by on 05/02/2025 28
Sorotan |
|
ABC Tot menyediakan persekitaran selamat & aman yang memenuhi keperluan bayi serta anak kecil berumur 4 hingga 17 bulan. Pusat itu menambah baik minda mereka melalui aktiviti merangsangkan deria dan metodologi Multiple Intelligences. ABC Tot mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur (Bangsar, Bukit Jalil, dan Cheras) dan satu di Kota Kinabalu, Sabah.
Program ABC Tot direka untuk memupuk rasa ingin tahu dan interaksi setiap kanak-kanak. Ia dapat menyokong perkembangan mereka di dalam suasana yang selesa, mesra dan menarik. Program di sini disusun mengikut keperluan setiap umur:
ABC Tot dikendali oleh guru-guru yang bertanggungjawab dan berhati baik. Mereka menumpu pada aspek utama seperti tingkah laku, kemahiran hidup dan kreativiti. Mereka menawarkan jadual waktu sekolah yang fleksibel—2, 3 atau 5 hari seminggu, atau penjagaan harian separuh atau sepenuh hari. Jadual fleksibel ini menolong ibubapa yang mempunyai rutin harian yang berbeza.
Sementara itu, cara Story-Based Multiple Intelligence yang digunakan oleh ABC Tot dalam programnya membolehkan guru mengeluarkan nilai murni daripada cerita terpilih untuk digunakan dalam rancangan pengajaran mereka.
Mereka membentuk aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak daripada pengajaran yang didapati di dalam cerita-cerita tersebut. Ia memastikan pengajaran asas daripada cerita itu dapat memberi impak positif kepada kanak-kanak sambil menyumbang kepada perkembangan keseluruhan mereka.
Tadika ini menggunakan kemudahan terkini yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan bayi. Setiap bilik direka khas dengan bahan-bahan yang bersesuaian untuk setiap umur.
Sekolah ini telah menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak meneroka alam semula jadi - sesuai untuk bermain dan belajar di luar rumah.
Guru-guru memainkan peranan utama dalam tadika ini. Pengasuh di ABC Tot dipilih berdasarkan pengalaman dan sikap baik mereka terhadap kanak-kanak. Semua pengasuh dilatih secara meluas dan mendalam mengenai perkembangan awal kanak-kanak, dan mereka turut berdedikasi untuk menjadikan ABC Tot berasa seperti rumah kedua kepada kanak-kanak.
Tadika ini berkomunikasi secara erat dengan ibubapa kerana tadika ini memahami betapa pentingnya peranan ibubapa dan guru-guru dalam perkembangan kanak-kanak secara berseluruh. Dengan menggunakan aplikasi mudah alih, tadika sentiasa menghubungi ibu bapa tentang aktiviti dan kemajuan harian anak-anak mereka. Kanak-kanak juga terlibat dalam acara luar sekolah seperti konsert dan lawatan ke zoo atau pameran sains untuk memberi mereka perspektif yang lebih luas mengenai dunia ini.
Ibubapa boleh berasa tenang hati kerana tadika ini sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat serta bersesuaian umur kepada kanak-kanak. Mereka memahami bahawa nutrisi yang betul turut menolong dalam perkembangan awal kanak-kanak. Di samping itu, penilaian kesihatan kerap dibuat untuk memantau dan menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan setiap kanak-kanak.
Anda hendak anak-anakmu untuk berkembang dengan maju dan pantas? Sertailah ABC Tot yang mempunyai persekitaran dan program khas untuk kemajuan anak-anakmu. Lagi juga, anak anda pasti sentiasa sihat dan gembira di bawah penjagaan mereka. Hubungi ABC Tot sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang program mereka atau merancangkan lawatan ke tadika tersebut.