by on 28/11/2019 1315
Apakah yang dapat diharapkan oleh ibu bapa hari ini terhadap sesuatu pusat penjagaan kanak-kanak selain daripada menjadi tempat untuk anak mereka dijaga sehingga mereka selesai kerja di pejabat dan menjemput mereka pulang ke rumah? Dari segi pengasuhan kanak-kanak dan juga penjagaan selepas sekolah, aCAREdemy mengutamakan perkembangan yang sihat dan lengkap untuk kanak-kanak, sambil memastikan bahawa masa yang dihabiskan di sini digunakan dengan sebaik-baiknya.
Lawatan kami baru-baru ini ke premis aCAREdemy yang agak luas, yang berlokasi di SS19 diterima dengan ramah oleh Pengasas dan Pengetua pusat tersebut, Cik Soo Teng. Lawatan itu sedikit sebanyak telah menjelaskan sebab-sebab mengapa sesetengah ibu bapa memihak kepadanya dan sanggup membawa anak mereka ke pusat ini, padahal terdapat tempat-tempat lain yang berlokasi lebih dekat dan mudah bagi mereka.
Berkedudukan di unit hujung rumah dua tingkat yang agak besar, aCAREdemy mempunyai ciri-ciri unik yang tidak merupai pusat kanak-kanak lain yang berwarna-warni dan berlukisan di dinding (mural) dan sebagainya. Sebaliknya, ia bergaya santai, ringkas dan nyaman. Ciri-ciri ini sebenarnya membantu kanak-kanak rehat dengan baik sambil mengembalikan ketenangan serta tenaga di tubuh dan minda mereka selepas berjam-jam berada di sekolah. Maklumlah, alam persekolahan tentu dipenuhi dugaan dan tekanan untuk kanak-kanak hari ini, dan di sinilah mereka dapat memperbarui keyakinan mereka dalam kebolehan pembelajaran semula jadi masing-masing.
Dalam beberapa minit bertemu duga dengan pengasas yang bersemangat dan ceria ini, prinsip serta pendiriannya mengenai teknik penjagaan kanak-kanak yang baik jelas terpapar. Antara ciri yang menonjol di aCAREdemy ialah, kerja rumah sekolah kanak-kanak dikaedahkan supaya mengukuhkan pengajaran. Fikirkanlah sebentar: kerja rumah merupakan sebahagian daripada alam persekolahan yang paling mencabar bagi ramai kanak-kanak. Tidak kira kadar kecekapan pengajaran di sekolah, ramai kanak-kanak tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja rumah mereka, atau tidak dapat memahami kerja dan tugas yang diberikan.
Isu-isu kerja rumah seperti ini, jika dibiarkan berterusan tanpa dibantu, akan membawa padah kepada kanak-kanak, di mana perasaan malu dan bersalah pasti muncul, dan juga, mereka berisiko tinggi untuk ketinggalan di belakang dalam pelajaran mereka. Di aCAREdemy, kanak-kanak akan diberi masa untuk melakukan kerja rumah mereka, dan akan dibimbing di mana perlu. Kerja rumah dijadikan peluang pembelajaran yang efektif, dan berserta dengan pemikiran yang diperbaharui, kanak-kanak akan sedar bahawa kerja rumah tidak perlu lagi menjadi beban dalam hidup mereka.
Sebagai pusat penjagaan harian yang berkualiti, memaksimumkan masa demi kepentingan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan di sini. Dalam hal ini, aCAREdemy, melalui penyelidikannya sendiri, mendapati bahawa bahasa, terutamanya untuk kanak-kanak yang menghadiri SKJC, cenderung untuk menjadi halangan dalam akademik mereka. Perkara ini bukanlah sesuatu di luar dugaan, seperti yang dijelaskan oleh Cik Soo Teng. Satu contoh mudah ialah dalam kes kanak-kanak yang mahir dalam matapelajaran matematik, namun masih menghadapi kesukaran dalam kelas matematik hanya kerana dia tidak cukup mahir dalam bahasa yang digunakan untuk subjek itu. Oleh itu, kanak-kanak tersebut tidak dapat memahami sepenuhnya soalan-soalan yang dikemukakan. Inilah antara sebab mengapa kemahiran literasi amat dititik beratkan di sini, dengan latihan bacaan setiap hari.
Jauh berbeza dengan sistem prasekolah atau tadika biasa yang menetapkan masa pembelajaran dalam jangka waktu yang pendek, iaitu 4 jam, aCAREdemy menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hari. Jika pendedahan kepada persekitaran yang penyayang, kondusif dan merangsang diambil kira, bimbingan oleh para guru dan penjaga pasti menjadi pengalaman pendidikan awal yang lengkap dan sempurna. Demikianlah matlamat aCAREdemy, supaya zaman kanak-kanak yang berharga ini dapat dinikmati dengan sepenuhnya sambil mereka bersedia untuk mengecapi kejayaan masing-masing.
