by on 24/07/2024 1887
Sorotan Utama |
|
Diasaskan pada 2016, Leo International School bermula dengan sebuah visi - untuk memberi inspirasi kepada orang lain supaya berjaya melebihi jangkaan mereka. Sekolah ini menawarkan kurikulum antarabangsa yang mantap berasaskan Kurikulum Kebangsaan England yang sangat bernilai bagi pelajar berusia antara 4 - 17 tahun. Matlamat Leo International adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang holistik; sejak pendidikan awal sehingga sekolah menengah dengan yuran berpatutan, berfokuskan setiap kanak-kanak dengan menghargai setiap karakter individu.
Menerusi gaya belajar berasaskan rasa ingin tahu, Leo International School berusaha untuk memupuk kanak-kanak menjadi pemimpin masa depan yang serba boleh; seorang pemimpin yang prihatin tentang dunia di sekeliling mereka dan membesar menjadi pelajar sepanjang hayat, walaupun berusia muda tetapi sentiasa ingin tahu, pandai membuat pertimbangan dan ingin membuat perubahan positif terhadap dunia mereka. Oleh itu, tanpa mengira latar belakang kebudayaan dan keupayaan, para pelajar di Leo International School memiliki akses kepada kurikulum semasa yang menyeluruh.
Cambridge International Examination ialah penyedia terbesar di dunia untuk program pendidikan antarabangsa. Leo International School adalah sebahagian daripada komuniti pembelajaran Cambridge, bersama-sama dengan 9000 lagi sekolah lain di seluruh dunia. Oleh itu peperiksaan ini diiktiraf secara meluas oleh universiti dan majikan. Pelajar Cambridge boleh menyakini bahawa sijil peperiksaan mereka akan diterima dan dihargai sepanjang pendidikan dan kerjaya mereka, tidak kira di negara asal mereka mahupun di peringkat antarabangsa.
Leo International School mengikuti Kurikulum Antarabangsa yang berasaskan Kurikulum Kebangsaan England yang sangat bernilai dan kemuncaknya ialah peperiksaan dan sijil ICGSE. Terdapat pelbagai subjek sebagai pilihan dan pengetua memastikan kurikulum yang dipilih sesuai dengan konteks, kebudayaan dan etos setiap pelajar. Oleh itu nilai budaya tempatan dan bahasa diberi penekanan; seperti Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Matlamatnya adalah untuk memastikan para pelajar boleh menjadi global tetapi memahami nilai setempat. Kurikulum di Leo International dibahagikan kepada 4 tahap utama; pada setiap tahap, para pelajar dicabar untuk membuat refleksi, membina soalan dan membuat hipotesis bagi memastikan mereka boleh membangunkan kefahaman mereka sendiri. Aktiviti ko-kurikulum, acara sekolah dan lawatan sambil belajar membantu untuk lebih memperkaya pengalaman belajar mereka dari aspek minat dan bakat.
Program Pendidikan Awal kami adalah berasaskan kerangka Tahap Asas Pendidikan Awal (EYFS) di England, yang dipertingkatkan dengan latihan bahasa untuk Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Pada Tahap Utama 1 dan 2, para pelajar diperkenalkan kepada pelbagai subjek dan pembelajaran yang kebanyakannya pembelajaran berbentuk amali yang mengujakan dan menarik.
Program ini mengikut Kurikulum Kebangsaan England yang dipertingkatkan dengan tema antarabangsa dan pengajaran Bahasa Malaysia dan Mandarin. Menengah Cambridge 1 menandakan permulaan pendidikan Menengah untuk Usia 7 sehingga 11 tahun.
Sebagai sambungan kepada Menengah Cambridge 1, Menengah Cambridge 2 juga mengikuti Kurikulum Kebangsaan England yang dipertingkatkan dengan tema antarabangsa dan pengajaran Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Tidak kira apa jua metod pendidikan yang diguna pakai seseorang, seorang guru yang baik membawa perubahan bermakna kepada pembelajaran pelajar. Leo International School sentiasa mencari jalan untuk memastikan mereka mengambil pekerja terbaik dan mengekalkan mereka. Oleh itu, staf mengajar mereka berkelayakan dalam bidang pendidikan; setiap guru memiliki kelayakan dan pengalaman mengajar. Sekolah ini juga menyediakan pembangunan profesional untuk para guru mereka bagi membantu para guru menambah baik prestasi dan amalan mereka di sepanjang kerjaya.
Terletak di tengah-tengah Putra Heights, Subang Jaya, Leo International School beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat. Mereka mempunyai bilik darjah khas untuk kumpulan usia berbeza. Setiap bilik darjah direka bentuk untuk memenuhi semua keperluan murid tanpa mengesampingkan keupayaan yang berlainan. Dengan fasiliti premium; lengkap dengan makmal IT terkini, perpustakaan, makmal sains yang ceria, taman permainan dan kemudahan sukan, sekolah ini menyediakan suasana pembelajaran fleksibel dan responsif yang selamat dan meraikan.