by on 09/11/2018 3441
KindyHaus telah membina pusat pertamanya di Kota Damansara. Pusat tersebut menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Untuk menampung kemasukan kanak-kanak yang semakin bertambah, KindyHaus telah membuka sebuah lagi pusat yang sama di Glenmarie, Shah Alam. Cawangan baru ini juga menawarkan perkhidmatan dan persekitaran pembelajaran yang sama. Terletak di kawasan kejiranan yang tenang dan mesra, suasana ini sedikit sebanyak membantu perkembangan kanak-kanak.
Lebih daripada sekadar pusat penjagaan kanak-kanak, di KindyHaus Baby & Child Care Centre, tumpuan bukan sahaja diberikan kepada aspek fizikal dan akademik, tetapi aspek emosi kanak-kanak tersebut. Program-program berikut ditawarkan di KindyHaus:
Penjagaan Bayi (2 hingga 12 bulan)
Program pra-kanak-kanak (13 hingga 20 bulan)
Playgroup kanak-kanak (21 bulan hingga 3 tahun)
Prasekolah (3 hingga 4 tahun)
Setiap program dibina berdasarkan peringkat terdahulu, justeru program di sini menyediakan cabaran yang sesuai dengan umur dan perkembangan kanak-kanak. Dengan cara ini, program ini bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak, bukan hanya untuk sekolah tetapi untuk kehidupan.
Bermula seawal bayi berumur 2 bulan, program Penjagaan Bayi (Infant Care) ini menawarkan perkhidmatan penjagaan yang telah didasarkan kepada jadual unik perkembangan serta garis panduan pemakanan mereka. Pada peringkat ini, bayi akan dijaga dengan teliti oleh jururawat-jururawat yang berdaftar. Jururawat ini bukan sahaja melihat dari jauh, tetapi telibat secara langsung dalam menyediakan aktiviti-aktiviti harian untuk bayi-bayi ini. Aktiviti-aktiviti ini dikatakan berupaya membantu mereka mencapai deria awal, kemahiran komunikasi, serta pergerakan-pergerakan lain yang sudah tentu akan mendatangkan pelbagai manfaat. Aktiviti-aktiviti seperti urut bayi, tummy time, muzik, kegiatan yang berupaya merangsang deria dan visual, dan banyak lagi, walaupun luarannya kelihatan sederhana dan mudah, tetapi ia sebenarnya sangat berkesan. Semua bayi akan dipupuk dan diperhati secara dekat sehingga mereka berjaya mencapai tanda aras yang baru; mengikut kadar kelajuan mereka sendiri. Konsultasi bersama ibu bapa dilakukan bagi memahami keperluan dan rutin bayi-bayi ini serta keluarga mereka, di samping memastikan agar mereka berasa selesa dalam usaha mengenal pasti sebarang masalah. Ibu bapa akan diberi tahu akan kemajuan terkini anak mereka melalui aplikasi capaian internet, LittlePoop.
Apabila bayi membesar, program-program ini dengan teliti akan memupuk peralihan antara bayi kepada kanak-kanak. Mereka akan disesuaikan dengan jadual yang lebih teratur serta berstruktur. Satu jadual yang menyediakan aktiviti yang konsisten serta masa rehat yang cukup. Aktiviti direka berpandukan rasa ingin tahu mereka, dan keinginan semulajadi mereka untuk meneroka. Di KindyHaus, mereka diajar untuk mematuhi arahan yang mudah, mengambil langkah pertama mereka ke arah sikap berdikari, meningkatkan kemahiran komunikasi mereka, belajar untuk bekerjasama dalam suasana komuniti dengan rakan sebaya serta mengukuhkan kemahiran motor. Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk meneroka bahan pembelajaran dan mengambil bahagian dalam aktiviti seperti penceritaan, berlakon, seni dan kraf, nyanyian, dan banyak lagi.
Program prasekolah membantu kanak-kanak meningkatkan pengetahuan dan minat mereka. Guru-guru berkelayakan diambil bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermutu dalam pelbagai bidang pembelajaran - Matematik Awal dan Pemikiran Logik, Literasi Awal (Bahasa Inggeris), Seni dan Kraf, Pembangunan Deria, Kemahiran Motor, dan Pertumbuhan Sosial dan Emosi. Setiap hari kanak-kanak menikmati aktiviti-aktiviti berasaskan pelbagai tema pembelajaran. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak berpeluang meneroka konsep sains mudah, membuat kerja-kerja seni, matematik asas, permainan pergerakan, menghayati pelbagai senario, mempelajari kemahiran kehidupan yang praktikal, bermain air dan pasir, berkebun, dan sebagainya. Aktiviti ini mengajar kanak-kanak untuk bekerjasama dan bersedia untuk alam persekolahan yang sebenar.
Kanak-kanak boleh meneruskan aktiviti penemuan dalam program penuh yang ditawarkan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dihidangkan dengan blok imaginatif, penceritaan dan aktiviti ekspresi yang kreatif. Guru-guru memupuk perkembangan kanak-kanak, di samping memberitahu ibu bapa tentang kemajuan terkini anak-anak mereka.
KindyHaus memberi penekanan yang serius tentang aspek kesihatan, rasa selamat dan keselamatan kanak-kanak. Mengekalkan persekitaran yang mesra, melibatkan pemakanan yang sihat. Kanak-kanak diberi makanan dan makanan ringan yang sesuai mengikut umur mereka. Dan makanan-makanan ini mestilah datang daripada bahan-bahan organik. Pusat ini mempunyai pintu keselamatan serta kamera CCTV, memastikan KindyHaus selamat dan selesa. Dengan ini, kanak-kanak dapat belajar dan bermain dengan tenang dan selamat. Pembersihan teliti dan menyeluruh akan dilakukan dari masa ke semasa. Latihan pertolongan cemas ditawarkan kepada guru, penjaga dan ibu bapa.
Kanak-kanak menghabiskan masa mereka untuk belajar, memupuk interaksi dengan penjaga, perhatian dan pengalaman individu, dan menghayati hubungan yang bermakna bersama ibu bapa adalah asas kurikulum di KindyHaus Baby & Child Care Centre, Glenmarie (Shah Alam).