by on 08/01/2025 18
Sorotan Utama |
|
Jenama Choo Choo Train merupakan jenama yang dipercayai dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, dan ianya terkenal untuk standardnya yang tinggi.
Kini, jenama ini dikembangkan lagi dengan Choo Choo Train Arts-Enhanced Kindergarten yang menawarkan program sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Ibubapa boleh berasa senang hati kerana pusat sehenti ini memastikan si manja mereka menerima khidmat penjagaan dan pendidikan yang terbaik, dari peringkat bayi sehingga prasekolah.
Tadika ini terletak di premis yang sama seperti Choo Choo Train Baby & Child Care Centre di Setia Avenue, dan memiliki ruang yang luas serta bilik-bilik darjah yang terang dan berwarna-warni, dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk peringkat umur masing-masing serta perabot yang selamat untuk kanak-kanak.
Semua elemen reka bentuk di sini mengambil kira keperluan perkembangan kanak-kanak – sama ada untuk meningkatkan daya motor mereka mahupun menyokong perkembangan kognitif mereka.
Terdapat ruang khas untuk aktiviti fizikal seperti ruang gim, yang juga dilengkapi dinding memanjat, dan taman eko di dalam premis di mana kanak-kanak boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti bertanam. Apabila tiba masa untuk aktiviti yang lebih santai, kanak-kanak boleh memilih untuk membaca di perpustakaan bersama buku yang mereka sukai dan anak patung yang lembut.
Kanak-kanak dari usia 3 hingga 6 tahun berkembang dengan cepat – jadi pihak sekolah memastikan keperluan nutrisi mereka dipenuhi. Menu makanan direka oleh seorang ahli nutrisi dan bahan-bahan masakan pula dibeli dari kedai runcit berjenama untuk memastikan hanya bahan segar dan bermutu digunakan.
Dari segi keselamatan dan kebersihan pula, CCTV dipasang di setiap sudut premis. Setiap hari, guru yang bertugas akan memeriksa keselamatan dan kebersihan di dalam bilik darjah, dan pihak pengurusan juga akan memantau keadaan setiap hari untuk memastikan ia mencapai piawaian yang diingini.
Program Choo Choo Train terus membina asas yang telah dipelopori ketika tahun-tahun awal, terutamanya bagi kanak-kanak dari program Child Care Centre mereka. Kurikulum mereka berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan dibahagikan kepada beberapa tahap:
Pendekatan ‘arts-enhanced’ yang unik ini membolehkan Choo Choo Train untuk mengajar subjek akademik melalui sesi bercerita, melukis, projek, dan aktiviti praktikal, menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami berbanding dengan penghafalan semata-mata.
Sebagai contoh, kanak-kanak akan belajar perbendeharaan kata melalui sesi bercerita, atau mendalami konsep sains melalui projek interaktif. Lebih penting lagi, mereka berasa seronok untuk belajar dan lebih mudah untuk mereka meningkatkan kemahiran mereka.
Kanak-kanak diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dan fikiran mereka; contohnya ketika waktu makan, mereka belajar untuk berbaris dan mengambil makanan mereka sendiri. Mereka juga melakukan sesi perbincangan selepas menonton filem di dalam bilik darjah. Hal ini menerapkan sikap tanggungjawab dan berdikari dalam diri mereka. Ia juga membina keyakinan diri dan menyediakan kanak-kanak untuk peringkat seterusnya, sama ada ke sekolah rendah kebangsaan mahupun sekolah antarabangsa.
Ibubapa boleh berasa lega kerana di Tadika Choo Choo Train, guru-guru di sini bukan sahaja penyayang dan berdedikasi, tetapi terlatih secara profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Choo Choo Train memiliki institut latihan mereka sendiri iaitu NICCE (National Institute of Child Care and Education), yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Selain itu, guru-guru tadika kerap menghadiri kursus dan latihan jadi mereka sentiasa dikemas kini tentang pedagogi dan pendekatan pengajaran yang terkini.
Choo Choo Train mementingkan hubungan yang erat sesama pihak sekolah dan ibubapa, dan juga mengalakkan komunikasi terbuka. Setiap keluarga mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri di mana mereka boleh bertanya soalan dan menerima kemas kini dari pihak sekolah.
Ibubapa sentiasa dimaklumkan tentang program baru, pertukaran guru, dan sebagainya. Kanak-kanak juga diases sebelum menyertai program di sini, jadi pihak sekolah dapat memenuhi keperluan unik mereka dengan lebih baik. Setiap tiga bulan, ibubapa akan menerima laporan teliti tentang perkembangan anak-anak mereka, selain buku laporan harian yang mencatatkan aktiviti dan rutin harian kanak-kanak.
Choo Choo Train Arts-Enhanced Kindergarten menawarkan program tadika yang holistik dan menyeluruh yang membantu kanak-kanak mencapai kejayaan. Berkat pendekatan yang unik ini, yang menggabungkan akademik dengan aspek kreatif, pihak sekolah dapat melengkapi murid-muridnya dengan kemahiran, ilmu, dan keyakinan yang mereka perlukan untuk berjaya di masa hadapan.