by on 22/01/2025 408
Sorotan Utama |
|
Pada satu masa dahulu, setahun atau paling lama, dua tahun sebelum memasuki sekolah, kami dihantar ke tadika sebagai persediaan ke Tahun 1, atau Darjah 1 seperti yang biasa dipanggil sebelum ini. Kini, kami lebih tahu mengenai jangka waktu di mana otak kanak-kanak mengalami pertumbuhan dan perkembangan pesat. Oleh itu, ibu bapa yang arif hari ini tahu betapa pentingnya anak mereka didedahkan kepada persekitaran pembelajaran yang berkualiti dari usia seawal dua tahun untuk memanfaatkan sepenuhnya tempoh pembelajaran sensitif ini . Di sini, Kiddy123 menampilkan satu persekitaran pembelajaran sedemikian, yang dinamakan ABC Tot, di Taman Desa.
Dikenali sebagai sekolah asas premium untuk kanak-kanak kecil, ABC Tot menggunakan Pendekatan Kecerdasan Pelbagai yang beriktiraf, dalam cara berasaskan cerita. Pendekatan ini, dalam alam pendidikan awal, memaklumi pelbagai jenis kecerdasan dan kualiti intelek kanak-kanak kecil dan memanfaatkan kesemuanya, sambil menghormati keunikan setiap kanak-kanak, dengan cara mereka sendiri. ABC Tot telah membangunkan kurikulum yang menampilkan program mesra kanak-kanak yang menyokong sepenuhnya pertumbuhan dan perkembangan mereka selama jangka waktu pembelajaran keemasan mereka.
Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Berasaskan Cerita yang dipraktikkan di ABC Tot dalam programnya membolehkan guru mengeluarkan intipati dan pengajaran cerita pendidikan terpilih untuk digunakan dalam pelan pengajaran masing-masing. Mereka menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menarik, dan yang pasti digemari kanak-kanak, sambil menentukan pengajaran asas daripada cerita itu dapat memberi impak positif kepada kanak-kanak dan menyumbang kepada perkembangan holistik mereka. Melalui aktiviti-aktiviti dan cerita-cerita ini, guru menumpukan perhatian mereka kepada pembangunan kecerdasan pelbagai kanak-kanak yang mungkin termasuk Kecerdasan Linguistik-Verbal; Kecerdasan Logik-Matematik; Kecerdasan Visual-Spatial; Kecerdasan Kinestetik Badan; dan Kecerdasan Muzik antara yang lain.
Dikendalikan oleh guru bertauliah yang juga penyayang, program di ABC Tot memastikan kanak-kanak juga dipupuk dalam aspek-aspek penting dalam kehidupan mereka, supaya dapat menyumbang kepada kebahagiaan dan kesejahteraan mereka pada masa depan, seperti tingkah laku, kemahiran-kemahiran hidup, dan juga daya kreativiti mereka sebagai individu yang unik.
Dengan memahami bahawa bukan semua ibu bapa mempunyai jadual yang sama di tempat kerja atau di rumah, ABC Tot menawarkan jadual operasi yang dapat memudahkan ibu bapa, dengan pelbagai pilihan seperti 2 hari; 3 hari atau 5 hari persekolahan dalam seminggu. Terdapat juga pilihan separuh hari atau sehari penuh untuk perkhidmatan jagaan harian bagi anak mereka. Kemudahan fleksibiliti masa ini terbukti sangat dialu-alukan oleh ibu bapa yang mungkin tidak dapat menampung jadual yang lazim untuk persekolahan anak mereka.
ABC Tot memahami perihal kanak-kanak kecil, iaitu, perhatian yang teliti amat penting untuk hasil pembelajaran yang terbaik. Sebab itulah semua kelas mereka dikekalkan dalam saiz yang kecil. Terdapat kelas 4 pelajar dengan seorang guru, serta 6 pelajar dengan seorang guru; ini dapat memastikan perhatian yang peribadi untuk setiap kanak-kanak.
Penekanan selalu diberikan pada penanaman kelakuan yang baik serta tabiat yang baik yang amat memanfaatkan anak-anak kecil, serta kemahiran hidup harian penting yang akan membantu mereka maju jauh ke hadapan dalam kehidupan masing-masing. Melalui rutin harian, mereka didedahkan dengan amalan kebersihan untuk penjagaan diri yang lebih baik. Sikap bertanggungjawab, budi pekerti yang baik dan juga hormat kepada orang lain tidak diabaikan kerana sifat-sifat ini membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang produktif dan disayangi. Mereka juga akan dipupuk untuk membina keyakinan diri yang membantu mereka menghargakan diri.
Setiap si kecil di ABC Tot sentiasa menanti-nantikan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menghiburkan mereka. Salah satu aktiviti yang digemari mereka adalah Collaborative Cooking, atau Memasak secara Kolaboratif. Aktiviti ini membolehkan mereka bekerjasama atau bekerja secara individu untuk menyediakan hidangan, atau pun makanan ringan. Secara keseluruhannya, Collaborative Cooking memberi kanak-kanak kecil permulaan kepada satu kemahiran hidup yang paling penting yang perlu dimiliki, sambil mengajar mereka tentang kerjasama, pembahagian kerja, dan sudah tentu, membantu mereka mempunyai penghargaan terhadap makanan.
Guru menyediakan laporan bertulis harian tentang kemajuan setiap kanak-kanak, yang dimuat naik ke aplikasi sekolah setiap hari. Ciri ini membolehkan ibu bapa mengetahui semua aktiviti harian anak mereka dan melihat pembelajaran yang berlaku pada bila-bila masa.
Setiap hujung minggu, kanak-kanak kecil yang menghadiri ABC Tot dapat menikmati sejenis pengayaan berasaskan seni tawaran program Mi Art (Multiple Intelligence Art). Mereka seni merupakan sesuatu kegemaran semula jadi kanak-kanak- dan buktinya dapat dikesan di rumah, iaitu di dinding, lantai dan tempat lain yang biasanya ibu bapa tidak ingin melihat hasil lukisan/ warna-mewarna/contengan! Menyertai kelas Mi Art di ABC Tot merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan oleh kanak-kanak, dan ibu bapa mereka pun amat menyukai cara anak-anak mereka dapat berkembang dalam bakat dan kemahiran mereka. Program Mi Art membantu memupuk imaginasi kanak-kanak sambil mengembangkan keupayaan fizikal, emosi dan mental mereka. Kelas yang disediakan termasuk: Messy Art (3-6 tahun); Explorer Art (6-9 tahun); dan Adventurer (9-12 tahun).