by on 18/03/2022 1067
Sorotan Utama |
|
Sejak penubuhannya pada tahun 2016, matlamat utama KindyHaus Baby & Child Care Centre, Kota Damansara adalah untuk menyediakan satu persekitaran tumbesaran yang baik untuk bayi dan kanak-kanak. Hasrat asal pengasas dan pengetua taman asuhan kanak-kanak ini adalah kerana dia suka bekerja dengan kanak-kanak dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang yang berkenaan.
Pusat ini memenuhi keperluan kanak-kanak yang berumur dari dua bulan hingga empat tahun. Ia bukan sahaja menumpu kepada perkembangan akademik, tetapi juga percaya kepada kepentingan membangunkan kebolehan berdikari dan kognitif kanak-kanak. Rancangan mingguan telah disediakan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti yang berbeza setiap hari.
Pusat ini percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan pencapaian perkembangan mereka tidak seharusnya dinilai atau dibandingkan dengan orang lain. Oleh itu, setiap kanak-kanak akan diberikan cara asuhan yang berbeza supaya boleh menggali potensi yang terbaik di peringkat perkembangan awal mereka. Terdapat dua aspek utama yang menjadi tumpuan keutamaan pusat ini – mendidik kanak-kanak mengamalkan gaya hiduo yang berdisiplin dan sihat.
Pemgusaha pusat sangat mementingkan pemakanan kanak-kanak dan berusaha untuk menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk mereka. Dia secara sendiri akan membeli bahan-bahan masakan yang diperlukan pada setiap minggu mengikut menu baru, yang kemudiannya dimasak oleh tukang masak di pusat.
Jenis makanan yang terdapat dalam menu termasuk penkek buatan sendiri, susu kocak dan smoothie buah-buahan, pasta sayuran, bijirin dengan pic dan aprikot tambahan, serta hidangan utama seperti bubur dan nasi dengan sayur-sayuran.
Setiap hari, kanak-kanak akan menjalani rutin yang telah dijadualkan. Ini termasuk waktu makan dan tidur siang yang tetap, dan masa untuk aktiviti dan permainan di antaranya. Suasana persekitaran pusat asuhan direka khas supaya kanak-kanak berasa selamat dan selesa, seperti rumah mereka yang kedua. Untuk memastikan keselamatan kanak-kanak kecil, pusat ini dilengkapi dengan pintu keselamatan, jalur perlindungan sudut meja, peti pertolongan cemas, dan sebagainya.
KindyHaus juga mempunyai kakitangan yang baik dan mencukupi untuk menjaga keperluan kanak-kanak, di mana guru-gurunya bertauliah dengan latar belakang pendidikan awal kanak-kanak, serta jururawat yang berdaftar. Mereka kerap menghadiri kursus latihan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan mereka dan mempunyai kelayakan yang berkaitan.
Guru-guru di pusat akan melaporkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka melalui aplikasi mudah alih, termasuk perkongsian gambar, menu baru, jadual waktu tidur siang dan banyak lagi. Ibu bapa juga akan dijemput untuk menyertai perayaan dan acara yang diadakan oleh pusat tersebut dari semasa ke semasa.
Sebagai sekolah permainan yang menyediakan kanak-kanak ke tadika, kanak-kanak akan mempelajari beberapa kemahiran asas akademik. Pada usia dua tahun, mereka mula belajar menulis dan mewarna dengan pensil. Apabila mereka berumur tiga hingga empat tahun, mereka sudah boleh menulis abjad dan bersedia untuk ke tadika.
KindyHaus mempunyai semua unsur yang memberikan ibu bapa ketenangan fikiran apabila anak-anak mereka diletakkan di bawah jagaan mereka. Kanak-kanak berada di persekitaran yang selesa seperti rumah, dengan guru dan jururawat yang berada di sekeliling memastikan mereka mendapat jagaan yang baik. Peringkat perkembangan awal kanak-kanak kecil amat penting bagi seorang kanak-kanak untuk membina asas yang baik. Oleh itu, KindyHaus berharap dapat bekerjasama dengan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka berkembang.