on 26/11/2016 2525
Tadika Hati Ria merupakan pendidikan prasekolah yang mementingkan pengajaran dalam bacaan secara bersatu-satu, membimbing pelajar yang berusia 3 hingga 6 tahun mengiktiraf huruf tanpa gambar dan membaca buku. Selain itu, pelajar dapat membuat kerja sekolah secara bersendirian setelah memahami soalan yang diberi dalam buku. Dengan visi pembelajaran gembira, pelajar dapat belajar dengan gembira. Seterusnya, kanak-kanak dapat meningkatkan peringatan mereka melalui pengajaran yang kreatif. Pengajaran secara bersatu-satu dapat meningkatkan tumpuan pelajar serta membolehkan pelajar mengiktiraf perkataan tanpa gambar untuk membimbingkan kegemaran kanak-kanak dalam membaca. Setiap pelajar yang belajar di Tadika Hati Ria akan membaca tiga jenis bahasa buku secara automatik kerana mereka suka membaca, tahu membaca. Mereka mampu membaca buku selama kira-kira satu jam atau lebih.
Tadika Hati Ria ialah pendidikan prasekolah yang mementingkan perkembangan kecerdasan pelajar secara komprehensif. Kami mengajar pelajar dengan pengajaran yang jelas dan menarik supaya pelajar menghormati guru, taat terhadap ibu bapa dan menyayangi kawan. Mereka juga dapat belajar tentang semangat berpasukan dan kesukanan melalui permainan yang menyeronokkan serta kualiti yang baik terutamanya dari segi kelakuan. Di samping itu, kelas senaman seperti kelas berenang dapat melatih badan pelajar dan membolehkan mereka menikmati keseronokan bersama kawan-kawan. Ia membiarkan mereka membesar dengan sihat dan bahagia di peringkat kanak-kanak.
Kami tegas mengawal jumlah pelajar di setiap kelas. Terdapat 10 hingga 12 orang pelajar yang berusia 4 tahun di setiap kelas, terdapat 13 hingga 12 orang pelajar yang berusia 5 tahun di setiap kelas manakala bagi pelajar yang berusia 6 tahun, terdapat 16 hingga 18 orang pelajar di setiap kelas. Hal ini demikian kerana pelajar tadika tidak mudah menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas. Seterusnya, pembacaan akan dilakukan antara seorang guru dengan seorang pelajar tetapi aktiviti kelas akan dijalankan antara guru dengan semua pelajar yang berada di kelas. Dengan cara dua orang guru di dalam setiap kelas, kami dapat memastikan pelajar belajar dengan lebih baik. Biasanya seorang pelajar baharu yang berusia 4 tahun boleh menulis nama mereka selepas 3 bulan dan menulis secara bersendirian. Selepas itu, pelajar juga dapat belajar 200 patah perkataan dalam buku Bahasa Cina selepas 6 bulan, mengeja huruf Inggeris secara spontan dan boleh membaca buku cerita Bahasa Inggeris iaitu <Peter & Jane > secara lancar. Tambahan pula, pelajar membuat kerja Aritmetik Mental Abakus dan menulis nombor. Selanjutnya, dua orang guru di dalam setiap kelas juga dapat mengelakkan kemalangan berlaku.
