by on 16/12/2021 1287
Sorotan Utama |
|
Dengan cogan kata “To Inspire & Nurture Young Minds”, atau"Untuk Menginspirasi & Memupuk Minda Muda", Big Apple merupakan rangkaian tadika yang memberi impak dalam kepada masyarakat yang dikhidmatinya. Nama itu sendiri telah dikaitkan dengan pendidikan berkualiti dan penjagaan profesional untuk kanak-kanak, dan lebih-lebih lagi, kanak-kanak sentiasa ingin berada di sini!
Tadika & Taska Big Apple telah lama wujud di Ipoh, di mana ia baru sahaja berpindah ke cawangan Tiger Lane yang lebih baru. Berdiri megah di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, ia adalah sebuah lokasi yang ceria dan menggembirakan, terutamanya untuk kanak-kanak. Segala-galanya di cawangan ini masih baru, hebat dan menarik, dan sungguh menambah nilai keseluruhan Big Apple Tiger Lane. Kiddy123 berpeluang untuk bergaul mesra dengan Pengetua, Cik Wong, yang telah sudi berkongsi dengan kami sebab-sebab tadika itu begitu popular di kalangan keluarga di Ipoh.
Walau pun Tadika Big Apple telah wujud sejak tahun 1993 di Malaysia, ini tidak bermaksud bahawa kurikulum atau programnya sudah lapuk! Sebaliknya, para pelajar di sini didedahkan dengan pengajaran/pembelajaran moden berprojektor, serta penggunaan komputer! Teknologi terkini digunakan dengan sepenuhnya untuk kebaikan para pelajar. Bagi pelajar berusia 4, 5 dan 6 tahun, seperti yang dimaklumkan oleh Cik Wong, Big Apple juga menawarkan program Guru Panda yang dihasilkan sendiri. Guru Panda merupakan platform dalam talian yang menarik yang menghubungkan kanak-kanak kepada pelbagai bahan pembelajaran. Ini termasuk video pendidikan, cerita, muzik, kuiz, serta nota pembelajaran yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan, dan banyak lagi. Interaktif dan mesra pengguna, Guru Panda juga mendedahkan pelajar-pelajar kepada tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Kami telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program STEAM yang menawarkan pelajar pendedahan yang mencukupi kepada mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik ,dengan kaedah yang membolehkan mereka lebih berfikiran kritikal, gemar bersoal dan pembelajaran berasaskan eksperimen. -- Ms. Wong
Sebagai satu lagi komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya, kanak-kanak berusia 6 tahun di tadika ini ditawarkan program Bahasa Inggeris Cambridge yang membantu mereka menguasai bahasa antarabangsa itu dengan baik, dengan kecekapan yang terpuji dalam tulisan, lisan, serta membaca dan memahami bahasa tersebut. Cik Wong juga berkongsi bahawa peperiksaan dalam talian, iaitu e-peperiksaan Cambridge yang pada asalnya dijadualkan pada Oktober terpaksa ditangguhkan ke November disebabkan wabak Covid-19.
Big Apple mempunyai sukatan pelajaran sendiri, serta buku-buku keluaran sendiri yang mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan untuk Kurikulum Prasekolah. Memandangkan misi Big Apple adalah untuk 'Menginspirasi dan Memupuk Minda Muda', pelajar dibimbing melalui pendidikan yang melangkaui pembelajaran bilik darjah, di mana bermain mempunyai peranan yang tersendiri dalam pengalaman pembelajaran mereka.
Mengulas selanjutnya, Cik Wong mengarahkan perhatian kami kepada segmen mereka yang bernama Train Your Skills, atau "Latih Kemahiran Anda", yang membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor mereka mengikut kumpulan umur. Dari belajar berjalan untuk bayi dan kanak-kanak, sehinggalah kepada memotong dengan gunting dan banyak lagi di antaranya, kanak-kanak diajar dan dibimbing dengan penuh kasih sayang ke arah penguasaan kemahiran hidup yang penting.
Tadika yang terkenal ini mempunyai beberapa kemudahan yang canggih, termasuklah "Dapur Kecil", Perpustakaan, Kolam Renang, Bilik Muzik, Rumah Hijau (taman kecil), studio seni dan Gim, yang semuanya menawarkan pengalaman pembelajaran menyeluruh yang kaya dengan aktiviti hands-on yang sangat digemari kanak-kanak.
Cik Wong seterusnya menyatakan bahawa di Big Apple Tiger Lane, aktiviti sentiasa pelbagai dan menarik untuk memastikan pelajar sentiasa aktif. Sebagai contoh, aktiviti Dapur Kecil membolehkan mereka mempelajari beberapa kemahiran masakan yang berguna seperti penyediaan makanan, memasak, membuat sandwic, membakar, dan sebagainya.
