by on 19/07/2019 1610
Melakukan peranan kami dengan:
Pemeriksaan wajib suhu harian
Pemakaian wajib pelitup muka
Pencucian tangan kerap untuk pelajar
Penyediaan cecair dan tisu pembasmi kuman
Pembersihan dan sanitasi harian
Pembersihan dan sanitasi intensif mingguan
Pengurangan saiz bilik darjah
Penjagaan jarak sosial antara para pelajar dan guru
Memastikan keselamatan makanan dan air minuman
rotokol yang ketat untuk ibu bapa dan pelawat
Kami juga menyediakan:
Pembelajaran maya semasa PKP
Diskaun yuran sekolah semasa PKP
Other prevention measures
Maklumat tambahan:
Watch Our Video:
https://www.facebook.com/113249937190973/posts/197408695441763/
Big Apple, SS2 adalah permulaan masa depan yang cerah untuk si kecil anda. Tunjang utama sekolah ini ialah “To Inspire and Nurture the Young Minds”, keaslian pelan yang terdapat di Big Apple adalah untuk melatih keseluruhan kanak-kanak, bagi memastikan setiap daripada mereka dapat menjadi seorang yang berwibawa dan penyumbang kepada masyarakat kelak. Teras di sekolah ini telah diisi dengan perancangan awal dari sudut kurikulum dan tenaga pengajar yang berinspirasi serta berpengalaman. Visi dan misi di Big Apple juga adalah untuk mengembangkan jangkaunnya kepada yang lebih luas dengan menubuhkan lebih banyak cawangan dan meningkatkan peluang pendidikan yang terbaik untuk calon pelajar. Selain daripada itu, ia juga untuk memenuhi keperluan dan menjadikan ia sebagai asprirasi bagi kebanyakan keluarga tempatan sekarang untuk membuat perancangan yang secukupnya untuk masa depan global anak mereka.
Lebih daripada 20 tahun, kebanyakkan keluarga telah mempercayai Big Apple untuk mendidik dan menjaga anak mereka. Ini adalah sebabnya:
Big Apple mengalu-alukan kanak-kanak pra-sekolah termuda dengan program yang ditentukan dengan teliti. Kurikulum yang berpandangan ke hadapan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan akademik asas yang kukuh dan dapat menguasai kemahiran asas kehidupan.Semasa masa pertumbuhan yang menakjubkan inilah, tenaga pengajar akan membantu setiap pelajar meneroka cara pembelajaran yang menarik dan terbaik. Pelajar telah diinspirasikan untuk bertanyakan pelbagai soalan diluar jangkauan dan mengejar kreatif, bermakna jawapan yang diberikan ini membuka peluang pembelajaran interaktif secara langsung dan arahan pengajaran berasaskan drama. Pembelajaran yang dikaitkan dengan pendekatan dramatik dapat meningkatkan kreativiti dan mengalukan pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
Pendekatan yang penting di Big Apple adalah memperkenalkan kepada pelajar mengenai konsep pendidikan baru apabila mereka telah bersedia untuk berkembang, ini membuatkan pembelajaran itu menjadi semula jadi dan lebih menyeronokkan. Melalui percampuran yang seimbang daripada variasi ekperimen, aktiviti, dan buku kerja, pelajar dapat membina asas kemahiran pindah milik yang kuat apabila terlibat dalam kaedah pembelajaran ‘S.T.E.A.M – Science, Technology, Engineering, Arts, dan Mathematics’. Ini adalah sebahagian daripada kurikulum untuk membantu pelajar dari sudut mental dan fizikal secara menyeluruh.
Pelajar juga diberi peluang untuk mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka dengan melibatkan diri dengan program tambahan yang juga pelengkap kepada teras kurikulum termasuklah kelas drama.Pelajar dapat menyanyi, menari, berlakon, dan diberi peluang untuk menjadi lebih berkeyakinan dan kanak-kanak yang berekpresi.
Tenaga pengajar berusaha untuk membina kegembiraan dan hubungan untuk setiap keperluan kanak-kanak. Program yang bersesuaian dengan peringkat umur telah membuka peluang kanak-kanak untuk belajar selangkah demi selangkah. Di mata guru, setiap dari pelajarnya dilihat mampu dan memiliki sikap ingin tahu serta kaya dengan potensi. Penerimaaan yang kuat telah membuatkan setiap kanak-kanak disini berasa yakin untuk mengekspresikan diri mereka yang sebenar.
Di hati sekolah ini pegangan yang kuat untuk mempromosikan teknik pengajaran yang innovatif telah mempengaruh pembelajaran secara aktif. Big Apple menekankan tenaga pengajar mereka untuk bersikap terbuka, pembelajaran yang berkesan juga adalah dengan mengadakan sesi latihan rutin harian di rumah.
Tiada yang lebih penting selain daripada keselamatan dan kesejahteraan pelajar yang berada dibawah jagaan mereka. Persekitaran di dalam bilik darjah hingga ke taman permainan luar dijaga dengan teliti bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. Ia juga persekitaran yang sempurna untuk belajar sepertimana persekitaran yang nyaman membantu pelajar berasa seperti berada di rumah.
Perbincangan dan komunikasi tanpa batasan bersama ibubapa pelajar dari sudut akedemik, tingkahlaku dan kesejahteraan umum untuk memastikan hubungan yang utuh diantara ibubapa dan pihak sekolah. Pertemuan ibubapa-guru juga dapat memberi maklum balas yang penting mengenai perkembangan pelajar dan peluang untuk mengemukaan sebarang kebimbangan. Matlamat utama adalah kejayaan dari setiap pelajar.
Dengan usaha berterusan sekolah untuk terus mendukung pendidikan kanak-kanak, mereka telah melancarkan platform pembelajaran dalam talian - gurupanda. Ia menggunakan pemilihan bahan kajian yang disusun dengan teliti yang menggabungkan video animasi dan kuiz interaktif untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan. E-pelajaran dipandu oleh topik yang merupakan sebahagian daripada kurikulum prasekolah Malaysia, yang merangkumi mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. Kanak-kanak kini dapat belajar di mana saja, kapan saja, mengikut rentak mereka sendiri.
Usaha dari Big Apple untuk melengkapkan pelajarnya untuk berkembang maju dalam bidang pelajaran dan kehidupan telah diberi mengiktirafan dengan memenangi beberapa anugerah termasuklah kecemerlangan produk dan perkhidmatan daripada Sin Chew Education Awards. Sekolah ini menumpukan dan memegang komitmen untuk meyokong pelajarnya untuk mencapai peribadi yang baik serta peluang dan pengalaman yang baru.