by on 16/06/2025 7
Sorotan |
|
Dalam dunia yang pantas bermaju, wujud sebuah ruang tenang dan indah di Bandar Puteri Puchong—tempat di mana kanak-kanak diberi masa untuk berkembang, meneroka dan menjadi diri mereka yang sebenar. Inilah Little PORTMAN @ The Pulse, sebuah prasekolah antarabangsa yang mentakrifkan semula pendidikan awal dengan semangat, kasih sayang dan naluri keibubapaan sebagai teras utamanya.
Sekolah ini lahir daripada misi peribadi yang mendalam, dibina oleh seorang ibu, pendidik dan pemimpin berwawasan: Cik Choong Poh Yi.
“Saya tidak membuka Little PORTMAN semata-mata sebagai usahawan. Saya mula sebagai seorang ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak perempuan saya—dan untuk setiap anak yang melangkah masuk ke sini,” kata Ms. Choong.
Sebagai graduan PORTMAN College dan bekas pembantu peribadi kepada pengasas institusi tersebut, Cik Choong telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Namun, segalanya berubah apabila beliau menjadi seorang ibu.
“Apabila anak saya mencecah usia dua tahun, saya tidak dapat menemui prasekolah yang benar-benar memenuhi kehendak saya. Jadi, saya putuskan untuk membina sendiri persekitaran yang saya impikan.”
Maka lahirlah Little PORTMAN @ The Pulse—bukan sebagai francais biasa, tetapi sebagai ruang pendidikan yang dirancang dengan teliti, menggabungkan standard profesional dengan kasih sayang seorang ibu.
Di Little PORTMAN, pendidikan awal kanak-kanak dilihat sebagai fasa paling kritikal dalam membentuk sahsiah, nilai dan daya fikir. Kurikulumnya menggabungkan EYFS (Early Years Foundation Stage) dari UK dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Malaysia untuk memastikan keseimbangan antara pencapaian akademik dan perkembangan emosi. Yang paling membezakan? Ruang pembelajaran mereka tidak bertembok.
Dengan konsep pembelajaran terbuka, kanak-kanak belajar dalam zon yang luas, ceria dan direka khas untuk menggalakkan pergerakan, kreativiti dan sosial. Ia membantu meningkatkan tumpuan, membina keyakinan dan mengajar mereka struktur serta disiplin dengan cara yang menyeronokkan.
“Ada ibu bapa risau anaknya mudah terganggu dalam ruang terbuka. Tapi inilah peluang kami mendidik mereka tentang peraturan, fokus dan kawalan diri—ia adalah kemahiran hidup sebenar,” jelas Cik Choong.
Pembelajaran di Little PORTMAN tidak terhad kepada buku. Kanak-kanak didedahkan kepada sesi muzik, seni & kraf, dan pengucapan, yang menyokong perkembangan kognitif dan ekspresif mereka.
Walaupun ruang luar agak terhad, mereka membina sudut bio-eko mini untuk memperkenalkan konsep semula jadi dan kelestarian. Lawatan sambil belajar ke kawasan semula jadi diadakan setiap penggal untuk memperluas pemahaman anak-anak tentang dunia luar.
Hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Kanak-Kanak turut diraikan dengan aktiviti kreatif dan bermakna, yang menyemai empati dan kegembiraan dalam diri anak-anak.
Setiap aspek di pusat ini dibina dengan teliti, daripada perabot mesra kanak-kanak hingga ke amalan sanitasi harian. “Saya uruskan sekolah ini seperti saya menjaga anak saya sendiri. Setiap ruang mesti bersih, setiap guru mesti bertauliah, dan setiap anak mesti rasa selamat,” kata Cik Choong.
Keselamatan sangat dititikberatkan. Setiap pelawat melalui saringan dua lapisan, dan kawasan sekolah dibersih secara harian. Tilam dibersihkan selepas setiap waktu tidur, dan tuala dijemur secara individu. Ini memastikan kesihatan anak-anak sentiasa dalam keadaan optimum.
Makanan pula disediakan oleh katerer yang dipercayai—tiada makanan dalam tin atau diproses, dan buah-buahan diberi 3 hingga 4 kali seminggu. Anak-anak juga diajar supaya tidak memilih makanan.
“Kami ajar mereka untuk menghargai pemakanan seimbang—dengan bimbingan, bukan paksaan” kata Cik Choong.
Setiap kelas dihadkan kepada maksimum 12 murid, dengan dua guru berkelayakan diploma dan sijil PERMATA. Di sini, tiada pembantu tanpa kelayakan dan tiada pengambilan pekerja sambilan.
“Kami tak percaya konsep ‘kakak’ untuk menjaga kelas. Jika anda mahu mendidik anak-anak, anda sendiri mesti terdidik.”
Bagi Cik Choong, guru adalah pembimbing, pelindung dan contoh teladan. Beliau menegaskan pentingnya peranan guru yang berkelayakan dalam perkembangan kanak-kanak. “Guru yang salah boleh mencederakan emosi anak. Kami mahu anak-anak membesar dengan yakin dan bahagia, bukan dalam ketakutan.”
Penilaian anak-anak dilakukan secara holistic yang merangkumi tujuh bidang utama EYFS—daripada bahasa dan sastera hingga kreativiti dan kesejahteraan emosi.
Setiap penggal, ibu bapa menerima laporan lengkap tentang perkembangan anak dan Tindakan untuk menambah baik prestasi anak. Komunikasi harian dengan ibu bapa juga dibuat melalui WhatsApp, termasuk foto, maklumat pembelajaran, menu harian dan kemas kini kesihatan anak.
“Kami mahu ibu bapa rasa mereka turut serta dalam perjalanan anaknya—bukan hanya memerhati dari jauh.”
Little PORTMAN bukan sekadar prasekolah—ia adalah gerakan pendidikan berasaskan kasih sayang dan kepercayaan. Tempat di mana anak-anak dilihat, dihargai dan dibimbing sepenuh hati.
Ia adalah tempat di mana naluri keibuan bertemu kurikulum bertaraf antarabangsa. Di mana keselamatan dan kreativiti berjalan seiring dan di mana langkah pertama seorang anak dimulakan dengan penuh kegembiraan. “Kanak-kanak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dalam kehidupan. Kita mesti lakukan yang terbaik,” ujar Cik Choong.
Bagi keluarga yang sedang mencari prasekolah ideal di Puchong, Little PORTMAN ialah permata yang dicari-carikan.