by on 25/04/2022 2460
Pemilihan mana-mana jenis pusat penjagaan kanak-kanak haruslah dilakukan dengan amat berhati-hati. Sebagai ibu bapa, kami mahu mencari pusat penjagaan kanak-kanak yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa, serta disukai oleh anak mereka. Kesemua ciri-ciri ini boleh didapati di Pusat Penjagaan Bayi & Kanak-kanak Choo Choo Train Kota Kemuning.
Pusat Penjagaan Bayi & Kanak-kanak Choo Choo Train Kota Kemuning, Shah Alam ini terletak di lokasi yang amat strategik dan dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama, termasuklah KESAS dan NKVE. Ibu bapa tidak perlu risaukan persekitarannya kerana pusat penjagaan kanak-kanak ini terletak di dalam komuniti berpagar dan berpengawal yang selamat. Suasana di sini adalah amat selesa, seolah-olah berada di rumah sendiri, luas serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan setiap bayi dan kanak-kanak bertatih (infant and toddler). Setiap ruang telah digunakan dengan baik dan disesuaikan untuk pembelajaran yang fleksibel and aktiviti berkumpulan. Kawasan bermain di luar yang dilengkapi dengan baik pula memainkan peranan yang penting untuk memupuk cara hidup yang aktif.
Pusat penjagaan kanak-kanak ini menawarkan keseimbangan antara penjagaan dan pembelajaran bagi bayi dan kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Choo Choo Train Kota Kemuning berharap untuk memupuk sikap ingin tahu kanak-kanak dan membina asas yang kukuh pada tahun-tahun paling penting bagi pembentukan minda kanak-kanak melalui program yang sesuai untuk tiga kumpulan umur – Program Perkembangan Bayi (Infant and Baby Development Programme), Program Kelompok Sepermainan Kanak-kanak Bertatih (Toddler Playgroup Programme), dan Program Penjelajahan Kanak-kanak (Nursery Exploration Programme) .
Bukan mudah untuk mengamanahkan anak kesayangan anda kepada orang lain. Pusat Penjagaan Bayi & Kanak-kanak Choo Choo Train Kota Kemuning sentiasa mengekalkan suasana yang selamat dan gembira demi keselesaan bayi dan ibu bapa yang baru tiba di sini. Pengasuh yang berkelulusan ditugaskan untuk menjaga bayi di sini. Mereka akan memberi tumpuan untuk memastikan bahawa bayi berasa dijaga, gembira, berpuas hati dan selamat. Penjagaan peribadi diberikan berdasarkan jadual unik bayi itu sendiri serta sebarang perhatian khas lain yang diperlukan.
Interaksi mesra dengan pengasuh boleh menghasilkan peluang dan pengalaman yang membantu perkembangan penting yang berlaku pada tahap pertama dalam hidup seorang bayi.
Dalam proses bayi membesar, sikap ingin tahu mereka akan meningkat dan mereka akan mula menjelajah dan mengkaji persekitaran mereka. Modul yang direka khas menyerlahkan kaedah pendidikan berasaskan permainan untuk menawarkan pengalaman yang holistik dan menyeluruh kepada kanak-kanak. Kaedah pedagogi memberi tumpuan dalam membentuk kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri dan harga diri, lantas membentuk asas teras minda yang sihat dan positif serta motivasi untuk belajar menerusi penjelajahan amali dan interaksi sosial. Kanak-kanak dididik berdasarkan satu kurikulum berasaskan permainan antarabangsa yang sesuai untuk masyarakat tempatan. Pelajaran di sini menggabungkan pelbagai aspek pembelajaran termasuklah celik huruf (literacy), deria (sensory), pergerakan muzik (music movement), perkembangan artistik, kemahiran motor dan kognitif, perkembangan kreatif dan imaginasi, serta kemahiran sosial dan emosi. Para pendidik berharap dapat membina keyakinan dalam diri setiap kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti bertema seperti lakon peranan (pretend play), sensory fun, mengenal huruf melalui Jolly Phonics, sesi bermain di luar, mengira dan nombor, serta seni dan kraf. Ini seterusnya akan membantu kanak-kanak membentuk dunia mereka sendiri dan pada masa yang sama melaraskan emosi, fungsi jasmani (bodily functions) dan kecekapan sosial mereka. Para pendidik yang terlatih merupakan sokongan terbaik bagi kanak-kanak pada tahap perkembangan mereka ini serta akan memperkasakan pembelajaran mereka melalui penggunaan pelbagai bahan dan aktiviti. Pendidik di sini memberi penekanan serta menghormati keperluan perkembangan serta kelajuan pembelajaran setiap kanak-kanak.
Para pendidik di Pusat Penjagaan Bayi & Kanak-kanak Choo Choo Train Kota Kemuning adalah komited untuk berkomunikasi secara tetap, jujur dan reflektif mengenai perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Bagi bayi pula, ibu bapa akan dimaklumkan tentang waktu makan, pertukaran lampin serta waktu tidur pada setiap hari. Semua ini akan dilakukan oleh pengasuh yang berkelulusan, terlatih dan dilengkapi dengan segala yang diperlukan semasa kecemasan. Yang paling penting ialah semua pengasuh di sini adalah bertanggungjawab, mempunyai minat mendalam terhadap kerja mereka, mengambil berat, penyayang, responsif serta menghormati ciri-ciri tersendiri setiap kanak-kanak.
Perkhidmatan tambahan termasuklah makanan dan penjagaan sepanjang hari yang ditawarkan sejajar dengan keperluan ibu bapa di bandar. Penjagaan sepanjang hari adalah amat digalakkan untuk bayi kerana bayi kecil amat sensitif dengan persekitarannya dan perubahan yang amat kecil sekalipun mungkin memberi kesan yang besar kepada mereka. Oleh itu, mereka akan berasa lebih selesa dengan rutin yang tetap. Pemakanan adalah amat penting juga. Menu di sini disediakan dengan menggunakan sumber makanan setempat, makanan seimbang yang tidak diubah suai secara genetik, berkhasiat dan berdasarkan panduan diet makanan mengikut kumpulan umur.
Kebolehan seorang kanak-kanak untuk berkembang dan mencapai kejayaan di dalam hidupnya bermula dengan permulaan yang baik pada tahun-tahun awalnya. Dengan adanya kasih sayang dan bimbingan kakitangan serta persekitarannya yang bagus, ibu bapa akan mendapati bahawa inilah tempat yang paling sesuai bagi kanak-kanak. Pusat Penjagaan Bayi & Kanak-kanak Choo Choo Train Kota Kemuning amat digemari oleh ibu bapa yang mahukan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati semua aspek pembelajaran, penjagaan, perkembangan sosial dan perkhidmatan.