by on 24/06/2024 200
Sorotan Utama |
|
Kiddies Wonderland Educare Centre, Taman Damai Utama Puchong, menawarkan suasana yang ceria dan menyeronokkan untuk kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. Ditubuhkan sejak 2010, ia terkenal sebagai salah satu pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terawal bertapak di kawasan ini, dengan program jagaan dan prasekolah yang bermutu tinggi.
Pusat ini terletak di sebuah rumah bertingkat dua di kawasan perumahan yang tenang, dan senang dilihat dari reka bentuk luarannya yang berwarna-warni. Selain taman permainan di luar, terdapat juga kawasan hijau untuk kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal mereka.
Melangkah masuk ke premis sekolah, anda akan melihat bilik-bilik darjah yang direka khas untuk keperluan setiap kumpulan umur kanak-kanak di sini. Kanak-kanak yang lebih kecil ditempatkan di dalam bilik darjah yang ceria, merangsangkan, dan dipenuhi bahan-bahan sensori untuk mengalakkan rasa ingin tahu mereka. Kelas bagi kanak-kanak yang lebih besar pula dikendalikan dalam bilik-bilik darjah dengan warna yang lebih tenang, untuk membantu meningkatkan daya tumpuan mereka.
Kiddies Wonderland menawarkan program prasekolah yang kompetitif. Pendekatan Montessori digunakan untuk kanak-kanak dalam kumpulan berusia dua dan tiga tahun, di mana mereka dapat belajar sambil bermain dan juga dididik dengan kemahiran hidup asas.
Setiap kanak-kanak di sini menerima sebuah paket "Multisensorial Kit" yang mengandungi bahan-bahan pembelajaran yang menarik, seperti kad imbas. Pada peringkat ini, tumpuan diberikan kepada meningkatkan perkembangan mereka dalam aspek-aspek seperti daya motor halus dan kasar, selain perkembangan keperibadian dan sosial.
Bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun pula, tumpuan beralih kepada persediaan menghadapi sekolah rendah, dan fokus terhadap penguasaan Bahasa Mandarin. Menurut pengetua sekolah Cik Priscilla Choo, ini adalah selaras dengan permintaan dari ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
"Silibus kami direka khas untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam bahasa Mandarin. Apabila mereka habis sekolah di sini, kanak-kanak bukan sahaja dapat bertutur dalam bahasa Mandarin, tetapi juga mengenali kosa kata, membaca, dan menulis dengan baik. Hal ini akan dapat membantu mereka semasa beralih ke sekolah rendah," kata Cik Priscilla.
Kelas Bahasa Mandarin di Kiddies Wonderland tidak sahaja merangkumi bacaan dan penulisan, tetapi juga aspek yang lebih mantap seperti konsep tatabahasa seperti kata nama kolektif.
Kekuatan lain program ini terletak pada subjek Matematiknya, yang dikatakan oleh Cik Priscilla menggunakan kaedah khusus yang telah diperhalusi oleh pusat itu dari semasa ke semasa dan terbukti berkesan. "Sebagai contoh, kami mengajar kanak-kanak konsep matematik seperti membawa dan meminjam, di samping cara membulatkan nombor dari nombor perpuluhan, dan lain-lain lagi," jelas beliau.
Walaupun Mandarin dan Matematik merupakan matapelajaran terasnya, subjek-subjek yang lain tidak terabai.Malah, Kiddies Wonderland mendedikasikan satu jam untuk setiap subjek pada setiap minggu, untuk Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Mandarin; dan melebihi masa 35 minit yang diamanatkan oleh kerajaan. minggu – untuk Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Mandarin; melebihi jangka masa 35 minit yang diamanatkan oleh kerajaan.
Kelas Bahasa Inggeris adalah berdasarkan kurikulum UK, dan kanak-kanak juga belajar tentang foniks juga. Sementara itu, kelas Sains mengamalkan pendekatan hands-on supaya kanak-kanak boleh belajar dengan gembira. Bilik-bilik darjah dilengkapi dengan sudut pembelajaran yang tertentu, supaya kanak-kanak dapat meneroka topik yang disukai ketika masa lapang mereka di dalam kelas.
Selain itu, pusat ini juga menawarkan program pengayaan termasuklah aritmetik dan kelas seni dan kraf. Acara tahunan seperti rombongan sambil belajar, hari sukan, dan konsert memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang seimbang dalam semua aspek, dan terdedah kepada komuniti di sekeliling mereka dan dunia di luar.
Kiddies Wonderland Educare Centre, Damai Utama menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari, memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja.
Untuk program sepenuh hari dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang, kanak-kanak mengikut rutin harian yang berstruktur, yang dapat membantu mereka belajar tentang disiplin dan membekalkan mereka dengan suasana dan persekitaran yang stabil.
Semua keperluan kanak-kanak terurus, termasuklah makanan tiga hari sehari yang berkhasiat dan dimasak segar setiap hari. Mereka juga diberikan masa untuk mandi, beristirehat, menghadiri kelas tuisyen dalam kumpulan yang kecil, dan menerima bimbingan kerja rumah.
Keselamatan dan kebersihan dipandang serius di sini, dengan langkah-langkah keselamatan yang rapi seperti pagar keselamatan dan sanitasi secara kerap. Guru-guru dan penjaga-penjaga di sini wajib menghadiri latihan setiap tahun untuk memastikan mereka sentiasa dikemas kini tentang perkembangan terkini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Memandangkan semua yang ditawarkan oleh pusat ini pada bayaran yang agak berpatutan, dan pengalaman mendalam mereka dalam bidang pendidikan, senang untuk kita melihat mengapa Kiddies Wonderland menjadi pilihan yang dipercayai oleh ibu bapa di kawasan itu. Bagi ibubapa yang mencari pusat asuhan dan tuisyen berkualiti untuk kanak-kanak selepas peringkat prasekolah, Clever Education Damai Utama terletak di seberang jalan sahaja.