by on 05/12/2016 1380
Prasekolah Kitakids,Bangsar dan kawasan bermainnya yang disinari cahaya matahari serta lapang mengingatkan saya mengenai perbezaan antara memakai sepasang kasut PVC dengan sepasang kasut kulit. Sepasang kasut PVC mengekang kaki kita mengikut bentuknya sementara kasut kulit mengembang untuk membolehkan kaki kita bernafas dengan selesa dan membesar (apabila kita mengaitkannya dengan kaki kanak-kanak). Prasekolah Kitakids, Bangsar ialah kasut kulit itu.
Program pendidikannya yang menyediakan keperluan untuk kanak-kanak 2 bulan hingga 6 tahun, berfokus kepada minat dan perkembangan setiap kanak-kanak berbanding terhadap silibus kaku yang bertujuan untuk menguji prestasi kanak-kanak. Programnya diperteguhkan oleh kurikulum yang memandang ke depan seiringan dengan keperluan pendidikan alaf ke-21. Kanak-kanak boleh membina asas kukuh untuk pembelajaran masa depan dengan meneroka kemahiran dan konsep prasekolah STREAM ¬– Sains, Teknologi, Membaca & Menulis, Kejuruteraan, Seni dan Matematik – melalui aktiviti menyeronokkan. Jadual kelas adalah fleksibel, membolehkan kanak-kanak berusia lebih muda untuk bermula dengan 2 hari seminggu dan perlahan-lahan meningkatkannya kepada 5 hari seminggu bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. (Namun, minimum 4 hari seminggu diperlukan untuk kanak-kanak menghadiri program tadika mereka.) Malah rutin hariannya juga fleksibel dan responsif kepada keperluan perseorangan kanak-kanak.
Kami menyediakan struktur pembayaran 2 hari, 3 hari, 4 hari dan 5 hari seminggu untuk ibu bapa memilih kerana kami mahu kanak-kanak bermula dengan kami pada usia semuda yang mungkin. Lima tahun pertama dalam hidup kanak-kanak adalah sangat penting dan pendedahan awal kepada pembelajaran berasaskan bermain akan banyak membantu perkembangan kanak-kanak. Pengarah Prasekolah Kitakids Aqilah Che Azizuddin
“Fokus kami terhadap pembelajaran berasaskan bermain dan minat kanak-kanak adalah perkara yang membezakan kami dengan pusat jagaan kanak-kanak dan tadika yang lain. Di sini, kami membenarkan kanak-kanak untuk maju secara semula jadi melalui jadual perkembangan mereka sendiri. Kami tidak bermula dengan buku kerja, jadi sesetengah orang melihat cara kami sebagai semata-mata bermain. Namun, terdapat tujuan pembelajaran berasaskan bermain yang kami jalankan; sentiasa ada pengajaran yang bertujuan di sebalik bermain... dan tugas guru adalah untuk memastikan suasananya seronok!” Melihatkan wajah kanak-kanak yang gembira dan ceria serta khusyuknya mereka dalam keasyikan dengan aktiviti yang dilaksanakan, kaedah pengajaran Kitakids nampaknya sangat berjaya.
Menurut Cik Aqilah, apabila beliau membuka pusat miliknya dua tahun lalu, ibu bapa pada mulanya tidak selesa dengan program Kitakids. Beliau tersenyum, “Di negara kita yang berorientasikan peperiksaan, ibu bapa berasa lebih baik apabila mereka nampak ‘kerja nyata’ dibuat.
Kira-kira setahun masa diambil untuk ibu bapa Malaysia mengiktiraf bahawa jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya sentiasa berkisar tentang kanak-kanak, bukan tentang menyediakan mereka untuk mendapatkan markah di sekolah pada hari kemudian. Kami memberi mereka kepastian bahawa para guru kami yang terlatih akan membantu anak-anak mereka untuk mencapai piawaian akademik yang diiktiraf pada peringkat global dengan bantuan program kami.
“Dan di samping akademik, anak mereka akan mempelajari sikap berdikari dan kemahiran menyelesaikan masalah, tahu cara untuk menjaga barangan milik mereka sendiri, menggunakan bilik air secara mandiri, boleh melahirkan emosi dengan cara sesuai dan menguruskan persaingan serta konflik. Anak-anak ini akan membentuk persahabatan dan mendapat pengalaman penemuan, keseronokan dan pertumbuhan peribadi sebenar,” tambah Cik Aqilah.
Prasekolah Kitakids percaya jagaan dan pendidikan kanak-kanak tidak sepatutnya berkisar mengenai perniagaan tetapi tentang kanak-kanak. Semuanya adalah berkenaan kanak-kanak: daripada menu mesra kanak-kanak sehinggalah program yang direka bentuk dengan teliti dan kemudahan yang dibina mengikut tujuan. Para pendidik dipilih secara teliti kerana perwatakan mesra mereka untuk menyokong budaya kekeluargaan prasekolah ini dan secara berterusan dilatih untuk pendidikan berkualiti. Setiap perkara dikerjakan dengan rasa kasih sayang untuk memberikan kanak-kanak pendidikan dan jagaan terbaik. Selepas graduasi, Kitakids akan membesar menjadi individu yang: