Manchester Language Centre, Mont Kiara
Kiddy123 Frame
The children's house
Little Angel Kindergarten
Small Wonder Malaysia
Apple King Educational Group
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)

Ignite Learning Center, Mont Kiara

by on 18/10/2024 25

Also available in : English

Sorotan Utama

  • Program bahasa Inggeris yang komprehensif untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Guru-guru yang berkelayakan, berpengalaman, dan professional
  • Menggabungkan kaedah pengajaran bilik darjah yang tradisional dengan pendekatan moden berasaskan teknologi terbaru
  • Bilik-bilik darjah yang lengkap

Pelajaran seharusnya bersifat menarik dan merangsangkan, dan itulah apa yang boleh diharapkan oleh pelajar-pelajar di Ignite Learning Center. Terletak di Mont Kiara, pusat pembelajaran bahasa Inggeris ini lahir daripada visi untuk membekalkan pengalaman pendidikan berkualiti untuk orang dewasa dan kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang mereka.

Pelbagai program khas

Falsafah pendidikan Ignite berkisarkan keperluan pemahaman setiap pelajar di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu mereka membina keyakinan diri, sama ada mereka sedang bersedia untuk peperiksaan mahupun hanya ingin meningkatkan kemahiaran bahasa Inggeris mereka.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Pusat ini mempunyai pelbagai program dan kursus Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak yang merangkumi sokongan komprehensif untuk pelajar-pelajar dari jurusan yang berlainan, seperti International Certificate of Secondary Education (IGCSE), O Levels, ataupun International Baccalaureate (IB). Untuk pelajar-pelajar yang lebih muda, pusat ini turut menawarkan kelas English as a Second Language (ESL) untuk membina asas bahasa yang kukuh dari usia yang muda lagi.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Tahun-tahun awal dalam kehidupan kanak-kanak seringkali dipanggil 'tahun-tahun formatif', kerana masa inilah mereka senang menyerap ilmu dan pelajaran. Salah satu program yang paling popular di Ignite adalah ESL with National Geographic untuk kanak-kanak berumur 2.5 hingga 17 tahun, di mana kanak-kanak dapat belajar bahasa Inggeris melalui topik-topik dunia sebenar yang akan membina minat dan rasa ingin tahu dalam diri mereka tentang dunia di sekeliling mereka. Kursus ini boleh diambil secara dalam talian atau di secara fizikal, dan merangkumi projek dan pembelajaran berasaskan aktiviti, yang membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran persembahan dan bertutur, ciri-ciri yang amat penting dalam abad ke-21 kini.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Peralihan yang lebih mudah ke sekolah antarabangsa

Mont Kiara dan Kuala Lumpur secara lazim mempunyai komuniti dari pelbagai budaya, termasuklah dari luar negara. Bagi ibubapa dari luar negara yang ingin anak-anak mereka masuk ke sekolah antarabangsa (ataupun ibubapa tempatan dengan anak-anak yang ingin beralih dari sekolah kebangsaan), Ignite menawarkan programInternational School Transition Prep bagi membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan sistem dan kurikulum British, Amerika, dan Australia.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Tumpuan program ini adalah untuk membina daya pemikiran kritis, dan guru-guru juga akan membimbing kanak-kanak dalam kerja rumah, penulisan karangan, projek, dan sebagainya. Kelas-kelas yang diadakan dijamin interaktif dan menarik, jadi pelajar tidak akan berasa bosan, sebaliknya ia akan mengukuhkan lagi pemahaman konsep akademik mereka.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Pelajar-pelajar di sini datang dari pelbagai pelosok dunia, termasuklah Jepun, Korea Selatan, China, Brazil, Kazakhstan, Singapura, Jerman, India, dan Malaysia. Campuran antarabangsa ini memastikan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai budaya yang berlainan, sekaligus menyediakan mereka menjadi insan dengan pemikiran yang global.

Selain itu, terdapat juga kursus intensif untuk kanak-kanak yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka dengan cepat, dan juga kem musim panas dan musim sejuk bagi pelajar dari luar negara.

Ignite Learning Center, Mont Kiara 

Sedia untuk peperiksaan dan juga masa hadapan

Selain Bahasa Inggeris, salah satu program yang paling popular di pusat ini adalah program IGCSE untuk pelajar-pelajar IGCSE Tahun 9 dan 10. Kursus ini membantu mereka bersedia untuk peperiksaan akhir, di samping memberi peluang kepada mereka untuk melakukan revisi dalam topik-topik yang telah dipelajari di sekolah.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Matapelajaran termasuklah Matematik dan Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, English as a First Language, English as a Second Language, dan Business Studies. Setiap bilik darjah terhad kepada 8 hingga 10 orang sahaja, jadi pelajar akan mendapat bimbingan dan sokongan yang mencukupi.

Walaupun aspek akademik juga penting, matlamat di sini adalah untuk membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam kerjaya masa hadapan mereka. Setiap subjek diberikan masa sebanyak 1.5 hingga 3 jam setiap minggu bagi tempoh 6 hingga 12 bulan, jadi pelajar-pelajar akan mendapat pemahaman yang mendalam dalam topik-topik berkaitan serta aplikasi di dunia sebenar, yang mungkin juga menimbulkan minat mereka terhadap kerjaya tertentu.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Pusat ini memberi seokongan kepada pelajar-pelajar jurusan lain seperti O Levels atau International Baccalaureate (IB), melalui sesi ulang kaji, peperiksaan percubaan, dan kertas ujian tahun-tahun lalu.

Ignite juga mementingkan kesihatan mental kanak-kanak dan sistem sokongan bagi mereka, sesuatu yang kurang dilihat di pusat-pusat bahasa yang lain. Guru-guru akan memberi tunjuk ajar dan maklum balas peribadi, dan kelas yang kecil akan bertumpukan kemahiran lain semasa menghadapi ujian seperti cara untuk mengurus masa dan teknik menjawab. Terdapat bengkel juga tentang topik seperti bagaimana untuk mengurus perasaan stres ketika menduduki ujian, dan pelajar-pelajar digalakkan untuk melibatkan diri dalam kumpulan sokongan bersama pelajar-pelajar lain, jadi mereka boleh belajar dan berkembang bersama-sama.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Kurikulum dan kaedah pengajaran yang inovatif

Trend global kerap berubah, dan Ignite Learning selalu mengemas kini kurikulumnya bagi mengikuti keperluan terkini dalam bidang pendidikan. Gabungan kaedah tradisional bilik darjah dengan pendekatan moden berasaskan teknologi memastikan pelajar-pelajar mereka bukan sahaja dapat pencapaian akademik yang baik, tetapi juga memiliki daya pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Murid-murid tidak hanya belajar secara menghafal, kerana pusat ini banyak melibatkan pembelajaran menerusi projek, jadi mereka akan meningkatkan kemahiran bahasa dan juga aspek lain seperti kreativiti dan sifat ingin tahu, menerusi aktiviti seperti perbahasan dan pidato

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Sama ada anak anda memerlukan bantuan dalam peralihan ke sekoalh antarabangsa, ingin bersiap sedia menghadapi peperiksaan, mahupun membina kemahiran bahasa Inggeris yang lebih baik, Ignite Learning Center akan memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan yang mereka perlukan untuk berjaya.

 

Ignite Learning Center, Mont Kiara

Level 22 - Unit 11 Menara 1 MK,
1, Jalan Kiara,
Mont Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur 50480
Malaysia
017-740 2XXX
Show Number
017-740 2986 Please mention you get this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.