by on 27/11/2017 2405
Tadika Krisaliz di TTDI merupakan tadika pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah Accelerated Learning dalam sukatan pelajaran mereka – satu kaedah yang melibatkan kanak-kanak dalam pelbagai tahap, misalnya, dalam perakaman, persembahan, pembelajaran dan mengingat kembali maklumat. Semasa menggunakan teknik ini, kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran mereka sebanyak dua ataupun tiga kali ganda.
Kaedah pembelajaran ini menggabungkan Pembelajaran Bertema dan pendekatan Montessori serta pelbagai kelas pengayaan untuk memupuk kanak-kanak serba boleh yang mempunyai keperibadian tersendiri serta minat terhadap pembelajaran. Pembentukan peribadi merupakan aspek yang amat dititikberatkan oleh pendidik di Tadika Krisaliz kerana mereka percaya bahawa sikap teras dan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari sebelum mereka berumur 6 tahun. Kelas Bahasa Mandarin juga terdapat di sini – Bahasa Mandarin intensif untuk kanak-kanak yang bakal memasuki sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Bahasa Mandarin kurang intensif untuk mereka yang bakal memasuki sekolah kebangsaan.
Guru-guru Tadika Krisaliz yang dipilih berdasarkan kelayakan dan pengalaman dengan anak-anak muda akan menghasilkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran. Saiz kelas yang kecil serta nisbah guru dan pelajar yang rendah (seorang guru bagi 12 orang pelajar) membolehkan pemerhatian secara sistematik dan penilaian pencapaian setiap kanak-kanak dilakukan secara berterusan. Setiap kanak-kanak mempunyai cara pembelajaran terbaik yang berbeza, maka guru di Tadika Krisaliz akan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak, termasuklah menggunakan bahan bacaan yang berbeza. Pengajaran yang luas dan sumber-sumber perkembangan di tadika ini membolehkan kanak-kanak memanfaatkan program-program pendidikan yang ditawarkan dengan sepenuhnya.
Premis Tadika Krisaliz yang terang, luas dan bersih ini memberi kanak-kanak sebuah persekitaran yang selesa dan sesuai untuk pembelajaran. Kanak-kanak juga diberikan makanan berkhasiat dan sedap yang disediakan oleh tukang masak yang beragama Islam. Kanak-kanak bukan saja menerima pendidikan akademik di Tadika Krisaliz, malahan mereka juga diajar adab di meja makan serta kebersihan diri di tandas dengan penggunaan tandas bersaiz kanak-kanak, sink cuci tangan dan tuala kertas turut disediakan. Setiap kanak-kanak juga diberi pemeriksaan mata untuk menguji mata malas (lazy eye/Amblyopia), iaitu suatu keadaan mata yang perlu diberi rawatan secepat mungkin.