by on 10/03/2022 77
Sorotan Utama |
---|
|
Lazimnya, dalam penguasaan sesuatu bahasa baru sehingga mencapai tahap kemahiran yang tinggi, peringkat awal pembelajaran amat penting, di mana hasil usaha bergantung kepadanya. Sebutan-sebutan dalam bahasa itu, tatabahasa, nada dan tona bahasa dan sebagainya tentunya menjadi cabaran jika seseorang itu sedang cuba menguasai bahasa yang bukan bahasa aslinya. Namun, keadaan ini berbeza dengan kanak-kanak ; minda mereka yang berfungsi seperti span memudahkan pembelajaran mereka, di mana mereka dapat ‘menyerap’ segala yang diajar dengan mudah dan cepat. Didapati bahawa ramai ibu bapa moden ingin memastikan bahawa anak mereka didedahkan kepada bahasa "tambahan", sebab inilah cara yang pasti dapat membuka pintu kejayaan untuk masa depan yang lebih cerah bagi anak mereka.
Bahasa "tambahan" yang diutamakan di Malaysia adalah bahasa Mandarin. Sama kanak-kanak akan menetap di Malaysia atau pun menuju ke luar negara kelak, bahasa Mandarin akan tetap berguna untuk masa depan mereka. Bahasa Mandarin memang banyak digunakan, di mana bahasa ini dituturkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kefasihan bahasa Mandarin pada ketika ini tidak ternilai untuk masa depan kanak-kanak, terutama sekali suntuk kejayaan kerjaya mereka. Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang amat dihargai untuk masa kini dan juga masa depan.
Cubs Mandarin Early Years dan juga Cubs Early Years merupakan nama yang agak baru dalam industri pendidikan awal di nagara kita. Walau bagaimanapun, pengasas-pengasasnya terdiri daripada para profesional yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pendidikan awal! Misi Cubs Mandarin Early Years adalah untuk membantu menyediakan dan melengkapkan kanak-kanak untuk pendaftaran ke mana-mana sekolah rendah Cina. Kemasukan ke dalam sekolah Cina dilihat sebagai langkah yang bijak dan berfaedah tinggi, yang dapat membawa kanak-kanak ke arah kejayaan dalam kehidupan mereka.
Cubs Mandarin Early Years tidak semestinya terhad kepada kanak-kanak yang sedang bersiap untuk memasuki sekolah rendah berasaskan Cina sahaja, namun prasekolah ini juga menjadi pilihan para ibu bapa yang merancang untuk menghantar anak mereka ke sekolah swasta atau antarabangsa; yang penting adalah, anak mereka mempunyai asas bahasa Mandarin yang kukuh. “Mempelajari bahasa tambahan bukanlah satu kerugian kepada sesiapa tetapi sebaliknya ia pasti menjadi aset yang tidak ternilai bagi masa depan kanak-kanak,” kongsi Elizabeth Tan, Pengurus Akademik Cubs Mandarin Early Years SS19, semasa temu bualnya dengan Kiddy123 baru-baru ini.
Program berasaskan akademik Mandarin di Cubs Mandarin Early Years direka untuk meningkatkan penguasaan bahasa serta kemahiran Mandarin di kalangan kanak-kanak. Penguasaan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu serta subjek-subjek teras lain seperti Matematik dan Sains juga diberi perhatian yang teliti. Seperti yang dinyatakan oleh Cik Tan, wujudnya komitmen di kalangan pengasas supaya laluan baru untuk pendidikan awal di Malaysia dibentukkan. “Mereka sedar akan jurang yang semakin melebar antara perkembangan kanak-kanak prasekolah yang diajar menggunakan pendekatan lazim. Justeru itu, mereka bersepakat untuk menubuhkan pasukan pakar supaya dapat membentuk kurikulum yang lebih memperkaya,” jelasnya. "Selain itu, mereka juga ingin supaya kanak-kanak mempunyai suara masing-masing serta dapat membuat keputusan sendiri selama perjalanan pendidikan mereka itu."
Untuk menjadi mahir, adalah penting bahawa seberapa banyak peluang mesti disediakan untuk pelajar menggunakan bahasa tersebut. Di Cubs Mandarin Early Years, keunikannya ialah keseluruhan prasekolah "diseburkan" dalam bahasa Mandarin dan peluang sedemikian, seperti yang dinyatakan di atas, disediakan untuk pelajar mempraktikkan kemahiran komunikasi mereka dengan lebih baik. “Di CMEY, mereka tidak akan kekurangan peluang untuk bercakap dan mendengar bahasa itu sepanjang hari. Mandarin adalah salah satu bahasa utama yang digunakan untuk mengajar kebanyakan sesi di sini. Penekanan terhadap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pastinya diiktiraf juga, tetapi persekitaran "terselam" Mandarin dicipta untuk membangunkan keyakinan kanak-kanak sambil meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa itu," kata Cik Elizabeth.
Cubs Mandarin Early Years mempraktikkan pendekatan pembelajaran yang berdasarkan Teori Ekologi Urie Bronfenbrenner, yang menyarankan pembelajaran kanak-kanak melalui persekitaran mereka. “Maksudnya ialah, kami percaya bahawa kanak-kanak sentiasa belajar dan memerhati dari persekitaran mereka, dari suasana fizikal dan emosi, dari orang yang berada di sekeliling mereka, dan sebagainya. Kanak-kanak belajar dengan meneroka dan menemui, serta melalui pemilikan hasil, di mana mereka harus memahami bahawa keputusan yang mereka buat akan memberi impak tertentu,” jelas Cik Elizabeth.
Dari segi tempoh masa untuk pembelajaran, Cub Mandarin Early Years berbeza daripada prasekolah konvensional di mana tempoh untuk pembelajaran dalam bahasa Mandarin adalah lebih lama berbanding dengan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Oleh itu, lebih awal kemasukan ke prasekolah ini, lebih baik - seperti dijelaskan oleh Cik Elizabeth semasa ditanya mengenai kesukaran yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak dalam mempelajari mata pelajaran seperti Matematik dalam bahasa Mandarin. "Apabila pelajar menjadi semakin mahir, kami akan menggabungkan lebih banyak pelajaran dalam bahasa Mandarin, serta menambahkan masa untuk mempelajari bahasa Mandarin," dedahnya. “Ini adalah penting, terutama sekali jika pelajar itu berasal daripada latar belakang bukan berbahasa Cina, bagi memastikan kanak-kanak itu berjaya menguasai bahasa baru ini sehingga fasih,” tambahnya.
Terima kasih kepada pasukan pendidik yang berdedikasi, serta Pasukan Editorial Kurikulum dan Pembangunan, juga dikenali sebagai CADET, yang menyediakan latihan untuk para pendidik serta latihan penambahbaikan yang berterusan untuk semua kakitangan, Cubs Mandarin Early Years SS 19 dan juga Pusat Tuisyen mampu memenuhi keperluan prasekolah untuk pendidikan awal berkualiti tinggi, dengan tumpuan kepada bahasa Mandarin. Kelas selepas sekolah juga ditawarkan bagi para pelajar Cubs Mandarin Early Years yang telahpun mara ke sekolah formal dan memulakan Darjah Satu hingga Darjah Enam. Sudah tentunya, inilah tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak memperolehi asas Mandarin, Inggeris dan Bahasa Melayu yang kukuh. Yang paling istimewa sekali, selepas tamat pengajian mereka di Cubs, mereka masih boleh mengukuhkan pembelajaran mereka di pusat tuisyen!