by on 24/04/2019 4340
Meraikan dua puluh tujuh tahun lamanya dalam menghasilkan asas muzik dan artistik yang padat untuk kanak-kanak, Allegro Music & Arts telah menjadi penyedia latihan khusus Kuala Lumpur dalam bidang muzik, seni dan tarian yang dipercayai. Diasaskan dengan visi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan penglibatan yang berharga, pengetua Allegro, Cik Esther Law, menyedari keperluan untuk memberi kanak-kanak pendidikan yang berkaliber tinggi dengan pelbagai platform prestasi untuk menjadi yang terbaik dalam suasana yang sentiasa memupuk perkembangan.
Terletak bersebelahan dengan Pusat Membeli-belah Ampang Point, sekolah ini menjadi pusat komuniti pelajar muda yang aktif dan bertenaga yang disatukan oleh semangat yang sama untuk muzik dan kesenian. Seseorang hanya perlu menghabiskan masa yang singkat di sini mendapat ilham melalui dedikasi pasukan Allegro untuk mengekalkan persekitaran yang menggalakkan di mana semua pelajar dapat berkembang dengan muzik dan emosi. Moto sekolah mereka memberi pelajar ilham untuk "BELAJAR dengan penuh semangat, BERFIKIR dengan kritikal, BERLATIH dengan tekun dan MEMBUAT PERSEMBAHAN dengan penuh semangat". Kekuatan tersediri setiap kanak-kanak dihargai dan mereka digalakkan untuk "menjadi semua yang mereka boleh (be all that they can be)". Persekitaran di Allegro sangat kondusif dan melengkapkan pelajar dengan keyakinan diri, kemahiran pemikiran kreatif dan analisis, dan daya tahan untuk mencapai matlamat yang fokus.
Pada Januari 2019, sekolah ini telah berkembang dengan lokasi kedua di Solaris Mont Kiara yang dipanggil Allegro Music Kiara. Kedua-dua cawangan ini menyediakan kemudahan yang tiada tandingan. Persekitaran yang ideal ini mempunyai bilik pengajaran dan latihan khas dengan instrumen, sumber dan bahan yang dijaga rapi.
Pelajar Allegro mendapat pelbagai faedah melalui program pembelajaran khas yang diperkaya berikut:
Program ini hanya di cawangan Ampang sahaja
Kursus-kursus dalam Program Awal Kanak-kanak membolehkan pelajar meneroka minat dalam muzik, seni atau tarian. Kelas dijalankan dalam kumpulan kecil, dengan nisbah guru : pelajar yang rendah, yang membolehkan para pelajar untuk memanfaatkan sepenuhnya kursus ini. Pembelajaran dengan rakan sebaya mendorong pelajar untuk menjadi pelajar aktif dengan membangunkan satu set kemahiran awal bermain dan membuat persembahan dalam kumpulan. Pelajar secara beransur-ansur berkembang dengan rasa penghargaan muzik yang kuat, kemahiran mendengar yang membina, keupayaan untuk ekspresi diri, dan fokus yang tinggi serta kawalan koordinasi tangan-mata (hand-eye coordination).
Kursus muzik ini hanya terdapat di cawangan Ampang dan Solaris Mont Kiara; Seni dan Tari di cawangan Ampang sahaja
Program Kursus Pakar menawarkan latihan di peringkat antarabangsa yang paling tinggi untuk pelajar memperoleh asas teknikal dalam piano, alat muzik bertali, alat tiup kayu (woodwind), alat muzik bras, pendidikan jazz, suara, muzik IGCSE, seni atau tarian. Pelajaran dijadualkan untuk memastikan pelajar mendapat latihan aural dan teori, amalan sokongan, komposisi dan banyak lagi.
Di samping sesi tuisyen dengan jurulatih, pelbagai program mendedahkan pelajar dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam banyak aktiviti yang mungkin tidak terdapat di sekolah muzik lain seperti kumpulan muzik alat tali, kumpulan muzik “chamber” dan latihan orkestra. Pelajar dapat mengembangkan kemahiran mereka sebagai pemain solo, dan juga terbiasa bekerja dalam kumpulan, dengan pelbagai peluang persembahan yang boleh merangkumi resital semasa waktu makan tengahari setiap minggu di sekolah hinggalah persembahan di hadapan orang ramai di festival dan konsert.
Allegro Music & Arts berbangga dengan keunggulan staf pengajar profesional antarabangsa mereka dari Eropah, Rusia, United Kingdom, China dan Macedonia, serta tutor Malaysia yang berkualiti tinggi. Masterclasses dan projek-projek kolaboratif dengan artis-artis antarabangsa yang berkunjung dan profesor muzik di Allegro International Music Study Program menawarkan pendedahan yang tidak ternilai pelajar ke dunia muzik yang lebih luas. Destinasi program yang lepas membawa pelajar ke seluruh dunia seperti Vienna, Salzburg, Milan, Budapest dan Singapura.
Ramai pelajar Allegro Music & Arts telah mencapai kejayaan besar dalam pertandingan dan sebagai pemuzik di festival nasional dan antarabangsa termasuk Festival Muzik Antarabangsa Raffles Singapura di Malaysia 2016, Pertandingan Piano ASEAN Chopin dan Pertandingan Ensemble ABRSM di Semenanjung Malaysia 2015.
Sekiranya pelajar ingin dipertimbangkan untuk institusi muzik pakar, mereka perlu memohon untuk sesi uji bakat. Allegro Music & Arts adalah wakil rasmi Malaysia untuk Royal Welsh College of Music & Drama. Uji bakat untuk permohonan daripada pemuzik di Malaysia adalah dialu-alukan. Bagi pelajar yang mempertimbangkan kerjaya masa depan dalam profesion muzik, sesi rujukan dan konsultasi boleh diatur.
Untuk pembelajaran yang lancar, Allegro juga menawarkan piano berkualiti tinggi dan berharga mampu milik serta dan instrumen bertali jenama Eastman Strings untuk pelajar dan ahli profesional. Sekolah ini juga menyediakan konsultasi peribadi untuk memberi nasihat kepada ibu bapa tentang alat yang paling sesuai untuk anak mereka serta perkhidmatan untuk kerja pemulihan dan pembaikan alat muzik.
Sama ada pelajar membuat keputusan untuk menjadi ahli muzik bertaraf dunia, mengejar seni kreatif atau mengikuti jalan akademik, mereka akan disokong sepanjang jalan di Allegro Music & Arts. Pendidikan di sini adalah untuk belajar memahami sifat emosi manusia - semangat untuk bekerja, keinginan untuk belajar dan kepekaan empati - yang membawa kepada kejayaan; menanam intipati yang tidak boleh digantikan oleh mesin dalam diri. Tidak syak lagi bahawa pelajar akan dilengkapi dengan baik untuk menghadapi cabaran profesional dan peribadi dalam kehidupan, sama ada keinginan berubah atau tidak, apabila tiba masanya untuk meninggalkan Allegro Music & Arts.