|
Creativity & Theatrical Strategies™ |
Gourmet Moments™ |
Music for the Mind™ |
NeuroMooves™ |
Permulaan awal kanak-kanak adalah waktu yang penting dalam menyediakan perkara asas. Asas yang diperlukan adalah kebijaksanaan, Kognitif, Sosial dan pembangunan sahsiah haruslah dirancang dengan rapi, supaya peningkatan dan kejayaan dapat dicapaiMindChamps
Seperti cawangan yang lain, MindChamps menyediakan rekabentuk dalaman dan luaran yang terbaik bagi memudahkan kanak-kanak untuk berkembang secara meyeluruh. Bukan sahaja persekitaran yang mengalu-alukan, bahkan kemudahan yang disediakan serba canggih dan terkini. Pusat kami di Straits View dilengkapi dengan kemudahan luar seperti kolam renang cetek, trek larian, kawasan bercucuk tanam, gim, gelanggang bola keranjang dan padang futsal. Masa yang diluangkan diluar kelas memberi peluang yang baik untuk kanak-kanak berkreatif dan membina keyakinan diri, serta aspek-askpek lain untuk menjadi Juara Minda.
Di MindChamps, keselamatan adalah dititik beratkan. Ibu bapa tidak perlu risau apabila menghantar anak-anak merak di MindChamps, kerana kami memberi penekanan dalam mengikut amalan utama; disinfektasi yang menyeluruh dan pengambilan suhu sebelum masuk ke premis, mengemaskini kesihatan kanak-kanak, dan kehadiran yang akan dimaklumkan segera di aplikasi sekolah, memastikan jarak 1 meter diantara individu, kanak-kanak dibekalkan set disinfektasi, disinfektasi secara berjadual dari badan profesional, mementingkan kebersihan tangan yang betul, penjagaan dan penyediaan makanan yang selamat, penggunaan MySejahtera oleh orang luar, dan semua pelajar, ibu bapa dan guru-guru harus membuat ujian kesihatan bagi mengelakkan penyebaran penyakit dikalangan kanak-kanak.