by on 23/05/2022 810
Sorotan Utama |
|
Melody Kindyland South Link, Bangsar South berazam untuk memberi inspirasi yang berterusan kepada kanak-kanak generasi baharu untuk menjadi warga global yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi melalui transformasi pembelajaran. Dengan lebih 36 cawangan dan lebih 2,600 pelajar setiap tahun di Malaysia, Melody Kindyland mempunyai 30 tahun pengalaman dan kepakaran dalam pendidikan awal untuk memberi manfaat kepada komuniti dan seterusnya, dunia. Amalan yang diterapkan dalam pendidikan dan pembelajaran boleh dilihat dari keputusan yang cemerlang yang dicapai oleh para pelajar, dan seterusnya membawa nama sekolah dikenali dan diiktiraf oleh Cambridge sebagai Cambridge Beacon Kindergarten sejak tahun 2017.
Di Melody Kindyland, sejak awal lagi kami mendapati pendidikan tradisional tidak lagi sesuai bahkan kanak-kanak perlu dilengkapi dengan asas kemahiran demi mempersiap siagakan mereka untuk menghadapi dunia yang kian berubah. Oleh itu, kami menggunakan kurikulum yang terkini untuk memastikan pelajar berkeyakinan dalam menghadapi pelbagai kebarangkalian, mempunyai kebolehan kreatif dan berfikir di luar kotak, serta dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan berkesan – sambil menghayati keseronokan diusia yang menarik ini.
Kurikulum prasekolah yang inovatif dan seimbang menjadi asas dalam tahun-tahun awal kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran baharu untuk mencapai potensi yang tinggi, bukan sahaja dalam pembelajaran akademik tetapi juga dalam kemahiran yang penting, antaranya bahasa, sosial, emosi, kognitif dan fizikal. Kemahiran ini merangkumi pelbagai subjek termasuk Program Trilingual, Pembangunan Minda yang Menyeluruh, Pembelajaran STREAM, Seni Kreatif, Robotik dan Pengekodan, dan Kepimpinan.
Melalui Pendekatan Pembelajaran dan Penemuan Terbimbing, guru-guru terlatih dan berpengalaman di Melody Kindyland menjalin mata pelajaran dengan cara yang menyeronokkan untuk menarik minat kanak-kanak dan membantu mereka untuk berfikir secara kreatif, berkongsi idea, belajar untuk membuat keputusan dan merangsang minda mereka untuk menyelesaikan masalah, disampingi memperagakan sifat kepimpinan yang sesuai. Pendekatan pendidikan ini akan mewujudkan kesan yang mendalam terhadap pembelajaran kanak-kanak, membantu mereka memupuk 4C - Kreativiti, Pemikiran Kritis, Komunikasi dan Kerjasama - sebagai batu loncatan ke arah mencapai kejayaan di masa depan.
Satu lagi elemen utama Melody Kindyland yang menyumbang kepada pendidikan yang menyeluruh adalah persekitaran positif yang kondusif untuk pembelajaran dan memberi manfaat kepada kesejahteraan keseluruhan pelajarnya. Ruang Pembelajaran i-MELODY yang direka khusus mempunyai 7 zon unik untuk menyediakan kanak-kanak ruang untuk meneroka, membaca, bekerja, berinteraksi, bermain dan memupuk keseronokan dalam pembelajaran.
Antara ruang yang terdapat disini ialah: Ruang Pencipta (untuk memupuk pemikir luar biasa), Ruang Matematik (untuk membangunkan konsep asas matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah), Ruang Penerokaan (untuk membantu kanak-kanak meneroka identiti diri mereka dan kebolehan mengawal emosi sosial), Ruang Literasi (untuk membangunkan kemahiran literasi), Ruang Orkestra (untuk menggalakkan cetusan seni estetik), Ruang Penemuan (untuk membantu kanak-kanak menemui dunia di sekeliling mereka melalui aktiviti STREAM) dan Ruang Yay! (untuk melengkapi keperluan fizikal dan kesejahteraan kanak-kanak).
Selain dari ruang fizikal yang dioptimumkan untuk pembelajaran, pembimbing di sini juga memainkan peranan yang penting dalam mencipta ruang dimana kanak-kanak dijaga dan dihormati sebagai individu. Mereka menggalakkan kanak-kanak untuk meluahkan idea secara bebas, berasa selesa untuk meneroka pelbagai bidang yang disukai, dan memberi ruang untuk mereka belajar dengan berkesan didalam sebuah komuniti yang aman. Guru-guru meraikan pencapaian mereka dan memberi sokongan penuh kepada anak-anak. Kanak-kanak di Melody Kindyland akan berasa bebas dan mudah untuk mereka menjadi diri sendiri dan terus untuk berkembang ke arah individu yang suka belajar, dan memberi impak yang besar kepada dunia.