by on 17/02/2022 636
Sorotan Utama: |
|
Apakah yang diperlukan oleh sebuah prasekolah atau pusat jagaan kanak-kanak supaya dapat dapat digelarkan premium, dan juga menjadi pilihan utama ibu bapa? Kiddy123 tergerak untuk menemu bual dengan prasekolah terkenal yang mempunyai sifat demikian, iaitu Kitakids KLCC, kerana ia jelas memenuhi kriteria-kriteria tersebut!
Kurikulum yang diikuti di Kitakids adalah integrasi pelbagai pedagogi terkenal seperti Reggio Emilia, Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence Theory), Pembelajaran Dipercepatkan ( Accelerated Learning) dan falsafah Skop Tinggi (High Scope philosophies) yang disatukan secara profesional melalui pendekatan pengajaran bertema. Mungkin pada mulanya semua ini bagaikan melebih-lebih memandangkan bahawa Kitakids adalah sebuah prasekolah, dihadiri oleh anak-anak kecil, di mana ada juga yang berumur seawal beberapa bulan! Namun hakikat sebenarnya ialah, Kitakids dikendalikan oleh profesional - dan juga, para pengasasnya terdiri daripada ibu bapa, dan mereka melibatkan diri masing-masing dalam pengendalian prasekolah ini!
Dengan bimbingan penuh kasih sayang oleh guru yang terlatih dan berkelayakan, kanak-kanak di Kitakids KLCC dididik untuk memahami konsep dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang apa yang diajar kepada mereka. Penggunaan tema yang berbeza dari semasa ke semasa juga memastikan pelajaran tetap seronok dan menarik. Di Kitakids juga, adalah diakui dan difahami bahawa kanak-kanak akan mendapat inspirasi untuk belajar dengan lebih mendalam lagi jika mereka dapat membuat hubungan dengan pelajaran dan kehidupan sebenar!
Ibu bapa hari ini pasti terikat kepada pelbagai perihal rumahtangga yang penting,yang memenuhi masa mereka. Ibu bapa juga lazimnya penyayang dan mengambil berat dan dari segi pendidikan, mereka pasti ada keinginan untuk memberikan anak mereka yang terbaik sahaja - kerana ia adalah asas yang akan membina kehidupan anak-anak mereka! Kanak-kanak belajar paling cepat antara umur 0-6 tahun - apabila otak mereka berada pada tahap penyerapan yang paling tinggi. Persekitaran di mana mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka semasa pembentukan kritikal ini adalah penting untuk pembangunan optimum. Namun, bukan mudah untuk setiap isi rumah untuk mewujudkan persekitaran sedemikian untuk si kecil mereka berkembang maju. Sebenarnya, dalam kebanyakan kes, persekitaran rumah yang tipikal sudah tentu tidak cukup kondusif untuk matlamat ini.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang menghadiri Kitakids KLCC, iaitu sebuah prasekolah yang luas dan ditubuhkan khas berhampiran KLCC, pasti lega dan yakin bahawa anak kesayangan mereka sedang dijaga oleh individu-individu yang mendedikasi masa mereka untuk membantu perkembangan para pelajar mereka. Di sini, persekitaran dirancang secara strategik untuk pembelajaran optimum, di mana kanak-kanak mereka diselami bentuk pembelajaran berasaskan permainan yang membolehkan mereka menikmati sepenuhnya zaman kanak-kanak mereka yang amat berharga sambil belajar dan berkembang supaya lebih bijak dan lebih pintar setiap hari. Demikian merupakan kuasa pembelajaran berasaskan pengalaman, dengan pelbagai interaksi yang sihat dengan rakan sebaya, guru, kakitangan, dan sebagainya.
Apabila memikirkan tentang prasekolah/pusat penjagaan harian, ibu bapa pasti tertanya-tanya apakah yang akan diajar kepada anak mereka selain abjad dan nombor. Ibu bapa akan gembira mengetahui bidang pembelajaran berikut yang diliputi di Kitakids, iaitu: 'All About Me', 'Language & Literacy', 'The World Around Me', 'Numbers', 'Let’s Investigate', 'Arts & Craft' dan 'Let’s Move’.
Seperti namanya, segmen All About Me membantu anak kecil memahami segala keunikan serta keperibadian masing-masing, dan juga kenapa mereka perlu hormat kelainan dan perbezaan yang ada pada orang lain. Segmen ini juga membantu kanak-kanak membina keyakinan diri dan kesedaran tentang harga diri. Language & Literacy pula didapati melebihi jangkaan dengan pendekatan pengajaran bertema, di mana ia amat memanfaatkan para pelajar.
The World Around Me membantu kanak-kanak membina kesedaran tentang persekitaran mereka dari usia muda, sambil menyemai sifat bertanggungjawab terhadap Bumi kita ini dan para penghuninya. Melalui segmen Numbers, pengajaran mengenai kesedaran matematik dan nombor dijamin menyeronokkan dan menarik untuk kanak-kanak, dengan aktiviti yang serasi dengan umur mereka.
Minat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak terhadap cara sesuatu benda itu berfungsi, dan juga cara alam semula jadi berfungsi sebenarnya menunjukkan perkembangan yang sihat. Let's Investigate menawarkan kanak-kanak peluang untuk pelbagai jenis penyelidikan yang serasi dengan umur mereka, sambil menawarkan peluang penyiasatan yang tidak ternilai kepada mereka sebagai sebahagian pembelajaran mereka!
Seni reka (Art & Design). Mata pelajaran ini merangkumi melukis, mewarna, mereka hasil kraf tangan, membentuk, bercerita, dan sebagainya. Mata pelajaran-mata pelajaran demikian dapat membantu menonjolkan kreativiti kanak-kanak kecil, dan juga membantu mendedahkan potensi atau kebolehan tersembunyi. Selain itu, Let's Move pula memastikan badan dan minda muda dapat kekal aktif dan sihat melalui senaman dan pergerakan di kawasan permainan Kitakids KLCC yang luas!
Kurikulum bersepadu KitaKid disampaikan secara progresif bermula dari kumpulan Tahun Awal (atau Early Years, 2 bulan hingga 3 tahun) sehingga Tadika (4 tahun hingga 6 tahun). Melalui pendekatan tematik yang dicipta dengan cermat, serta penglibatan para ibu bapa, Kitakids KLCC menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif - menepati keperluan pendidikan awal oleh keluarga urban hari ini.