Kurikulum di aCAREdemy dapat disimpulkan sebagai bertema, (Thematic) dan ia dilaksanakan berikutan kepercayaan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk berjaya dalam era moden teknologi yang sedang berkembang pesat dan kerap menghadapi perubahan. aCAREdemy, dengan caranya sendiri, menggunakan pendekatan 6C berikut, rekaan Micheal Fullan:
Critical Thinking (Pemikiran Kritikal): | |
---|---|
Kemahiran ini membantu kanak-kanak supaya memahami pelajaran mereka dengan lebih mendalam. Mereka belajar cara-cara menganalisis dan menapis maklumat supaya dapat digunakan pada kehidupan seharian masing-masing. |
Collaboration (Kerjasama): | |
---|---|
Kemahiran ini dipupuk untuk membantu kanak-kanak menggunakan pelbagai bakat dan gaya dari rakan-rakan mereka untuk mencapai usaha secara berkumpulan untuk hasil yang lebih memuaskan. |
Communication (Komunikasi): | |
---|---|
Kanak-kanak sentiasa digalakkan untuk berbicara dengan jelas, dan melaluinya, mereka akan dapat mennyampaikan hasrat dan pemikiran mereka serta memberitahu keperluan masing-masing dengan sejelas-jelasnya. Untuk terus membina kemahiran komunikasi, mereka juga diajar untuk meneliti arahan dan juga mendengar dengan baik semasa berbicara dan semasa orang lain sedang bercakap. |
Creativity (Kreativiti): | |
---|---|
Di zaman yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan ini, kreativiti amat berharga dalam kanak-kanak, kerana ia membolehkan mereka mencari keadah-kaedah yang berbeza untuk menatap sesuatu situasi dan mencari penyelesaian yang lebih kreatif untuk mengatasi masalah. |
Citizenship (Kewarganegaraan): | |
---|---|
Ciri yang membantu kanak-kanak menjadi lebih sensitif terhadap persekitaran mereka, orang dalam kehidupan mereka, budaya dan gaya hidup yang berbeza dari budaya mereka sendiri, serta bekerjasama dengan setiap orang. |
Character Education (Pendidikan Watak): | |
---|---|
Membina watak yang baik di kalangan kanak-kanak adalah penting. Guru dan penjaga di aCAREdemy sedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk membantu kanak-kanak menyedari kepentingan bertanggungjawab dalam hidup. Kanak-kanak juga dibimbing supaya menjadi orang yang penyayang dan penyumbang pada masyarakat mereka. |
Membantu kanak-kanak supaya sentiasa gemar membelajar adalah matlamat penting di aCAREDEMY. Oleh itu, semua pelajar di sini mengambil bahagian dalam satu siri latihan yang disasarkan untuk merangsang otak dan membantu kanak-kanak supaya berfikir, menumpukan perhatian, menghafal dan belajar dengan lebih baik.
Dikenali sebagai Brain Gym®, latihan ini dicipta oleh Paul dan Gail Dennison, dan ia dilahirkan berikutan kesedaran bahawa kanak-kanak yang menghadapi tekanan minda serta tubuh badan tidak dapat menerima pelajaran dengan baiknya. Sebagai seorang fasilitator sah Brain Gym®, Cik Soo Teng mencatatkan peningkatan yang luar biasa dalam kuasa tumpuan pelajarnya dari segi kesediaan mental, fizikal dan emosi mereka untuk belajar.
Senaman Brain Gym® yang mudah dan menyeronokkan terdiri daripada pergerakan-pergerakan mudah dan menyeronokkan, namun berkesan. Senaman ini dapat mencelikkan minda kanak-kanak sebelum mereka melakukan sebarang tugas yang memerlukan penggunaan daya fikiran. Mereka dapat melakukan senaman Brain Gym® ini sebelum mereka memulakan kerja rumah mereka, dan juga semasa di kelas.
Latihan Brain Gym® direka untuk membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian-bahagian otak yang berbeza. Ia juga membantu kanak-kanak menggunakan kedua-dua belah kiri dan kanan otak mereka untuk mengoptimakan kuasa pembelajaran mereka serta memperkayakan pengalaman pembelajaran harian mereka.
Ibu bapa pelajar aCAREdemy secara berterusan mengakui bahawa terdapat perbezaan yang nyata dalam sikap anak-anak mereka terhadap pembelajaran. Kenyataan ini amat membanggakan Cik Soo Teng sebagai seorang fasilitator Brain Gym®. Beliau juga menawarkan perkhidmatan Brain Gym® 104 serta Program Fasilitator Brain Gym® bagi mereka yang berminat.
Menepati segala keperluan keluarga moden hari ini, aCAREdemy memang menjadi pilihan unggul sebagai pusat penjagaan kanak-kanak. Ibu bapa pasti yakin dengan mutu penjagaan, makanan home-cooked yang berkhasiat, serta bimbingan dan bantuan kerja rumah yang ditawarkan untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga dapat mandi, rehat secukupnya, dan menjalankan aktiviti-aktiviti halaman, serta menikmati masa bermain-main. Sejak kebelangkangan ini, kanak-kanak di aCAREdemy juga telah memulakan sebuah kebun kecil untuk menanam sayur dan sebagainya. Ini telah meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran hidup yang akan memberi faedah dalam kehidupan mereka.
Akhir sekali, ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke dalam program-program pengayaan tambahan tertentu pasti lega mendapat tahu yang mereka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke lokasi yang berbeza. Rupa-rupanya, aCAREdemy juga menawarkan program-program pengayaan di sini untuk kemudahan ibu bapa.