on 20/01/2017 2500
Dengan bermotivasikan minat semata-mata, Cik Lynn Yeoh telah menubuhkan Blue Daisies Kids’ Club 14 tahun yang lalu. Cik Lynn Yeoh, selaku pengarah kepada pusat tersebut menjelaskan bahawa beliau mahu melihat kanak-kanak ini diberi ruang untuk berkembang, meneroka dan menemui keajaiban dunia di sekeliling mereka. Blue Daisies Kids’ Club kini telah berkembang menjadi pusat pembelajaran kreatif dan penjagaan.
“Saya memang suka bekerja dengan kanak-kanak. Jadi, melalui pusat ini, saya berpeluang mewujudkan satu suasana prasekolah di mana saya sendiri tidak akan teragak-agak untuk menghantar anak saya sendiri untuk berada di situ. Di Blue Daisies, kami percaya kanak-kanak seharusnya dibenarkan untuk bermain, mencipta pengalaman dan berseronok.” Jelas Cik Lynn.
Kanak-kanak di Blue Daisies memulakan sesi pagi mereka dengan aktiviti-aktiviti yang telah direka khas bertujuan untuk memupuk naluri ingin tahu mereka. Melalui kegiatan ini, kanak-kanak diberi peluang untuk berkongsi pengalaman seharian mereka, mempelajari lagu-lagu baru dan bertegur sapa dengan rakan yang lain.
Pusat Blue Daisies juga menekankan kokurikulum di luar bilik darjah. Kegiatan sebegini dianjurkan dengan berasaskan kaedah pembelajaran Montessori. Tema-tema penting seperti ‘My Home & Family’, ‘In the Garden’, dan ‘Under the Sea’ adalah antara elemen yang digunakapakai oleh Pusat Blue Daisies.;
Selepas sesi pagi, kanak-kanak di Blue Daisies akan didedahkan pula dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembelajaran seni & kraf, muzik & pergerakan, fonik, senaman sensor dan praktikal, matematik atau aktiviti tematik. Satu ruang besar berada di tengah-tengah pusta Blue Daisies telah disediakan khas untuk kanak-kanak tersebut melakukan aktiviti seni & kraf.
Lantai bertatahkan kayu, beserta tenaga-tenaga pengajar yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Pusat Blue Daisies berjaya mencetuskan suasana yang sangat selesa untuk kanak-kanak.
“Kami mahu suasana di sini berasa selesa seperti di rumah. Kami juga berharap ibu bapa faham, dan tidak terlalu bimbang jika anak mereka kelihatan seperti ketinggalan. Jika anak mereka berasa seronok ketika belajar, mereka akan berasa lebih yakin dan berminat untuk belajar dan mengejar impian mereka kelak. Sekarang adalah masa untuk anak mereka menjalani zaman kanak-kanak mereka dengan selesa dan seronok yang mungkin. Kanak-kanak disini dipupuk untuk belajar mengenali buah fikiran dan perasaan mereka. Kesemua ini akan membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ini di kemudian hari.” Jelas Cik Lynn.
Kanak-kanak di Blue Daisies bukan sahaja terdiri daripada warganegara Malaysia, ekspatriat di Malaysia juga menghantar anak mereka ke sini.
“Kami juga mempunyai ramai kanak-kanak dari luar negara. Ibu bapa mereka adalah ekspatriat di Malaysia. Mereka mempercayai kebolehan kami mengurus pusat pembelajaran. Jumlah kanak-kanak disini juga tidak terlalu ramai. Nisbah cikgu-pelajar di sini rendah . Satu cikgu dan lima kanak-kanak bagi peringkat kanak-kanak kecil. Satu cikgu dan tujuh kanak-kanak bagi pra-sekolah. Dan satu cikgu dan sepuluh kanak-kanak bagi peringkat tadika. Jadi secara tidak langsung, kanak-kanak disini menerima pendidikan yang lebih intim dan efektif.” Tambah Cik Lynn.
Tidak lupa juga, anda boleh melihat banyak testimonial-testimonial positif mengenai pusat ini dari ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Blue Daisies.