by on 09/08/2021 254
Sorotan Penting |
---|
|
Pusat Intervensi Alisther yang terletak di pinggir Bukit Jalil yang mewah ialah sebuah pusat intervensi sehenti yang multidisplin, menyediakan sokongan untuk kanak-kanak yang didiagnos sebagai berkeperluan khas merentasi semua spektrum.
Pusat ini berdaftar dengan Kesihatan Bersekutu (Allied Health) untuk melaksanakan perkhidmatan intervensi bagi kanak-kanak berusia dari 2 hingga 12 tahun, dengan matlamat untuk mencapai pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.
Alisther memulakan perjalanannya pada 2018, dengan cawangan pertama di Seremban dan baru-baru ini telah membuka cawangan di Bukit Jalil pada 2020. Cik Aliaa dan Cik Aicezsther, pengasas institusi ini, kedua-duanya percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan berpotensi untuk berkembang. Cik Aliaa ialah graduan Universiti Bangor, Wales dalam psikologi, sementara Cik Aicezsther mengkhusus dalam Pengajian Pengurusan dari Universiti Hertfordshire di UK.
Dengan kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak adalah unik, Alisther memenuhi keperluan semua kanak-kanak dengan pelan rawatan persendirian yang direka bentuk oleh pakar dalaman untuk memenuhi keperluan khas mereka. Alisther terus mempelopori intervensi awal untuk mengatasi stigma ibu bapa terhadap anak mereka dengan masalah perkembangan seperti Autisme, ADHD dan GDD, antara lain melalui kempen kesedaran dan aktiviti seperti perkongsian langsung di Facebook, video pembelajaran di YouTube, dan lain-lain.
Alisther juga menyediakan penilaian diagnosis dalaman yang dilaksanakan oleh ahli psikologi klinikal yang berkelayakan untuk pemahaman secara mendalam tentang keadaan anak anda dan juga memudahkan proses permohonan kad OKU jika keadaan memerlukan.
Institusi ini menyediakan pelbagai jenis program yang bersesuaian dengan keperluan setiap anak. Program ini boleh diubah suai untuk pelan rawatan holistik bagi anak anda.
Program Intervensi Awal (EIP) direka untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. Program ini bertumpu kepada mengembangkan kemahiran sosial dan kemahiran hidup dalam kalangan kanak-kanak. Program EIP juga memberikan tumpuan kepada pengubahsuaian tingkah laku, menuju ke arah memenuhi tahap perkembangan setiap klien dan untuk persediaan ke sekolah. Program ini dibuat secara berkumpulan 1:4 dengan ahli terapi.
Semakan suku tahunan dilaksanakan untuk memantau perkembangan klien dan untuk menilai sejauh mana mereka telah bersedia untuk memasuki sekolah aliran perdana.
Alisther juga menyediakan program Terapi Pertuturan dengan ahli terapi pertuturan yang berkelayakan. Program ini memberikan tumpuan kepada menambah baik kebolehan berbahasa dan pertuturan dan untuk berkomunikasi serta mengungkapkan perasaan mereka melalui komunikasi verbal dan bukan verbal.
Semakan suku tahunan dilaksanakan untuk memantau perkembangan klien, dan menilai sama ada mereka sesuai untuk dihentikan daripada apa-apa rawatan lanjut.
Terapi cara kerja bertujuan untuk membantu klien yang mengalami keadaan tertentu agar mereka dapat menyertai aktiviti harian dalam kehidupan dan komuniti di sekeliling mereka. Klien bekerjasama dengan ahli terapi cara kerja yang berkelayakan untuk mengurangkan kesukaran apabila menghadapi tugasan harian seperti makan dan memakai pakaian serta turut membantu meningkatkan kemahiran motor mereka agar mereka dapat belajar untuk hidup secara berdikari sejauh yang mungkin.
Sebelum itu, penilaian dibuat untuk mengukur tahap perkembangan setiap klien sebelum diteruskan dengan rawatan. Semakan suku tahunan dilaksanakan untuk memantau perkembangan klien, dan untuk menilai sekiranya mereka sesuai untuk dihentikan daripada apa-apa rawatan lanjut.
