by on 03/05/2023 851
Sorotan Utama: |
|
Al Fateh Sinar Genius merupakan prasekolah yang mempunyai cerita latar belakang yang unik, di mana ia ditubuhkan atas keinginan bapa pengasasnya. Prasekolah Islam ini menawarkan kurikulum yang bersemangat untuk kanak-kanak di Putrajaya, terutamanya di dalam dan sekitar Presint 9. Kiddy 123 berpeluang bercakap dengan Puan Raihan, pengasas bersama Al Fateh Sinar Genius, dan inilah perkara yang telah kami temui.
Ditubuhkan untuk perkhidmatan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak berkualiti, Al Fateh Sinar Genius di Putrajaya tidak mungkin dapat dilepas pandang, kerana penampilannya yang berdiri megah di kawasan penubuhannya. “Secara teknikalnya, ini adalah bayi pertama kami, sebelum bayi sebenar kami dilahirkan,” kata pengasas bersama Puan Raihan sambil bergurau. Lebih menarik lagi, bangunan dua tingkat yang diduduki oleh prasekolah itu sebenarnya disewa daripada bapa pengasas, lelaki yang mendorong anak-anaknya membuka tadika untuk menawarkan pendidikan prasekolah yang berkualiti kepada orang ramai; sesuatu yang beliau percaya adalah penting dalam kehidupan.
Dua beradik itu, yang ketika itu belum lagi berkahwin dan tidak mempunyai keluarga sendiri, memenuhi hasrat bapa mereka, dan hari ini, Al Fateh Sinar Genius merupakan salah satu Prasekolah Islam yang terkenal di Putrajaya. Dua beradik tersebut kini telah berkahwin dan juga bergelar ibu, dan mereka menguruskan Al Fateh Sinar Genius seperti yang dibayangkan oleh bapa mereka - dengan perhatian dan juga penuh kasih sayang, melayan setiap kanak-kanak seperti anak mereka sendiri.
Terbuka kepada bayi bermula dari usia 3 bulan sehingga kanak-kanak berumur 6 tahun, Al Fateh Sinar Genius mengikuti kurikulum PERMATA serta KPSK, yang menjadi pilihan utama kebanyakan keluarga di Putrajaya, seperti yang dijelaskan oleh Puan Raihan . Pagi bermula dengan nota yang ceria sekali di Al Fateh Sinar Genius dengan ketibaan kanak-kanak sekitar jam 7 pagi. Prasekolah dijalankan di tingkat satu manakala pusat asuhan pula berada di tingkat bawah. Hari bermula dengan Circle Time sebelum sebarang pelajaran bermula, dan inilah masa kanak-kanak berdoa pagi, bersenaman ringan, serta menyanyikan lagu-lagu patriotik. Sarapan pagi untuk kanak-kanak yang lebih muda dihidangkan pada pukul 8.30, manakala yang lain bersarapan pada pukul 9. Suasana pada keseluruhannya adalah yang penuh keceriaan di mana kanak-kanak didapati bersemangat untuk belajar. Dari segi prasekolah, kita semua tahu bahawa jika kanak-kanak berasa seronok untuk belajar, ini bermakna persekitaran mereka adalah persekitaran yang penyayang dan kondusif!
Selepas sarapan pagi, murid-murid Al Fateh Sinar Genius memulakan aktiviti P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) yang terdiri daripada subjek-subjek prasekolah yang diajar oleh guru-guru bertauliah. Suasana pembelajaran yang cerah dan ceria membolehkan kanak-kanak berasa selesa semasa menyerap pelajaran, dan berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan sekolah mereka. Makanan tengah hari dihidangkan sekitar tengah hari, dan berikutan itu mereka akan dibimbing dalam solat Zohor. Selepas waktu rehat, kanak-kanak yang menyertai program hari penuh dapat mengikuti kelas-kelas khusus tertentu selepas sekolah, seperti kelas bahasa (BM, Inggeris atau Mandarin), Taekwondo, memanah, atau berenang, dan seterusnya menunaikan solat Asar.
Golongan yang paling muda sekali dihidangkan sarapan pagi lebih awal sebelum dipimpin dalam beberapa aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah termasuk berkebun, bermain pasir, bermain di taman permainan luar, dan juga bermain air, yang merupakan sebahagian daripada Aktiviti 1. Aktiviti 2 pula menyusul, berselaras dengan 6 domain perkembangan awal kanak-kanak, iaitu Perwatakan & emosi sosial; Deria dan persepsi persekitaran; Estetika & kreativiti; Fizikal; Bahasa, komunikasi & literasi awal; Matematik asas dan pemikiran logik; dan Pemakanan yang seimbang. Waktu bercerita, bermain bebas, makan tengah hari, waktu rehat, dan waktu hidangan petang menyusul sebelum anak-anak kecil dimandikan. Pada kira-kira jam 4 petang, Aktiviti 3 akan bermula, juga mengikut 6 domain yang disebut di atas. Kami sedia dimaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti 2 dan 3 akan dipaparkan dalam aplikasi bernama Anak2u. Selepas minum susu pada waktu petang, kanak-kanak dapat menghabiskan masa bermain secara bebas sehingga dijemput oleh ibu bapa masing-masing.
Walaupun Al Fateh Sinar tidak mempunyai peruntukan khas bagi kanak-kanak berkeperluan pembelajaran yang berbeza, termasuk kanak-kanak dalam spektrum autisme, terdapat ibu bapa yang berasa selesa sekali untuk menghantar anak mereka yang mempunyai keperluan pembelajaran berbeza ke prasekolah, dan mereka beranggapan bahawa ia adalah permulaan terbaik bagi anak mereka, dari segi pendidikan awal. Mereka jelas mendapati bahawa anak-anak mereka telah menunjukkan peningkatan yang amat memuaskan, selain gembira kerana dapat menyertai kanak-kanak lain dalam prasekolah aliran lazim.
Lawatan tahunan, persembahan konsert dan acara seperti hari graduasi, dan juga aktiviti-aktiviti lain yang yang menyeronokkan menjadikan keseluruhan pengalaman di Al Fateh Sinar Genius amat dihayati, di mana ia jenis pengalaman yang tidak mudah dilupakan, dan kanak-kanak pasti akan mengenang kembali dengan sukacita sekali apabila mereka dewasa nanti. Nah, inilah yang diharapkan oleh penaung prasekolah yang baik hati dan penyayang, iaitu bapa pengasas, di mana hasratnya jelas telah pun menjadi kenyataan!