by on 30/04/2024 186
Sorotan Utama |
|
Si manja berhak mendapatkan bimbingan dan pendidikan yang terbaik, dan tiada pilihan yang lebih baik lagi selain Little Mandarin House.
Terletak di sebuah kawasan perumahan di Bangsar yang diselubungi kehijauan, prasekolah dan tadika yang terkemuka ini telah beroperasi lebih dari 20 tahun, dan terdiri daripada dua bangunan yang terletak tidak jauh dari satu sama lain.
Salah satu bangunan ini khas untuk kanak-kanak dari usia satu hingga tiga tahun, manakala bangunan yang lain pula untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun – memastikan bahawa guru-guru dapat memberi perhatian yang sepenuhnya bagi memenuhi keperluan perkembangan unik setiap kumpulan murid.
Seperti namanya, Little Mandarin House menekankan penguasaan Bahasa Cina (Mandarin) di samping memupuk aspek-aspek perkembangan awal kanak-kanak yang lain, seperti fizikal, mental, dan emosi mereka.
Kurikulum direka khas untuk mengikut tahap kemajuan individu masing-masing, dan memberi tumpuan kepada falsafah Montessori dari umur satu hingga tiga tahun, sebelum beransur kepada pembelajaran berstruktur dan penilaian dari umur empat hingga enam tahun.
“Ramai orang yang masih mengaitkan pembelajaran Bahasa Cina dengan disiplin yang ketat ataupun paksaan. Di sini, kami percaya bahawa kaedah Montessori boleh digandingkan dengan pendekatan pengajaran yang berlainan,” kata pengetua sekolah Cik Joyce Cheah, dan tambah beliau lagi, visi mereka di sekolah ini adalah untuk membimbing kanak-kanak supaya mencapai potensi maksima mereka.
Joyce, juga pengetua sekolah di cawangan Bangsar Park mereka, berkata bahawa kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak di antara bilik darjah dan meneroka dengan sendiri bahan-bahan yang disukai, bagi memupuk rasa ingin tahu dan daya imaginasi mereka.
Semasa waktu circle time, mereka diajar untuk mengikuti arahan dalam persekitaran yang sesuai, dan aspek ini membantu menyediakan murid-murid untuk alam persekolahan rendah.
“Masyarakat Malaysia secara umumnya masih belum menganggap jangka waktu di antara satu hingga tiga tahun sebagai masa yang amat penting untuk pembelajaran – tetapi kami amat percaya bahawa ianya sangat penting untuk membina asas yang kukuh. Pendidikan bukan sahaja merangkumi pembelajaran bahasa mahupun matematik, tetapi secara keseluruhannya,” tambah beliau.
Selain kurikulum dan falsafah pendidikan mereka yang bagus, kemudahan-kemudahan di sekolah ini turut direka berdasarkan keperluan kanak-kanak. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke premis sekolah, anda akan berasa sangat tenang kerana persekitarannya yang penuh kehijauan.
Taman dan kawasan permainan diselenggara dengan baik, dan bilik darjah pula dilengkapi perabot yang sesuai untuk kanak-kanak, di samping memiliki reka bentuk industrial yang selesa, dengan ruang yang luas untuk kanak-kanak belajar dan bermain.
Di cawangan Bangsar Park mereka, para pelawat dialu-alukan ke ruang tamu yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan dan alat mainan, dengan pemandangan hijau taman permainan di luar.
Bilik darjah juga memiliki suasana yang ceria, dihias dengan hiasan berbentuk haiwan yang comel. Bahan-bahan Montessori, bahan bacaan, dan permainan disusun kemas, jadi kanak-kanak bebas bermain dan berinteraksi dengan bahan yang mereka sukai.
Manakala cawangan di Jalan Ara pula yang menempatkan kumpulan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun, terdiri daripada tiga tingkat, dengan bilik darjah di tingkat atas dan konsep terbuka di tingkat bawah. Tingkap-tingkap yang luas memenuhi ruang dengan cahaya matahari semulajadi. Persekitaran yang kondusif ini memainkan peranan dalam memupuk individu yang serba yakin.
Little Mandarin House menawarkan program jagaan separuh hari dan sepanjang hari. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, jadual waktu biasanya bermula dengan aktiviti fizikal di taman permainan untuk membantu mereka meningkatkan daya tumpuan mereka.
Selepas menjamu sarapan pagi, akan diadakan sesi membaca, diikuti kelas dalam subjek seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Kad flash dan aktiviti seperti menyanyi dan berpantun digunakan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik lagi. Untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, tumpuan diberikan kepada meningkatkan daya motor kasar mereka serta pemahaman konsep asas, seperti mengikuti arahan, cara untuk menggengam pensel, mewarna, dan menyurih.
Nisbah guru kepada pelajar yang rendah membolehkan guru-guru memberi perhatian yang secukupnya kepada setiap kanak-kanak. Selain subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, dan Matematik, yang diajar oleh guru sekolah, terdapat juga kelas pengayaan seperti muzik (menggunakan program Kindermusik dari Australia) dan sesi gim.
Dari segi nutrisi pula, kanak-kanak diberikan makanan yang berkhasiat yang dimasak di sekolah setiap hari, dipenuhi khasiat dan zat-zat yang secukupnya. Menu makanan merangkumi nasi, pasta, dan protein seperti ayam atau ikan salmon.
Menu hari Jumaat terdiri daripada bubur, di mana kanak-kanak dihidangkan bubur yang lazat, yang dimasak dengan bahan-bahan berkualiti seperti barli, ubi kentang, ayam cincang, dan sayur-sayuran.
“Murid-murid kami menghabiskan masa yang lama di sekolah kami setiap hari, jadi tempat ini sudah menjadi seperti rumah kedua untuk mereka. Sebab itulah kami mewujudkan persekitaran yang amat selesa dan seperti rumah sendiri. Ruang ini adalah khas untuk kanak-kanak di mana mereka berasa selamat dan boleh belajar dengan baik,”
Pengasas Little Mandarin House, Emanda.
Rasa kasih sayang terhadap kanak-kanak merupakan tunjang utama di Little Mandarin House. Para guru memainkan peranan penting kerana ianya bukanlah pekerjaan semata-mata, tetapi keinginan untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan setiap kanak-kanak dan berada di sisi mereka setiap hari.
“Kami berasa sukacita untuk menyambut pencapaian murid-murid kami, tidak kira betapa kecilnya pencapaian tersebut. Perasaan yang kami alami apabila mereka dapat menyiapkan tugas dengan berdikari untuk kali pertama sukar untuk digambarkan, walaupun ianya hanya mengenali nombor,” kata Cik Joyce.
Beliau juga menekankan kepentingan penglibatan ibubapa supaya kanak-kanak mempunyai sistem sokongan yang baik di sekolah mahupun di rumah. Ibubapa dikemaskini tentang kemajuan anak-anak mereka dan komunikasi secara terbuka digalakkan. Rombongan sekolah ke tempat-tempat seperti ladang organik memberi peluang kepada ibubapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
Cik Joyce berharap bahawa setiap murid yang menerima pendidikan di Little Mandarin House dapat mengalami dua perkara. “Saya berharap mereka dapat memupuk perasaan cinta terhadap ilmu yang akan berkekalan sepanjang hayat, dan juga kenangan manis masa mereka di sini,” kata beliau.