by on 25/01/2023 545
Sorotan Utama: |
|
Anak-anak kecil kita pasti perlu melalui pelbagai jenis perkara yang menunggu mereka di masa depan. Oleh itu, kita perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan mereka, memandangkan ia merupakan kunci kejayaan mereka. Kebanyakan yang kita pelajari semasa di tadika dulu tidak dapat digunakan oleh kanak-kanak hari ini, kerana dunia telah berubah dan berkembang dengan maju sangat, dalam banyak cara, (dan akan terus mengalami perubahan). Pada masa ini, pendidikan awal yang paling berkesan adalah yang dapat melengkapkan kanak-kanak bukan sekadar dari segi akademik sahaja, namun juga dengan set kemahiran yang mereka perlukan untuk kehidupan abad ke-21. Melalui pendekatan unik Guided Discovery Learning, atau Pembelajaran Penemuan Terbimbing dan kurikulum STREAM yang unggul, Melody Kindyland bersedia untuk menawarkan anak-anak kita jenis pelajaran dan bimbingan yang mereka perlukan untuk berkembang maju!
Tiada syak lagi bahawa kanak-kanak sememangnya gemar belajar. Persoalannya di sini, adakah mereka diberikan bimbingan, pengajaran dan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam perjalanan pembelajaran mereka? Keluarga yang anak mereka menghadiri Melody Kindyland kerap memuji ruang pembelajaran tadika terkenal ini, di mana keperluan tersendiri setiap kanak-kanak dilayan oleh guru yang bersemangat yang gemar mengajar.
Dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terunggul, Melody Kindyland berbangga dengan keupayaan dan kesungguhan para gurunya dalam menyediakan pelajar muda mereka untuk semua kemungkinan dan juga ketidakpastian yang mungkin dihadapi oleh mereka pada masa depan. Tugas ini dijalankan sepenuh hati, sambil berpegang kepada 4 Tiang Falsafah Pembelajaran mereka di tadika ini.
Kerap kali, kita cenderung untuk menganggap bahawa membaca, menulis dan matematik asas adalah dasar pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai, sedangkan pada hakikatnya ia tidak mencukupi. Kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan, serta mempunyai keupayaan untuk berfikir secara sepadu, dan melakukan pertimbangan yang baik juga merupakan kemahiran yang amat perlu, dan tidak kurang pentingnya jika kanak-kanak ingin berkembang maju dalam perjalanan pendidikannya dan menuju kejayaan. Melody Kindyland amat memahami serta selalu berusaha untuk membina asas yang lebih kukuh dan boleh diyakini untuk kejayaan masa depan pelajarnya!
Kurikulum STREAM Melody Kindyland, yang bermaksud Sains, Teknologi, Membaca (dan Menulis), Kejuruteraan, Seni dan Matematik, cukup menonjol dari segi pendidikan kanak-kanak. Ia berbentuk disiplin pelbagai dan menawarkan peluang berharga untuk kanak-kanak mempelajari dan melakukan penemuan secara langsung. Dalam komponen STREAM ini, kanak-kanak dibimbing supaya lebih analitik dan kritis dalam pemikiran mereka, sambil mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah yang berguna. Mereka juga akan lebih mudah menyesuaikan diri, kreatif serta inovatif, sambil bersedia menyahut segala cabaran yang menanti mereka di masa depan.
Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri serta harga diri yang sihat pasti lebih berjaya berbanding dengan kanak-kanak yang sentiasa meragui diri sendiri. Dalam aspek ini, Melody Kindyland bertungkus lumus untuk memastikan pelajarnya diajar nilai-nilai kehormatan diri, di mana guru akan membantu mereka membangunkan kualiti unik mereka sendiri dan watak mesra semula jadi mereka. Selain itu, mereka juga dibimbing untuk menjadi individu yang baik, bersikap saksama, dan bertanggungjawab serta berkebolehan untuk menyesuaikan diri selain diterima baik di mana sahaja mereka berada.
Melody Kindyland memang patut berbangga dengan ruang pembelajarannya, kerana ia kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan, dan juga menggalakkan pertanyaan serta kreativiti. Lebih-lebih lagi, i-Melody juga menjadi kebanggaan dan kegembiraan tadika, kerana ia menawarkan ruang yang paling ideal untuk mencipta, penerokaan, menjadi celik huruf, belajar matematik, muzik dan banyak lagi!
Melody Kindyland menawarkan pilihan sama ada program hari penuh atau setengah hari menggunakan pendekatan Pembelajaran Penemuan Terbimbing tadika dan kurikulum STREAM yang menyeluruh. STREAM bermaksud: Sains, Teknologi, Membaca (dan menulis), Kejuruteraan, Seni dan Matematik. Diketahui kerana prestasi cemerlang mereka dalam memperkenalkan konsep kritikal Matematik dan Sains kepada anak-anak murid mereka, guru-guru Melody Kindyland yang berkelayakan bukan sahaja mengetahui cara terbaik untuk membantu kanak-kanak menguasai literasi dan teknologi digital, namun juga amalan lestari.
Robotik, Pengekodan dan Seni Kreatif merupakan sebahagian kemahiran penting abad ke-21 yang ditawarkan di Melody Kindyland selain penekanan yang ketara pada Pembangunan Watak serta Pembangunan Holistik. Matlamat utama Melody Kindyland adalah untuk melahirkan lebih ramai warga global yang mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri, bekerjasama, berfikir secara kreatif dan kritis, serta berkomunikasi dengan lebih mudah. Berkaitan dengannya, pembangunan bahasa merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam tahun-tahun pembelajaran kritikal pelajar-pelajar kecil ini, justeru Program Tiga Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tadika ini menawarkan komponen tidak ternilai kepada kurikulum yang lengkap dan holistik ini.
Kesimpulannya, Melody Kindyland telah mengatur semua langkahnya supaya dapat memupuk minda-minda muda yang mudah dibentuk untuk masa depan sekolah rendah yang lebih memuaskan dan sukses, dengan melengkapkan mereka pada peringkat awal lagi, dengan kemahiran penting abad ke-21 yang tidak ternilai!