Kursus kami dibahagikan kepada tahap yang berbeza bagi setiap subjek, pelajar yang belajar di tadika kami biasanya bermula dari Tahap 1. Bacaan secara bersatu-satu adalah seperti Bahasa Inggeris yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu Phonics dari Level 1 hingga Level 5 manakala English Grammar adalah dari Level 1A hingga Level 6A. Kami memberikan tumpuan kepada sebutan Bahasa Inggeris dan tatabahasa untuk membolehkan pelajar belajar dengan sistematik dari cetek hingga mendalam. Seterusnya, bacaan bahasa Cina adalah dari Level 1 hingga Level 7, termasuklah kata-kata baharu, kata-kata berbentuk, homofondan dan 300 hingga 500 ayat untuk membimbing pelajar mengetahui lebih banyak perkataan. Hal ini membolehkan pelajar berasa lebih beryakin semasa meneruskan pelajaran di peringkat darjah 1. Selain itu, bacaan Bahasa Melayu adalah dari Tahap 1 hingga Tahap 5, pelajar yang belajar Bahasa Melayu di Tadika Hati Ria boleh membaca secara terus tanpa suku kata dengan penuh keyakinan. Sesetengah pelajar yang berusia 5 tahun atau 6 tahun boleh menterjemahkan satu ayat dalam Bahasa Melayu kepada satu ayat dalam Bahasa Cina semasa melakukan pembacaan. Selanjutnya, HanYuPinYin terdapat 4 level, ini akan membiarkan pelajar mempunyai pemahaman yang sangat tepat melalui empat nada. Mereka juga dapat membezakan antara transposisi polifonik dan polysyllabic dengan lebih jelas semasa belajar di peringkat darjah 1. Aritmetik Mental Abakus mula belajar dari Level 1, mereka akan belajar kerjasama tangan kanan bersama kiri, mengaktifkan daya tindak balas otak kiri dan kanan dan membolehkan mereka lebih gemar Matematik. Pelajar dapat belajar penambahan dan pengurangan yang mudah pada Tahap 2. Di Tadika Hati Ria, pelajar yang berusia 4 tahun akan mula belajar Aritmetik Mental Abakus untuk buat sebahagian besar minat mereka dalam matematik. Pada Tahap 4 dan Tahap 5, mereka boleh menggunakan Aritmetik Mental untuk memeriksa jawapannya sama ada salah atau betul apabila melakukan kerja Matematik. Dengan belajar Aritmetik Mental Abakus, pemikiran pelajar akan menjadi lebih lincah dan bertindak balas dengan cepat dalam Matematik.Tambahan pula, terdapat satu jenis bacaan bahasa Cina yang bernama <> iaitu siri buku cerita dapat membolehkan pelajar mudah dibaca hingga 1200 patah perkataan manakala buku cerita bahasa Inggeris iaitu <> juga senang dibaca hingga 9a/9b. Terdapat mata pelajaran lain iaitu Matematik, Sains, Moral, Komputer, Pendidikan Fizikal serta Seni dan Kraf. Di Tadika Hati Ria, guru bukan sahaja memberikan penuh kasih sayang terhadap pelajar, malahan memberi kesabaran yang lebih tinggi. Tahap setiap pelajar adalah berbeza. Bagi pelajar yang berbeza, guru perlu mengubah kualiti pengajaran dari semasa ke semasa untuk mengajar demi kebaikan setiap pelajar.
Aspek bayaran mengikut inflasi harga, sekolah kami akan menetapkan yuran pengajaran bulanan pelajar semasa kemasukkan sehingga penamatan pelajaran pada usia 6 tahun. Jadi, pelajar yang lebih cepat mendaftar akan dapat yuran pengajaran yang lebih murah. Bagi keluarga tunggal, kami akan memberi lebih banyak diskaun untuk membantu dan mengurangkan beban kewangan keluarga mereka.
Tiada percutian pada bulan November di Tadika Hati Ria kecuali cuti umum. Pada bulan Disember, pelajar yang belajar sehingga setengah hari akan mula bercuti dari 15/12 manakala pelajar yang belajar sepanjang hari(8am-3pm/7pm) akan mula bercuti dari 22/12.
Tadika Hati Ria berharap agar lebih ramai pelajar dapat mengembangkan daya tumpuan, mengembangkan keupayaan membaca dan membiarkan mereka bukan sahaja bercakap dengan lancar tetapi juga menyerap lebih banyak kemanusiaan dan ilmu pengetahuan dari kecil lagi.
Kalau ingin anak anda suka belajar dari kecil lagi, biarlah mula membina tabiat membaca yang betul dari zaman kanak-kanak untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik kepada anak anda.