by on 06/10/2022 853
Sorotan Utama |
|
Acacia Montessori, Kota Kemuning adalah salah satu dari hanya beberapa prasekolah di Malaysia dengan pendidikan Montessori tulen untuk kanak-kanak 2-6 tahun. Kekuatan unik tadika ini adalah komitmen mereka untuk menggunakan standard pedagogi Montessori untuk mendidik keseluruhan aspek seorang kanak-kanak; secara akademik, emosi, dan juga fizikal. Ibu bapa boleh menjangkakan standard yang digunapakai Acacia Montessori mengekalkan tahap kecemerlangan yang diilhamkan oleh Dr. Maria Montessori kerana setiap aspek di Acacia Montessori menggunakan panduan dari Association Montessori Internationale (AMI) – sebuah organisasi yang diasaskan Dr. Maria Montessori pada tahun 1929 untuk memastikan pendekatan filosofinya dipraktikkan secara konsisten di seluruh dunia.
“Di Acacia Montessori, matlamat kami adalah untuk mengembangkan setiap kebolehupayaan kanak-kanak, memupuk sifat cintakan ilmu, dan juga membentuk ahli masyarakat yang berdikari, yakin dan menyumbang kepada komuniti” Acacia Montessori, Kota Kemuning
Acacia Montessori bermula daripada kesedaran akan keperluan kanak-kanak kecil yang selalunya tidak diberi perhatian dalam tadika tradisional, lebih-lebih lagi dalam tahun-tahun utama mereka bermula daripada lahir hinggalah usia 6 tahun. Oleh itu, wujudnya kemahuan untuk membina persekitaran pembelajaran yang terbaik, di mana keperluan perkembangan penting kanak-kanak dipenuhi, dan mereka seterusnya berasa gembira untuk belajar. Visi sekolah ini juga sentiasa memupuk perkembangan kendiri setiap kanak-kanak, kemahuan semulajadi untuk menimba ilmu, dan juga potensi untuk berkembang maju dalam dunia sebenar. Pendekatan Dr. Maria Montessori yang berteraskan kanak-kanak ini memenuhi kehendak Acacia Montessori. “Kami menggalakkan pendidikan yang damai dalam kelas Montessori di mana kanak-kanak belajar dan hidup penuh harmoni” ujar Fen, pengasas dan pentadbir berdedikasi dan sentiasa terbabit dalam perlaksanaan Acacia Montessori sejak 7 tahun lalu. “Kami mengambil berat tentang kepentingan untuk menghormati personaliti dan integriti kanak-kanak sebagai seorang individu, menyokong perkembangan kanak-kanak dalam membentuk kehendak diri, memberinya peluang untuk membuat sesuatu secara berdikari dan juga membuat keputusan sendiri.“
Terletak di kawasan bandar Kota Kemuning yang hijau, Acacia Montessori mempunyai kawasan kampus 1 ekar yang luas. Tadika ini lengkap dengan bilik darjah Montessori yang luas, taman labirin, taman bunga, taman permainan sensori, dan kolam renang. Kawasan yang tersedia lengkap ini dengan mudah dikenali sebagai sebuah tadika Montessori. Kelengkapan dan kemasannya direka khas untuk melengkapi saiz kecil kanak-kanak dan keperluan mereka dan seterusnya menggalakkan mereka untuk berdikari; Perkakasan dan bahan-bahan pembelajaran dengan bijak disusun di atas rak yang terbuka dan rendah untuk meenarik minat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Dalam kelas campuran usia (mixed-age), kanak-kanak membuat aktiviti dengan tenang, berdikari dan juga berkerjasama dalam kumpulan, kesemuanya leka dalam kerja mereka, dan menghormati sesama sendiri dan juga persekitaran mereka. Adalah biasa untuk mereka saling belajar antara mereka, dan kanak-kanak yang lebih tua menjadi contoh tauladan kanak-kanak yang lebih muda.
Kurikulum Acacia Montessori direka dengan tujuan untuk membina pelbagai peluang pembelajaran secara semulajadi, dalam kelas dan juga di luar bilik darjah, agar kanak-kanak dapat mengembangkan bakat dan keupayaan mereka – sama ada dalam membina ayat dalam pelbagai bahasa, menyampaikan kemahuan mereka melalui cara komunikasi yang efektif, cara untuk memakai baju sendiri atau menyelesaikan masalah dengan rakan-rakan. Setiap hari, kanak-kanak dapat membabitkan diri dalam pembelajaran multi-sensori dan mendalami minat mereka dalam Bahasa, Matematik, Sensori, Kemahiran Hidup dan Kebudayaan.
“Pertama sekali, setiap kanak-kanak yang melangkah masuk ke Acacia Montessori dilayan dengan kasih sayang dan rasa hormat. Kami cuba menghubungkan diri dengan kanak-kanak tersebut agar dia dapat mempercayai kami dan berasa selamat untuk meneroka persekitaran dengan rasa ingin tahu yang tidak terbatas. Daripada membuat kanak-kanak mendengar dengan pasif dan menghafal pembelajaran, kami bertindak sebagai pemerhati dan pemberi panduan yang teliti, yang menyokong keperluan tumbesaran setiap kanak-kanak. Kami menghargai keunikan setiap kanak-kanak dan mengikut arus mereka dan dalam masa yang sama konsisten dalam memberi mereka galakan dan kebebasan untuk meneroka agar mereka mencapai potensi penuh mereka.” terang Fen tentang peranan mereka dalam kelas untuk menyokong kanak-kanak dalam pembelajaran mereka.
Setiap hari, guru-guru menggunakan pemerhatian mereka terhadap setiap kanak-kanak untuk membina sebuah pelan pembelajaran khusus berdasarkan keupayaan dan minat unik mereka. Guru-guru kemudiannya memberi panduan secara lembut menggunakan prinsip kebebasan (dalam batasan) dan aktiviti terarah sendiri (self-directed), dan setiap kanak-kanak bebas memilih aktiviti apa yang mereka mahu lakukan. Ini membolehkan kanak-kanak untuk belajar sendiri dengan mengikut rentak mereka tanpa bersaing, memberi mereka inspirasi untuk mengarah laluan pembelajaran mereka sendiri. Apabila diberi kebebasan ini, kanak-kanak menjadi yakin, bermotivasi, kreatif, bertanggungjawab dan ceria; dengan rasa tanggungjawab ke atas diri mereka sendiri dan juga komunti – satu objektif utama Acacia Montessori, dan sesuatu yang membezakan pendidikan Montessori dengan pendidikan tradisional. Dapat dilihat bahawa pendekatan progresif yang dibangunkan Dr. Maria Montessori lebih 100 tahun lalu merupakan apa yang dicari oleh ibu bapa apabila banyak pelajar Acacia Montessori merupakan adik beradik atau mendaftar apabila mendengar testimoni Acacia Montessori yang hebat.