by on 25/06/2025 14
Bekerja, mengurus hal ehwal rumah, menghantar anak ke sekolah, dan jadual bermain, ibu bapa zaman sekarang adalah pakar dalam melakukan pelbagai tugasan serentak. Namun begitu, ada satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran: “Bagaimana jika sesuatu berlaku semasa saya tiada di sisi anakku?”
Kita telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rumah selamat, menilai prasekolah dengan teliti, dan membungkus makanan bebas alahan—namun kemalangan tidak berbau. Perkara tak dijangka boleh berlaku bila-bila masa; seorang anak terjatuh semasa bermain, digigit rakan semasa bergaduh, atau mengalami reaksi alergi yang serius—semua ini mampu mengubah hari biasa menjadi mimpi ngeri.
Dan dari situ, masalah lain akan mula timbul:
Jika anak anda cedera di tadika, walaupun sekolah bertindak segera dan membawa mereka ke klinik, ibu bapa tetap perlu menanggung keseluruhan kos atau perlu menguruskan tuntutan insurans sendiri—yang bukan sahaja mengambil masa, malah kadangkala tidak meliputi kecederaan berkaitan sekolah. Ini menambah satu lagi beban kewangan kepada keluarga.
Ramai ibu bapa perlu meninggalkan tempat kerja, membawa anak ke klinik atau hospital, menguruskan dokumen tuntutan, dan berhadapan dengan proses yang panjang dan memenatkan. Sekadar memikirkannya sahaja sudah cukup membuatkan seseorang tertekan—malah boleh menjejaskan kerjaya dan pendapatan mereka.
Inilah situasi yang tiada ibu bapa mahu harungi. Walaupun mereka mempercayai guru untuk menjaga anak-anak mereka, hakikatnya ada perkara yang berada di luar kawalan. Ini adalah realiti sebenar dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, di mana tenaga tinggi dan aktiviti aktif menjadikan kemalangan sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata.
Ketika ini berlaku, ramai ibu bapa menganggap kad perubatan anak mereka sudah cukup untuk perlindungan. Namun hakikatnya, tidak semua kad perubatan meliputi kemalangan berkaitan sekolah, dan proses tuntutan yang rumit boleh membebankan lagi keadaan.
Inilah Sebabnya Kindershield Diperkenalkan
Kindershield wujud untuk menawarkan perlindungan yang mampu milik, berkesan, dan menyeluruh kepada setiap kanak-kanak—serta memberikan ketenangan fikiran sebenar kepada para ibu bapa.
Walaupun sukar untuk dipercayai, ini adalah realitinya—Kindershield menyediakan perlindungan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, pada harga yang lebih murah daripada secawan kopi harian anda (hanya RM0.10 sehari!). Dengan itu, anda akan menikmati:
“Ia benar-benar mudah. Tidak perlu sediakan banyak dokumen. Selagi ibu bapa sudah membayar yuran sekolah untuk mengesahkan anak mereka pelajar sekolah tersebut, pihak sekolah boleh uruskan dan tandatangani borang tuntutan bagi pihak mereka,” jelas Winnie. “Ibu bapa boleh rasa tenang kerana anak mereka sentiasa dilindungi, di mana saja, bila-bila masa.”
Salah satu kelebihan terbesar Kindershield ialah ia diuruskan terus oleh pihak sekolah.
Bayangkan situasi ini: seorang murid cedera semasa lawatan luar sekolah. Guru terus membawa murid ke klinik, membayar rawatan, dan menyerahkan tuntutan kepada Kindershield.
Ibu bapa tidak perlu ambil cuti kecemasan atau tergesa-gesa datang ke lokasi. Tiada panggilan kepada ejen. Tiada dokumen perlu dihantar. Semuanya diselesaikan oleh pihak sekolah.
“Jika sesuatu berlaku, guru boleh terus bawa pelajar ke klinik dan selesaikan rawatan. Sekolah bayar dulu dan tuntut semula daripada kami. Ibu bapa tak perlu risau atau bayar apa-apa pun,” jelas Winnie. “Matlamat kami adalah untuk mudahkan segalanya. Kami juga berikan kod QR kepada sekolah supaya ibu bapa boleh terus lihat manfaatnya.”
“Beginilah cara kami mahu ubah sistem,” tambahnya. “Guru tidak patut dibebani dengan urusan dokumen. Ibu bapa tidak patut stres. Kami permudahkan supaya semua boleh fokus kepada perkara yang lebih penting.”
Ibu bapa perlu mengharungi detik-detik tak dijangka. Kita mungkin tidak mampu mencegah segalanya, tetapi kita boleh bersedia untuk menghadapinya. Kindershield bukan sekadar insurans. Ia adalah pelindung senyap dalam perjalanan keibubapaan anda. Sebuah sistem sokongan yang bertindak segera bila anda tidak mampu.
Kini, lebih 300 prasekolah di seluruh Malaysia telah memilih Kindershield kerana ia sangat praktikal dan boleh dipercayai. Ibu bapa kini faham bahawa perlindungan melalui sekolah bukan satu kemewahan—tetapi satu keperluan.
“Kami bina Kindershield untuk mudahkan kehidupan semua—ibu bapa, guru dan paling penting sekali ialah kanak-kanak. Ia adalag satu langkah kecil ke arah ketenangan, tetapi satu lonjakan besar dalam melindungi apa yang paling penting,” kata Winnie.
Jadi, jika sekolah anak anda menawarkan Kindershield, jangan ragu-ragu untuk mendaftar. Ia bukan sekadar polisi—kerana walaupun kemalangan tidak boleh dijangka, ketenangan fikiran itu boleh dimiliki.