on 21/06/2024 20
Sorotan |
|
Ditubuhkan pada 2013, Canridge Global Preschool dan Canridge Right Brain Development Centre memberi pendidikan awal kanak-kanak yang terunggul. Prasekolah tersebut dilengkapi dengan kemudahan premium serta kurikulum yang komprehensif untuk kanak-kanak. Canridge memudahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
Pengasasnya, Cik Jane Soh, merupakan seorang bekas akauntan bertauliah di Singapura dan ibu kepada tiga orang anak. Beliau mendapat inspirasi untuk memulakan Canridge selepas mengetahui faedah kad imbas dalam perkembangan otak kanan bayi-bayi.
Canridge bermula sebagai pusat perkembangan di Taman Bukit Indah, Johor Bahru. Sejak itu, ia telah berkembang ke beberapa cawangan termasuk Mount Austin, Johor Bahru dan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Cawangan terbarunya di Bangsar, Kuala Lumpur, menawarkan program prasekolah serta perkhidmatan penjagaan harian.
Program prasekolah Canridge memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 2 - 6 tahun. Prasekolah ini berbeza dengan prasekolah lain yang bermatlamat untuk menyediakan kanak-kanak memasuki sekolah rendah kerana wawasan Canridge Global Preschool adalah untuk membina warga abad ke-21 sempurna yang memupuk perkembangan diri.
Kurikulum Cranridge merangkumi:
Bagi pelajar yang lebih muda, program ini lebih berasaskan permainan dan ia bertujuan untuk membangunkan kemahiran motor halus, persepsi deria dan kemahiran sosial asas mereka. Aktiviti yang dibuat termasuk permainan pasir & air, seni & kraf, serta muzik & pergerakan.
Semakin besar kanak-kanak, semakin berstruktur kurikulum mereka dalam menggabungkan pembelajaran sambil mengekalkan unsur permainan. Ini dapat menyemai asas yang kukuh dalam tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Mandarin, tambahan dengan pengetahuan pengiraan nombor.
"Aspek-aspek ini penting untuk membina warga dunia yang baik hati dan berfikiran terbuka. Kanak-kanak akan mempelajari erti bekerjasama dengan orang lain dan boleh menempuh pelbagai cabaran dengan yakin dan lasak," kata Jane.
Prasekolah ini menggunakan bahan kurikulum antarabangsa seperti Jolly Phonics dari UK, Fitzroy Readers dari Australia dan Singapore Mathematics. Satu lagi ciri yang baik ialah program bacaan berpanduan prasekolah yang sesuai untuk setiap kanak-kanak.
Suasana di Canridge amat mesra, aman dan dicerahi oleh cahaya semula jadi. Setiap bilik darjah dilengkapi dengan bahan pendidikan berkualiti tinggi yang merangsangkan daya penerokaan di kalangan kanak-kanak.
Salah satu sorotan utama yang menampilkan adalah gim permainan Canbridge. Gim ini berskala besar dengan menggunakan bahan bebas BPA yang diimport daripada pembekal terkemuka di Eropah. Jadi, semua peralatan ini dijamin selamat digunakan oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai litar-litar modular yang kanak-kanak boleh menikmati pada setiap minggu.
Keselamatan amat diutamakan di sini. Tapak permainan kanak-kanak diempukkan, pagar keselamatan dipasangkan, dan pemantauan CCTV dijalankan untuk memastikan suasana pembelajaran yang selamat. Tambahan, guru-guru di sini sentiasa menjaga kesejahteraan serta membimbing mereka sehingga mencapai potensi mereka.
Selain daripada program prasekolah, Canridge mahir dengan pembangunan otak kanan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun.
"Penyelidikan saintifik telah menunjukkan bahawa hemisfera kanan otak kanak-kanak sebelum umur 6 tahun adalah amat aktif. Ia menghubungkan neuron dan mencipta laluan yang meningkatkan kapasiti pembelajaran sekarang sehingga masa depan dengan ketara," jelas Cik Jane.
Program ini merangkumi pelbagai aktiviti termasuk kad imbas, aktiviti gim permainan, muzik & pergerakan, serta pendidikan seni.
“Kanak-kanak yang mempunyai otak kanan yang maju mempunyai kapasiti ingatan yang lebih kuat berbanding dengan mereka yang mempunyai otak kanan yang mundur. Mereka dapat mempelajari benda baru dengan lebih pantas dan mempunyai tumpuan perhatian yang lebih lama,” kongsi Cik Jane.
Metodologi Triple-H Canridge mewujudkan suasana positif untuk pembelajaran yang berkesan dan dapat mencipta ingatan visual yang kuat. "Apabila kanak-kanak seronok berinteraksi, otak mereka akan lebih senang untuk menyerap maklumat baru," katanya.
Program Pembangunan Otak Kanan Canridge diadakan pada setiap 1 jam dari hari Isnin hingga Sabtu di pusat Canridge Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Aktiviti ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perhatian yang secukupnya. Ia membolehkan setiap kanak-kanak maju mengikut rentak mereka tersendiri. Tetapi, bagi sesi untuk bayi, ibubapa diwajibkan menghadiri program tersebut bersama anak mereka.
Canridge menawarkan program dinamik yang menyokong perkembangan kanak-kanak anda secara keseluruhannya. Program pembangunan otak kanan akan memajukan daya pembelajaran anak-anak anda, manakala, program prasekolahnya akan memupuk minat pembelajaran di kalangan kanak-kanak serta menjadikan mereka individu yang berdikari dan berfikiran maju.
Tidak kira anda memilih program separuh atau sepenuh hari di mana-mana cawangan Canridge, segala keperluan anak-anak anda akan diuruskan dengan sebaik mungkin. Canridge sentiasa bersedia untuk memberi pendidikan yang lengkap lagi unggul kepada anak-anak kecil anda. Hubungi mereka untuk mengetahui secara lanjut!