by on 21/02/2023 563
Sorotan Utama: |
|
Ditubuhkan pada Januari 2019, Prasekolah Apple Seed Kota Kemuning menawarkan pendidikan awal premium untuk kanak-kanak berumur antara 21⁄2 hingga 6 tahun, di dalam dan sekitar kawasan tersebut. Kiddy123 berpeluang berbincang dengan Pengasas dan Pengetua, Cik Carmen, untuk mengetahui kisah di sebalik kecemerlangannya sebagai salah satu penyedia pendidikan awal terkemuka di Kota Kemuning.
Memandangkan beliau telah lama mempunyai impian untuk menubuhkan tadikanya sendiri, Cik Carmen tidak berfikir panjang untuk mengambil alih Apple Seed Kota Kemuning apabila peluang tersebut muncul, dan kini ia telah berkembang menjadi salah satu nama terkemuka di arena tempatan pendidikan tadika. Kurikulum yang diamalkan di sini adalah gabungan Montessori dan Tematik, bersertakan penyelaman tiga bahasa; Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Cik Carmen mempunyai anak perempuan yang masih bertatih dan sedang pesat berkembang, dan dari dulu lagi, beliau teringin mengetuai prasekolah yang akan digemari kanak-kanak. . “Saya yakin, jika kanak-kanak tidak merasa dipaksa untuk belajar, mereka pasti dapat menyerap dan mengekalkan pelajaran dengan lebih baik. Bukankah itu yang semua ibu bapa inginkan untuk anak mereka? Dan sudah tentu, ia juga apa yang saya inginkan untuk anak perempuan saya sendiri,” kongsinya dengan Kiddy123 baru-baru ini.
Kurikulum sesuatu prasekolah mempunyai peranan utama dalam menentukan pengalaman para pelajarnya yang menghabiskan masa mereka di sana. Mencapai keseimbangan belajar dan main yang sempurna amatlah penting untuk dapat mencapai hasil yang terbaik, dan di sinilah prasekolah dikatakan sama ada berjaya atau gagal dalam matlamatnya. Cik Carmen menyedari hakikat ini, dimana ia dianggap sebagai sebab Apple Seed menyatupadukan metodologi pengajaran praktikal Montessori bersama-sama dengan pendekatan berasaskan Tematik; supaya dapat menghasilkan sebuah kurikulum yang terbaik mungkin untuk era ini. Dengan memperkenalkan alat dan bahan pembelajaran baru secara beransur-ansur, ketelitian diberikan supaya memastikan bahawa kanak-kanak dapat menikmati keseronokan sambil memperoleh pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi.
Tema yang digunakan di Apple Seed ditukar ganti dari masa ke semasa, supaya kanak-kanak tidak jemu dan sentiasa teruja untuk membelajar. Tema yang digunakan juga berbeza dalam pelbagai cara. Ia mungkin juga berdasarkan sesuatu perayaan yang disambut secara nasional. Dalam tema yang dipilih, kanak-kanak akan dapat membuat perkaitan serta pautan antara satu pelajaran dengan pelajaran yang lain, di mana minda muda yang ingin tahu akan merasa puas hati dalam kecapaian mereka, terutama sekali apabila mereka memahami apa yang diajar.
Seperti yang dijelaskan oleh Cik Carmen, setiap orang guru mempunyai tugas masing-masing serta tanggungjawab yang mulia untuk membantu merangsang sikap ingin tahu dalam diri pelajar mereka dengan membimbing pelajar-pelajar tersebut meneroka tempat pembelajaran mereka dengan memerhati, menyentuh, dan sebagainya, sambil bebas bertanya soalan. "Saya amat berbesar hati sebab mempunyai pasukan tenaga pengajar yang berdedikasi dan bersemangat, dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun di antara mereka. Mereka sentiasa bersedia membimbing kanak-kanak tadika meneroka sambil meluaskan minda mereka."
Tidak semestinya semua pemilik prasekolah bernasib baik seperti Cik Carmen, di mana belia dapat menyediakan persekitaran yang amat luas untuk kanak-kanak tadika belajar dan bermain. Dalam aspek ini, Cik Carmen telah melahirkan rasa syukur kerana ditawarkan kawasan yang disewa dari Kerajaan dalam bentuk banglo satu tingkat dengan halaman yang sangat luas. "Di sinilah pelajar-pelajar saya gemar menghabiskan masa," kongsinya. Kami di Kiddy123 dapat memahami sepenuhnya! Selain daripada struktur berunsur taman permainan luar yang menarik, di mana kanak-kanak yang bertubuh aktif dapat menggerakkan badan sambil berinteraksi sosial dengan rakan sebaya mereka, prasekolah Apple Seed juga mempunyai kebun tanaman makanan di mana selain daripada berkebun sambil belajar tentang sumber makanan dan lingkaran kehidupan kita, mereka juga dapat mengambil bahagian dalam membantu menjadikan dunia ini tempat yang lebih hijau, dalam lain kata. Dari masa ke semasa, kolam renang kembung dibawa keluar untuk membolehkan kanak-kanak menikmati kemeriahan bermain dengan air. Ya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam cuaca panas, di bawah pengawasan guru-guru yang bertugas, pastinya satu keseronokan untuk menjadi seorang kanak-kanak yang menghadiri Apple Seed!
Waktu pagi di Apple Seed bermula dengan nada gembira dan ceria, dengan aktiviti-aktiviti permainan luar yang membantu mengekalkan minda kanak-kanak supaya aktif, cerdas dan mudah menerima pelajaran mereka sepanjang pagi. Ia sesuatu fakta bahawa permainan luar di Apple Seed merupakan salah satu tarikan utama prasekolah ini, baik untuk pelajar dan juga ibu bapa mereka. Lagipun, ibu bapa pasti tidak akan membantah melihat anak mereka menghadiri prasekolah tanpa sebarang kekecohan! Masa luar ini amat dihargai dan diterima dengan baik sehingga menjadi amalan mingguan untuk mengadakan sesi pembelajaran luar yang istimewa ini. Tidak perlu disebut di sini, bahawa kanak-kanak amat menyukainya!