Direka bentuk supaya menarik dan berfungsi secara visual, perpustakaan di Big Apple telah dibina khas untuk memperkayakan minda muda. Di sini juga tempat mereka dapat mendengar cerita, bertanya dan menjawab soalan yang berkaitan dengan cerita, dan juga belajar membaca buku sendiri.
Zaman kanak-kanak adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup, dan bagi kanak-kanak yang menghadiri tadika Big Apple, zaman ini tidak terancam bagi mereka. Di sini, belajar dan bermain berlaku seiringan, menghasilkan pendidikan yang memperkaya dari segala segi.
Dari segi akademik, kanak-kanak memang memerlukan pendidikan awal yang baik yang akan memberikan mereka asas yang kukuh untuk perjalanan persekolahan mereka. Oleh itu, perhatian yang sewajarnya diberikan kepada prestasi dan pencapaian mereka. “Sebagai contoh, kanak-kanak berumur 4 tahun harus mahir dalam abjad A hingga Z, dan kanak-kanak 5 tahun sepatutnya tidak mempunyai masalah mengira sehingga 50, manakala kanak-kanak 6 tahun pula sepatutnya boleh mengira hingga 100 dengan mudahnya,” jelas Cik Wong. Itu hanyalah contoh. Kelas dan pelajaran juga bergantung pada jenis sekolah rendah yang akan mereka masuki. Sehubungan dengan itu, ibu bapa kepada kanak-kanak berumur 5 tahun hendaklah memaklumkan kepada pihak tadika sama ada anak mereka akan memasuki sekolah Cina, Sekolah Kebangsaan, atau Sekolah Antarabangsa, dan sebagainya. “Sebagai contoh, jika pelajar akan bersekolah di sekolah Cina, maka pelajaran Matematik, Moral dan Sainsnya di Big Apple akan diajar dalam bahasa Mandarin. Mata pelajaran ini bagaimanapun, akan diajar dalam Bahasa Malaysia jika mereka ingin bersekolah di sekolah kebangsaan.
Di antara pemerolehan akademik yang berkualiti, masa untuk aktiviti Gim di Big Apple Tiger Lane sentiasa dinanti-nantikan oleh para pelajar, kerana itulah masa untuk mereka melepaskan tenaga yang terpendam dan bergerak sebebas-bebasnya. Dewan Gim mempunyai dinding panjat tebing (rock-climbing wall) dan palang dinding (wall bars), antara banyak lagi ciri berguna lain yang membolehkan kanak-kanak bersenam sambil membina keseimbangan, kekuatan dan ketangkasan mereka. Gim ini serba lengkap, selamat, dan sudah tentu, mesra kanak-kanak!
Satu lagi ciri fizikal yang pasti menangkap perhatian ialah kolam permainan yang agak besar saiznya, yang terletak di kawasan laman tadika. “Di sinilah mereka benar-benar seronok bermain, bergerak dan memercik sambil mereka menguatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka. “Masa bermain air sememangnya istimewa untuk pelajar-pelajar kami di sini, dan ia adalah satu lagi bentuk pendidikan jasmani yang mereka lakukan setiap minggu, di bawah pengawasan rapi dan bimbingan guru yang bertugas,” kongsi Cik Wong sambil tersenyum.
Kanak-kanak berumur 4 tahun berpeluang untuk mengembangkan lagi kemahiran interaksi sosial mereka dengan mengambil bahagian dalam aktiviti drama di mana mereka boleh berlakon dan cuba watak watak tertentu. Kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun pula mempunyai kelas pengucapan awam yang berlangsung setiap minggu, yang membantu mengasah kemahiran pertuturan serta pendengaran mereka, sambil membolehkan mereka menjadi pelajar yang lebih baik dengan kelebihan dalam kemahiran komunikasi.
“Setelah lebih 20 tahun berkhidmat kepada masyarakat, ramai pelajar kami mendaftar di sini hasil daripada pengetahuan ‘mulut ke mulut’ antara ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka sendiri ke sini sebelum ini,” dedah Cik Wong. “Ada juga bekas pelajar, iaitu mereka yang pernah bersekolah di tadika ini sebelum ini. kembali untuk bertanya khabar guru lama mereka!”
Hakikatnya, terdapat guru yang telah bekerja di sini selama lebih daripada 10 tahun, dan ini merupakan sesuatu tanda kecemerlangan tadika ini, Big Apple Tiger Lane. Ia menunjukkan bahawa guru menyukai pekerjaan mereka, dan kanak-kanak menikmati pembelajaran. Sebelum kami menamatkan temu bual kami dengan Cik Wong, Kiddy123 juga dimaklumkan bahawa kebanyakan pendaftaran penjagaan selepas sekolah mereka terdiri daripada pelajar yang pernah menghadiri Tadika Big Apple! “Selagi mereka masih di sekolah rendah, mereka dialu-alukan untuk berada di sini,” akhirinya sambil ketawa. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa Big Apple Tiger Lane ialah tadika yang benar-benar luar biasa, disayangi oleh pelajarnya, dan diingat oleh alumninya.