by on 22/03/2022 912
Sorotan Utama: |
|
Sekolah-sekolah antarabangsa kini perlu meningkatkan prestasi masing-masing, memandangkan semakin ramai ibu bapa yang ingin anak mereka bersekolah di situ. Memang tidak dapat dinafikan bahawa persaingan amat sengit.
Walau bagaimanapun, Sekolah Antarabangsa Maple Leaf Kingsley (ML KIS) mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri untuk muncul sebagai salah satu pilihan utama untuk keluarga. Kiddy123 berpeluang untuk mencungkil beberapa rahsia kejayaan sekolah tersebut untuk berkongsi dengan pembaca yang dikasihi. Kami berbincang dengan Cik Priya dan Cik Josephine, masing-masing Pengetua Sekolah Menengah dan Rendah ML KIS.
Berikutan penubuhannya pada tahun 2011, ML KIS telah mengalami perkembangan yang pesat di mana ia menjadi sekolah permintaan ramai di kalangan ibu bapa yang arif. ML KIS terdiri daripada peringkat Tahun Awal, Rendah, dan Menengah dan ia juga menawarkan Tahap 'A Levels'. Berdiri megah di Kingsley Hills, Putra Heights, ML KIS sememangnya pemandangan yang menakjubkan. Kampusnya juga meliputi beberapa blok unit-unit untuk pelajar asrama dan kakitangan antarabangsa.
ML KIS berkurikulum British yang berasaskan peperiksaan, dan para pelajar pula menduduki Peperiksaan Antarabangsa Cambridge yang terkenal. Kurikulum ini boleh dikatakan agak sukar dan mencabar bagi murid-murid, namun Cik Josephine menyatakan berikutnya semasa temubual kami, “Walaupun ia merupakan kurikulum yang mantap, guru kami dilatih supaya menyedari jika terdapat pelajar-pelajar yang lemah atau yang sukar mengikuti pengajaran sekolah dan menawarkan bimbingan tambahan yang mereka perlukan supaya mereka dapat mencapai kecemerlangan.
Di ML KIS, seperti yang dijelaskan oleh Cik Josephine, ibu bapa pelajar sentiasa mengetahui segala perkembangan anak-anak mereka, sehinggalah ke kerja rumah yang perlu mereka siapkan. “Kami sentiasa memastikan talian komunikasi dengan ibu bapa terbuka supaya sebarang isu dapat ditangani dan diatasi dengan cepat. Dengan itu, kami juga memastikan bahawa pembelajaran berjalan dengan lancar,” tambahnya.
Guru di ML KIS sentiasa berbangga dengan tugas mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Cik Priya, mereka sentiasa dikemas kini tentang teknik pengajaran terbaru yang bukan sekadar kapur dan tutur sahaja - (sesuatu metafor melambangkan guru yang hanya tulis di papan kelas sambil mengulangi apa yang ditulis.)
"Pelajar didapati tidak hanya duduk di meja masing-masing sambil guru mereka menulis tanpa henti di papan tulis. Sebaliknya, para pelajar disini didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran yang menyebabkan mereka bermotivasi untuk belajar dan mencapai lebih banyak lagi," jelas Cik Priya. Sudah tentu, dedikasi, keupayaan dan kelayakan guru juga diambil kira, kerana mereka melampaui dan melebihi apa yang diharapkan daripada tugas mereka. Cik Priya turut menekankan penjagaan pastoral di ML KIS. Setiap guru tahu betapa pentingnya khidmat mereka dalam mendidik pelajar mereka dengan baik, sambil juga memastikan bahawa komunikasi dengan ibu bapa sentiasa terbuka dan produktif, termasuk perbincangan tentang apa yang diperlukan oleh anak mereka untuk cemerlang.
Saiz kelas di ML KIS sentiasa dikawal supaya tidak melebihi 25 pelajar dalam bilik darjah, dan oleh itu, setiap pelajar dijamin mendapat perhatian peribadi.
Selain pencapaian akademik, pelajar-pelajar ML KIS digalakkan untuk mengamalkan dan menghargai disiplin, dan mereka mempunyai semangat berdaya saing serta keazaman untuk mencapai matlamat masing-masing. Mereka juga didorong untuk memastikan badan dan minda mereka sentiasa aktif, sambil membangunkan kemahiran sosial yang akan membantu mereka meningkatkan mutu kehidupan masing-masing. Di sini, aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang penting.
Terdapat senarai yang luas untuk aktiviti kokurikulum yang disediakan untuk pelajar ML KIS, dan antaranya ialah segmen Irama dan Pergerakan khas. Ia merangkumi gendang, bermain ‘kompang’, dan bertepuk tangan, di mana pada akhir setiap penggal, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persembahan. Aktiviti ini diilhamkan oleh Drum 24-Seasons yang terkenal, dan menurut Cik Josephine semasa beliau menjelaskan perkara ini kepada kami, ia dapat membina daya fokus pelajar serta menggalakkan perpaduan di kalangan kanak-kanak. “Kanak-kanak hari ini sukar untuk fokus kerana mereka menghabiskan banyak masa dengan alat-alat elektronik masing-masing. Mereka kelihatan sentiasa ‘terpukau’ dengan gajet mereka, justeru keupayaan mereka untuk memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dalam hidup mereka, termasuk pendidikan mereka, terjejas teruk,” jelasnya. “Aktiviti bermain gendang ini membantu dalam memupuk daya fokus, koordinasi, hafalan, dan banyak lagi sifat positif pada kanak-kanak, serta orang dewasa!”
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di ML KIS adalah jauh daripada biasa, dan ia termasuk bilik muzik kalis bunyi, studio tarian, perpustakaan yang menakjubkan, kantin, bilik khas untuk bercerita, melatih ucapan dan drama, makmal sains, pusat IT dan banyak lagi. Kemudahan sukan termasuk kolam bersaiz olimpik, gelanggang sukan dan gim. Bilik-bilik darjah semuanya berhawa dingin dan dilengkapi dengan Papan Pintar.
Ibu bapa pasti lega apabila mengetahui bahawa ML KIS adalah sebuah sekolah yang langsung tidak bertolak ansur terhadap aktiviti membuli serta penganiayaan, serta sebarang bentuk tindakan yang merendahkan martabat. Walau bagaimanapun, daripada mengambil tindakan keras, sekolah itu sebaliknya percaya pada langkah-langkah pencegahan dan pemulihan, yang telah memberi manfaat kepada para pelajar. Dalam aspek ini, ML KIS sentiasa berusha pada setiap peringkat untuk menggalakkan sifat mesra, dan untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran komunikasi yang sihat, serta rasa hormat dan empati. Graduan ML KIS dijangka muncul sebagai individu sihat yang bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi juga bermotivasi diri, prihatin dan yakin dengan peranan masing-masing di dunia ini.