on 04/04/2025 34
Sorotan |
|
Sebagai ibu bapa, memilih tadika yang baik untuk anak anda adalah Keputusan yang penting. Anda menginginkan sebuah tempat yang mengembangkan anak anda dari segi akademik, sosial, emosi dan fizikal. Kidskool Cyberjaya menonjol sebagai pusat pembelajaran awal yang menyeluruh dan inovatif untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pusat itu memenuhi setiap syarat dan pasti membawa anak anda ke peringkat sekolah rendah dengan sempurna. Inilah sebabnya Kidskool adalah pilihan terbaik untuk anak kesayangan anda.
Dilesenkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pendidikan (MOE), Puan Quinn menubuhkan Kidskool pada tahun 2019. Beliau adalah seorang ibu yang penuh kasih sayang terhadap dua orang anaknya. Beliau memang memahami harapan seseorang ibu terhadap pendidikan anak-anak dan beliau berdedikasi untuk menaik taraf pendidikan awal kanak-kanak.
Walaupun Lembah Klang mempunyai banyak tadika yang berkualiti, komitmen Kidskool terhadap kebahagiaan dan perkembangan menyeluruh setiap kanak-kanak adalah luar biasa. Puan Quinn berhajat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan inklusif serta pemahaman pusatnya yang mendalam tentang perkembangan kanak-kanak. Puan Quinn mencipta sebuah ruang di mana kanak-kanak boleh berkembang maju daripada segi akademik, sosial dan emosi melalui gabungan kaedah pengajaran yang inovatif.
Misi dan visi Kidskool adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berasa seperti "rumah kedua" mereka. Di sini, kanak-kanak digalakkan untuk meneroka, belajar dan berkembang. Hasilnya, mereka akan dilengkapi dengan kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang sentiasa berubah.
Kurikulum Kidskool direka untuk merangsang rasa ingin tahu, memupuk pemikiran kritis dan menanamkan minat belajar sepanjang hayat. Falsafah "Belajar Melalui Bermain" mereka memastikan setiap aktiviti adalah menyeronokkan dan berpendidikan serta membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran penting sambil menikmati proses pembelajaran.
Sekolah ini juga menawarkan program seharian penuh dan hujung minggu. Ia menjadikannya pilihan yang sesuai untuk ibu bapa yang sibuk bekerja.
Guru-guru Kidskool dipilih dengan teliti berdasarkan kelayakan, pengalaman dan dedikasi mereka terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Sekolah ini mengekalkan nisbah guru-pelajar yang rendah iaitu 2:10-16, supaya setiap kanak-kanak mempunyai tumpuan peribadi. Di sini, setiap anak berada dalam jagaan yang terbaik.
Guru-guru Kidskool adalah bermutu tinggi kerana:
Persekitaran Kidskool direka dengan teliti dengan keselesaan dan juga merangsang rasa ingin tahu dan kreativiti kanak-kanak. Bilik darjah diatur ke pelbagai bahagian yang menggalakkan penerokaan dan interaksi. Warna-warna cerah, visual berpendidikan dan bahan mesra deria mencipta suasana yang mesra dan merangsang. Berikut adalah ringkasan tentang apa yang boleh dijangkakan oleh kanak-kanak apabila mereka melangkah ke Kidskool:
Mewujudkan pelbagai ruang pembelajaran dalam bilik darjah, termasuk kawasan bongkah, stesen seni dan sudut bacaan untuk menyokong penerokaan pelbagai aktiviti oleh kanak-kanak dan menggalakkan pembelajaran kendiri secara teratur dan menyeronokkan.
Bilik darjah dihiasi dengan warna-warna terang, poster yang menghiburkan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Ia memang suasana yang mesra dan berpendidikan.
Bekas deria yang mengandungi bahan seperti kain, bijirin dan pasir untuk mengasah kemahiran motor halus mereka. Aktiviti ini menggalakkan eksperimen dan mengubah pendidikan menjadi permainan.
Menggabungkan ruang untuk pergerakan, seperti tikar empuk dan kawasan lapang, untuk membolehkan kanak-kanak bermain secara fizikal. Ini membantu mereka kekal aktif, melepaskan tenaga, dan kekal fokus semasa aktiviti pembelajaran yang lebih tenang.
Mencipta kalendar visual dan rutin harian yang konsisten supaya kanak-kanak akan merasa lebih selesa dan yakin, sekaligus meningkatkan persekitaran pembelajaran.
Terdapat ruang yang tenang dengan bantal yang selesa untuk menenangkan supaya kanak-kanak boleh berehat jika mereka merasa tertekan. Ini membantu kanak-kanak mahir mengawal emosi mereka.
Tempat duduk diatur supaya memudahkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan kecil atau berpasangan. Hasilnya, mereka boleh belajar antara satu sama lain, yang memupuk kemahiran sosial dan kerjasama.
Sekolah ini mengutamakan keselamatan dan kebersihan, dengan protokol yang ketat untuk memastikan persekitaran yang bersih dan selamat. Dari kebersihan yang tinggi hingga langkah keselamatan yang ketak. Ibu bapa boleh yakin bahawa anak-anak mereka berada dalam jagaan yang baik.
Kidskool menyediakan makanan berkhasiat yang memenuhi keperluan nutrien kanak-kanak kecil. Menu dirancang dengan teliti untuk memastikan diet yang seimbang yang menyokong perkembangan fizikal dan kognitif.
Komunikasi adalah penting. Guru boleh berkomunikasi dengan ibu bapa melalui aplikasi khusus untuk memberikan kemas kini masa nyata, termasuk gambar, video dan laporan perkembangan setiap anak. Kidskool percaya dalam melibatkan ibu bapa secara aktif dalam perjalanan pembelajaran anak mereka, termasuk:
Nilai Kidskool berasal dari prinsip peribadi Puan Quinn, yang dibentuk oleh latar belakangnya sebagai atlet taekwondo; Kesopanan, Integriti, Ketabahan, Kesabaran dan Semangat yang Kental. Ia adalah tiang yang membentuk kualiti Kidskool, dengan satu matlamat; untuk mempersiapkan kanak-kanak dengan sebaik mungkin untuk peringkat persekolahan seterusnya dan membesar menjadi harapan untuk masa depan. Ibu bapa, jika nilai-nilai ini selari dengan prinsip anda, kunjungi Kidskool hari ini dan lihat bagaimana mereka boleh mencerahkan masa depan anak-anak anda!