Terapi tingkah laku di Alisther bertumpu kepada menguruskan isu tingkah laku dengan klien. Program ini membantu kanak-kanak mempelajari cara tingkah laku yang sesuai, dan menguruskan isu kemarahan. Penglibatan ibu bapa adalah suatu kemestian dalam program ini kerana ia juga mengajarkan cara-cara untuk ibu bapa bertindak balas dan memberikan reaksi apabila atau sekiranya anak mereka berkelakuan tidak senonoh dan cara terbaik untuk menambah baik tingkah laku anak mereka.
IIP ialah program yang boleh disuaikan yang direka bentuk secara khusus dengan mengambil kira setiap orang kanak-kanak secara individu. Program ini merupakan rancangan persendirian selama 3 hingga 6 bulan yang memberikan tumpuan kepada membantu klien mencapai tahap perkembangan yang dijangka. Pemerhatian dan penyelidikan dibuat sebelum program oleh pasukan pakar di Alisther untuk mengumpul maklumat tentang persekitaran klien dan selepas itu baru mereka akan meneruskan reka bentuk rancangan yang sesuai untuk setiap klien. Program ini dilaksanakan dalam persekitaran bersemuka secara peribadi dengan pakar.
Semakan suku tahunan dilaksanakan untuk memantau perkembangan klien dan menilai sama ada mereka sudah bersedia untuk integrasi.
Program yang direka bentuk untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun ini menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak meneroka dan memenuhi keperluan sensori mereka. Program ini dilaksanakan oleh pakar yang berkelayakan, dengan pelbagai aktiviti tersedia untuk kanak-kanak untuk mengembangkan dan meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka, serta kemahiran berharga yang lain untuk mewujudkan persekitaran terbaik untuk mereka belajar dan mencapai potensi mereka.
Program kemahiran sosial direka bentuk untuk kanak-kanak dari 7 hingga 12 tahun. Program yang diadakan dalam suasana berkumpulan ini membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam kemahiran sosial. Program ini menggalakkan kanak-kanak untuk bekerja dalam kumpulan dan mengamalkan kemahiran perundingan, kemahiran kepimpinan, semangat berpasukan dan kemahiran berharga yang lain.
Program ini direka khusus untuk kanak-kanak yang tidak dapat menyambung pelajaran secara akademik dan menghadapi kesukaran melaksanakan aktiviti harian. Semasa program ini, kanak-kanak akan dilatih dalam kemahiran pengurusan hidup dan perkhidmatan vokasional yang membantu mereka menjadi berdikari seboleh yang mungkin. Permainan olok-olok atau main peranan adalah antara alat yang digunakan semasa sesi untuk membantu klien untuk berfungsi sebagai ahli masyarakat, yang menjadi matlamat akhir program.
Di Alisther, kami dengan teguhnya percaya bahawa bekerja secara bersama dengan ibu bapa akan menghasilkan keputusan terbaik untuk kanak-kanak. Selain aktiviti berasaskan kumpulan atau pelan rawatan, penglibatan ibu bapa semasa proses intervensi persendirian dilihat sangat bermanfaat untuk menambah baik keadaan kanak-kanak, diikuti dengan kelangsungan pelan rawatan di rumah. Institusi ini juga menyediakan sokongan untuk ibu bapa yang baharu mahupun lama dalam membesarkan anak istimewa mereka.
Sepanjang masa yang sukar dan tidak pernah dialami ini, Alisther sentiasa bersiap sedia untuk memberikan sokongan kepada ibu bapa. Mereka sentiasa menghubungi keluarga klien untuk mengetahui keadaan mereka semasa kawalan pergerakan dan sekiranya keluarga tersebut memerlukan bantuan lanjut berkenaan pelan rawatan klien mereka. Pusat ini juga melakukan perkongsian di Facebook tentang pelbagai topik dalam seluruh spektrum sebagai sebahagian daripada inisiatif perkongsian ilmu.
Di Alisther, matlamat kami adalah untuk menyokong anak-anak kita agar dapat beralih dan bergabung di sekolah aliran perdana.
Kebanggaan dan kegembiraan terbesar kami adalah apabila melihat kanak-kanak berkembang dan melepasi batasan perkembangan yang dijangka.