by on 19/07/2024 135
Sorotan Utama |
|
Beberapa tahun yang lalu, En. Alan Chuah, seorang bapa dan juga peniaga yang berasal dari Pulau Pinang, berasa sukar untuk mencari prasekolah yang sesuai untuk anaknya, dan beliau mendapati tidak banyak pilihan di kawasan Bayan Lepas.
"Pandangan saya, kurikulum British merupakan pendekatan yang bagus kerana ia selaras juga dengan kurikulum kebangsaan kita. Namun begitu, sukar untuk saya cari kurikulum seperti itu untuk anak saya sendiri," ujar En. Alan.
Pencarian ini akhirnya membawa kepada pembukaan Corrington Premium Preschool & Academy di Bayan Lepas, sebuah prasekolah ekslusif yang menawarkan program yang tulen dan menarik bagi kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.
Ditubuhkan pada tahun 2019, prasekolah ini telahpun berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan menawarkan kurikula bercampur Malaysia dan UK, yang disampaikan kepada pelajar dalam persekitaran yang selesa, tulen, dan juga merangsangkan, sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak secara kondusif.
"Premium" biasanya digunakan untuk sesuatu yang bermutu tinggi. Di Corrington, kualiti ini merangkumi falsafah pengajarannya, kaedah pendidikan, dan juga persekitarannya.
Kampus sekolah terbahagi kepada tiga tingkat dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terbaik termasuklah bilik-bilik darjah yang lengkap dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai, bilik gim, bilik tarian, dapur untuk aktiviti memasak, dan juga taman permainan. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja untuk permainan tetapi direka khas untuk melibatkan proses pembelajaran juga, menjadikan pendidikan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
"Kanak-kanak pada usia ini seperti span yang mudah menyerap ilmu, dan mereka memiliki rasa ingin tahu yang harus dipupuk," jelas En. Alan. Tambahnya lagi, sekolah ini mengambil inspirasi daripada metodologi seperti "The Hundred Languages of Children" (Seraturs Bahasa Kanak-Kanak) dari falsafah Reggio Emilia, di mana kanak-kanak dipercayai mempunyai kebolehan yang luar biasa dan pelbagai cara untuk menampilkan perasaan dan juga membina ilmu mereka sendiri.
Suasana sekolah yang selesa dan mengalu-alukan turut meningkatkan penyerapan ilmu kanak-kanak. "Idea di sebalik reka bentuk dan persekitaran sekolah ini adalah untuk mewujudkan ruang di mana kanak-kanak berasa gembira dan seronok datang ke sekolah untuk belajar dan bermain bersama rakan-rakan sebaya mereka. Ia amat berbeza dari bilik darjah yang tradisional," kata En. Alan.
Corrington Premium Preschool & Academy menggabungkan unsur-unsur dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan kurikulum British. Pendekatan hibrid ini menyokong perkembangan holistik di samping memenuhi keperluan pelajaran individu.
Kurikulum di sini juga mengintegrasikan falsafah Montessori dan pendekatan berasaskan permainan, terutamanya dari segi membina daya motor halus dalam kalangan kanak-kanak yangb lebih kecil. Apabila mereka bergerak ansur ke peringkat pembelajaran seterusnya, mereka akan dinilai berdasarkan matlamat pembelajaran yang tertentu, membantu guru-guru untuk memberi sokongan yang secukupnya.
Apabila guru mengajar, mereka menggunakan objek nyata untuk menyambungkan konsep yang dipelajari dengan objek di dunia sebenar. Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang epal, mereka tidak sahaja mengenali perkataan dan ejaan epal, tetapi juga menerokanya dari segi lain seperti merasa epal tersebut, melihat warna, dan juga menyentuh dan merasai tekstur buah tersebut.
Prasekolah ini menawarkan program separuh hari dan sepanjang hari, ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kelas muzik (piano, ukulele, dan tarian K-Pop), integrasi sensori, dan kelas pengayaan bahasa Inggeris dan Mandarin. Matlamat di sini adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap ilmu yang berkekalan, bagi memastikan pendidikan kanak-kanak bukan sahaja bergantung kepada penghafalan sahaja tetapi membolehkan mereka benar-benar memahami dunia di sekeliling mereka.
Pembelajaran juga tidak tertakluk kepada bilik darjah sahaja. Sekolah kerap kali mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat seperti taman, akuarium, dan pasar raya. Berkat pengalaman-pengalaman ini, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman dunia sebenar dan meningkatkan kemahiran praktikal mereka. Aktiviti-aktiviti ini juga mengajar mereka tentang perbezaan antara keperluan dan keinginan, menyediakan mereka untuk kehidupan seharian.
Keselamatan dan kebersihan dititikberatkan di Corrington. Bilik-bilik darjah untuk kanak-kanak yang paling kecil direka dengan teliti, bebas dari perabot bagi mengurangkan risiko kanak-kanak terhentak atau terjatuh dari meja dan kerusi, manakala barang yang mempunyai bucu yang tajam dilapik.
Premis sekolah diawasi CCTV dan merangkumi lebih 90 peratus kawasan sekolah. Rutin kebersihan harian, mengambil suhu badan, dan sanitasi matres secara kerap memastikan keadaan yang bersih dan selamat.
Dari segi guru pula, semua guru di sini memiliki ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECE) dan menerima latihan yang berterusan supaya mereka dikemas kini tentang berita yang terkini dalam pedagogi. Sekolah juga bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan untuk bengkel perkembangan profesional supaya guru-guru di sini dilengkapi dengan kemahiran yang sesuai untuk memberi pendidikan yang berkualiti tinggi.
Selain itu, komunikasi dengan ibubapa dilaksanakan dengan berkesan melalui applikasi mobil, di mana segala kemas kini, gambar, dan butiran kerja rumah dikongsi dalam aplikasi tersebut. Aplikasi ini membolehkan interaksi secara terus antara guru dan ibubapa.
Prasekolah ini juga mengadakan sesi mengaitkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak masing-masing, seperti sambutan perayaan dan sesi memasak, bagi membina semangat komuniti yang kukuh.