by on 27/05/2024 157
Sorotan Utama |
|
Ditubuhkan pada tahun 2004, Beaconhouse Preschool Subang telah lama berkhidmat untuk memenuhi keperluan pendidikan komuniti di kawasan Subang.
Sebagai salah satu cawangan utama Beaconhouse, tadika dan pusat jagaan yang berlesen ini merupakan pilihan unggul bagi mereka yang mencari pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, yang menekankan bukan sahaja kecemerlangan akademik, tetapi juga perkembangan secara menyeluruh.
Peneraju sekolah, Cik Ayesha Bernadette Philips, mempunyai pengalaman melebihi dua dekad dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Cik Bernadette merupakan seorang pendidik yang berdedikasi, dengan pengalaman yang luas bersama jenama Beaconhouse. Beliau telah berkhidmat di cawangan-cawangan yang lain, selain menjadi pengetua sekolah rendah Beaconhouse, iaitu Sri Inai International School.
Beaconhouse Preschool Subang menuruti falsafah jenama Beaconhouse, iaitu "Play to Learn, Learn to Play", dengan membawa ciri-ciri istimewanya yang tersendiri.
"Di Beaconhouse, kami menekankan suasana pembelajaran yang gembira dan juga meraikan kejayaan kanak-kanak," kata Cik Ayesha. "Apabila kanak-kanak bermain, mereka bermain dengan tujuan tertentu, dan falsafah ini juga terlihat dalam pengajaran kami juga. Oleh sebab itu, aktiviti permainan mereka selalunya untuk mempunyai matlamat pendidikan yang disasarkan," kata beliau.
Matapelajaran teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Matematik adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), diintegrasikan dengan pelbagai pendekatan yang berlainan seperti permainan sensori untuk kanak-kanak yang kecil, dan pembelajaran berasaskan projek untuk kanak-kanak yang lebih besar.
Untuk kumpulan pelajar berusia lima dan enam tahun, ibu bapa boleh memilih untuk menghantar mereka ke aliran Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Mandarin, untuk membantu menyediakan mereka untuk sekolah kebangsaan, sekolah antarabangsa, ataupun sekolah jenis kebangsaan Cina.
Jadual waktu untuk kedua-dua aliran ini sedikit berbeza. Untuk aliran Mandarin,Bahasa Mandarin diajar setiap hari, dan Matematik pula disampaikan secara dwibahasa.
Aktiviti kokurikulum dan kelas pengayaan merangkumi speech dan drama, tarian moden, seni dan kraf, pidato, dan Taekwondo, dan kelas-kelas ini diadakan selepas waktu sekolah pada jam 12.30 petang. Untuk kanak-kanak yang terlibat dalam program jagaan sepenuh hari, guru-guru akan membimbing mereka untuk membaca dan membuat kerja rumah, jadi ibubapa tidak perlu bimbang dan boleh meluangkan lebih masa lapang bersama anak-anak mereka di rumah.
Selain meningkatkan kemahiran akademik kanak-kanak, sekolah ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan sosial dan emosi murid-murid, sesuatu yang Cik Ayesha percaya seharusnya dikembangkan bersama-sama dalam proses penimbaan ilmu mereka.
Aktiviti-aktiviti berkumpulan dan berpasangan, dan juga perayaan budaya, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan daya komunikasi mereka, kerjasama, dan juga mengenali lebih ramai rakan-rakan.
Kanak-kanak diterapkan dengan nilai-nilai murni, seperti budi bahasa dan rasa hormat kepada orang tua. "Kanak-kanak di sini diajar untuk memberi salam kepada guru-guru dan juga staf yang lain setiap hari. Sebagai warganegara Malaysia, budhi bahasa itu budaya kita," kata Cik Ayesha.
Beaconhouse Preschool Subang terdiri daripada dua bangunan yang berhubung, dan lengkap dengan ruang yang luas serta laluan pejalan kaki yang berbumbung. Bilangan pelajar dalam setiap kelas mengikut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia, berdasarkan nisbah saiz bilik darjah kepada setiap pelajar.
Teknologi juga digunakan sebagai alat pembelajaran. Guru-guru sekolah menggunakan Chromebook untuk menjadikan pengajaran mereka lebih menarik dan interaktif, melalui aktiviti-aktiviti seperti kuiz dan tayangan rancangan pendidikan menggunakan TV pintar.
Pelan untuk menaiktarafkan taman permainan dan juga ruang masuk ke sekolah bagi memudahkan ibubapa untuk mengambil dan menurunkan anak-anak mereka sedang dalam perancangan. CCTV pula ditempatkan di kawasan yang strategik sekitar sekolah, seperti ruang umum dan juga bilik penjagaan harian. Pengawal ditugaskan di sekolah dari pukul 7 pagi hingga 7 malam dari Isnin ke Jumaat.
Beaconhouse Preschool Subang menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan. Premis sekolah dibersihkan secara mendalam setiap Sabtu dan Ahad, dan cadar-cadar serta tempat tidur dibersihkan dengan antiseptik sebelum dijemur. Bahan-bahan pelajaran juga disanitasikan setiap hari dan dibersihkan menggunakan pembasmi kuman setiap minggu.
Jelas ternyata bahawa Beaconhouse Preschool Subang mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan.
"Wujudnya perasaan kekitaan dan juga komunikasi yang terbuka di antara ibubapa dan pihak sekolah," kata Cik Ayesha. "Penting bagi ibu bapa untuk merasakan bahawa anak mereka selamat di sini, dan saya rasa mereka dapat melihat bahawa guru-guru kami benar-benar berdedikasi dan mengambil berat tentang anak-anak mereka," beliau melakukan kesimpulan.