by on 07/02/2023 624
Sorotan Utama: |
|
Disahkan sebagai satu-satunya sekolah di Malaysia yang menawarkan keempat-empat program dalam kontinum International Baccalaureate, iaitu Primary Years Programme (PYP), Middle Years Programme (MYP), Diploma Years Programme (DP) dan Career-related Programme (CP); Sekolah Antarabangsa IGB (IGBIS) menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi supaya dapat menghasilkan graduan luar biasa yang terdorong untuk berfikir secara kritis, mahir menyelesaikan masalah dan sentiasa mengejar perkembangan peribadi yang berterusan. Oleh sebab itu, didapati pelajar IB lebih lazim melengkapkan ijazah sarjana muda mereka dan meneruskan pengajian peringkat ijazah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain.
Dari peringkat Elementary Years, iaitu Tahun Rendah (umur 3 hingga 11 tahun), hingga peringkat Middle Years, atau Tahun Pertengahan (umur 12 hingga 16 tahun), sehingga ke program Diploma IB atau berkaitan Kerjaya IB (umur 16 hingga 19 tahun, pelajar dapat pengalaman pendidikan yang khusus dalam kelas mereka, di mana setiap satu dipastikan dicabar pada tahap yang paling sesuai, dengan cara yang terbaik untuk keperluan unik mereka. Tambahan pula, di IGBIS, guru diketahui bukan sahaja mengajar, tetapi juga bekerja bersama pelajar mereka sambil membantu mereka supaya berkembang maju dalam zon perkembangan proksimal (zones of proximal development atau ZPD) mereka. Itulah sebabnya, dari usia yang sangat muda (jika mereka memulakan pendidikan mereka di sana lebih awal), pelajar dari IGBIS akan dapat berdikari, memikul tanggungjawab yang luar biasa, dan mempunyai kemahiran komunikasi yang lantang di samping pencapaian akademik yang terbaik.
Kurikulum di IGBIS mencerminkan kitaran inkuiri-aktiviti-refleksi, yang merupakan teras pedagogi IB. Pelajar digalakkan supaya sentiasa bertanya soalan kritikal, mengambil tindakan yang sewajarnya, dan kemudian mempertimbangkan pilihan serta kesan pilihan mereka. Justeru itu, kitaran yang berterusan ini di sepanjang perjalanan pendidikan pelajar dalam program IB akan meningkatkan pemahaman dan kesedaran mereka.
Program IB menggalakkan pelajar dari semua peringkat umur bukan sahaja untuk berfikir secara kritis, tetapi juga mencabar anggapan, menggabungkan amalan terbaik berasaskan penyelidikan dan berkembang bebas. Pelajar IGBIS juga digalakkan supaya berinteraksi dan belajar tentang orang lain daripada pelbagai budaya. Peluang ini akan membantu pelajar mengembangkan pengetahuan mereka, mengatasi perbezaan atau halangan bahasa, dan dalam masa yang sama, juga belajar beberapa bahasa asing. Apabila mereka terus meningkatkan kemahiran ini, mereka pasti terdedah kepada peluang yang lebih besar untuk kemajuan pendidikan mereka, lazimnya di luar negara.
Kurikulum IB sudah diketahui adalah kurikulum yang menarik dan memberi inspirasi, dan ia membantu pelajar mencapai kecemerlangan dan menemui potensi tertinggi mereka. Selain itu, kurikulum ini amat sesuai untuk individu yang mempunyai kecenderungan untuk terus mendorong diri untuk mencapai lebih jauh. Pelajar juga akan mempunyai pengetahuan dan tahap keyakinan yang akan mendorong mereka ke hadapan untuk selamanya. Ibu bapa kini sanggup memberi keutamaan yang lebih tinggi pada kaliber pendidikan anak-anak mereka. Hasilnya, ibu bapa juga akan meletakkan premium pada kuasa pengajaran berkualiti tinggi di sekolah antarabangsa pilihan mereka. Akhirnya, dari perspektif guru sendiri, perancangan dan pembangunan pengajaran lebih bebas dibenarkan dalam kurikulum IB, yang membolehkan mereka lebih banyak ruang untuk kreativiti.
Hubungan ibu bapa-sekolah boleh menjadi sesuatu yang mengecewakan, terutamanya sekali jika terdapat kekurangan dalam ketelusan, atau apabila ibu bapa tidak diberikan akses yang mencukupi kepada maklumat penting mengenai kebajikan anak-anak mereka di sekolah, kemajuan mereka, guru mereka, dan lain lain lagi. Di IGBIS, bengkel ibu bapa diadakan untuk membantu para keluarga supaya dapat memahami dengan lebih dalam lagi mengenai sekolah dan juga program IB. Coffee Mornings, atau Pagi Kopi juga merupakan satu lagi ciri di sekolah, dan ini membolehkan ibu bapa, terutamanya yang baru, peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang IGBIS daripada kakitangan-kakitangan utama. Mereka juga berkesempatan untuk bergaul dengan ibu bapa yang lain. Persidangan ibu bapa juga diadakan, dan ia berfungsi sebagai talian komunikasi utama antara guru dan ibu bapa untuk membantu dalam pembangunan akademik dan peribadi pelajar.
Aktiviti lain di IGBIS termasuk 24-Hour Race, atau Perlumbaan 24 Jam untuk mengumpul dana, di mana pelajar boleh menikmati sukan sambil turut membantu dalam misi yang bermanfaat. Selain itu, perhimpunan dan perkongsian penilaian membantu pelajar mengekalkan berhubung dengan sekolah dan meningkatkan kemahiran mereka dengan memastikan diri mereka sentiasa mengetahui tentang aktiviti-aktiviti sekolah serta mengetahui perihal kecemerlangan pelajar lain.
IGBIS juga mengadakan Day Of Play, atau 'Hari Bermain' yang membolehkan pelajar menjadi inovatif secara melibatkan diri dalam kreativiti, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah melalui bahan atau kemudahan yang disediakan untuk bermain. Hari Bermain ini juga berfungsi sebagai hari untuk ibu bapa dan pelajar (anak) menjalin ikatan mesra, kerana ibu bapa diajak untuk menyertai anak mereka dalam permainan. Acara berasaskan komuniti seperti acara renang, hari antarabangsa, majlis graduasi dan bazar juga diadakan di sekolah, membolehkan komunikasi dan ikatan yang mesra di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru.
Graduan IGBIS lebih cenderung muncul sebagai pelajar berprinsip, bersedia untuk mencipta perubahan positif untuk keluarga, rakan, komuniti dan sebagainya untuk sepanjang hayat mereka . Tidak hairanlah, memandangkan pelajar digalak supaya berautonomi, saling berhubung, berfikiran global dan ditawarkan peluang yang tidak terhingga!