by on 26/11/2019 2263
Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah tiga tahun selalu menimbang-nimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah atau tidak. Adakah mereka akan dapat bertahan? Bagaimanakah dengan perpisahan? Bukankah mereka hanya bermain sahaja di sekolah? Bilakah usia yang sesuai? Tidak ada masa yang lebih baik daripada sekarang! Oleh sebab anak-anak sekecil 0 hingga 6 tahun ialah span yang boleh menyerap lebih banyak daripada yang dibayangkan oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anda hendaklah memanfaatkan tempoh ini untuk melengkapkan anak anda dengan kemahiran yang diperlukannya. 3Q MRC Junior, Kampar ialah tempat untuk memberikan kanak-kanak sebuah permulaan yang sempurna.
Kanak-kanak memperoleh banyak manfaat apabila bersekolah di sini. Mereka didedahkan kepada huruf, perkataan, angka, warna, bentuk dan banyak lagi. Paling penting, mereka belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dengan yang lain pada usia muda, sementara mereka belajar cara mengawal emosi mereka. Ramai pelajar terdahulu dari tadika ini memasuki sekolah rendah dengan konsep matematik asas yang lebih kukuh, kemahiran pra-membaca yang lebih kaya dan kemahiran sosioemosi yang lebih baik berbanding rakan sebaya dari sekolah lain. Semua ini ialah hasil daripada sistem pendidikan 3Q yang mantap penyelidikannya dan telah terbukti.
Sejak hari pertama, kehidupan kanak-kanak sibuk dengan pelbagai jenis aktiviti. Setiap aktiviti adalah untuk menyediakan mereka bagi menghadapi sekolah rendah dan mengembangkan keseluruhan minda mereka, seiring dengan kurikulum 3Q. Para guru menyertakan banyak objek dunia nyata, bahan berasaskan bermain, animasi dan permainan ke dalam pelajaran supaya kanak-kanak merasakannya menarik dan menyeronokkan. Kerap kali, kanak-kanak kelihatan seolah-olah bermain sahaja tetapi mereka sebenarnya belajar kemahiran sosial, emosi, pendidikan dan kehidupan yang penting sambil bermain.
Kurikulumnya meliputi pelbagai aspek pembelajaran, seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Para guru memberi perhatian kepada perkara yang diminati kanak-kanak, kemudian merancang tema berlainan yang membantu kanak-kanak mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam aspek berbeza. Dengan menghubungkan banyak aspek kurikulum bersama-sama, kanak-kanak lebih mudah untuk memperoleh kefahaman lebih mendalam tentang cara sesuatu benda bekerja. Contohnya, ketika kanak-kanak belajar tentang serangga, mereka berbincang tentang habitat dan kitar hayatnya, iaitu sains; mengajar mereka tentang anggota badan turut melibatkan matematik, misalnya bilangan kaki, dan seni, contohnya warna pada kepak rama-rama; dengan bersiar-siar di luar untuk melihat serangga kanak-kanak dapat membina kemahiran motor kasar yang lebih baik. Pendekatan ini bukan sahaja memperkenalkan pengetahuan akademik kepada kanak-kanak tetapi juga kemahiran hidup dan keupayaan berfikir kreatif dan menyelesaikan masalah.
Program Akademik | |
---|---|
• Bahasa Inggeris 3Q™ • Bahasa Cina 3Q™ • Bahasa Malaysia 3Q™ • Matematik 3Q™s • Sains 3Q™ • Pendidikan Moral / Karakter 3Q™ • 9 Manik 3Q™ • Muzik 3Q™ • Seni 3Q™ • Masa Bulatan 3Q™ |
Pengayaan | |
---|---|
• Sistem 3Q™ • 9 Kecerdasan Pelbagai 3Q™ • Permainan Pengembaraan SMM 3Q™ • Perbualan Realiti Terimbuh dan Penyelesaian Masalah 3Q™ • Pembelajaran Dalam Talian 3Q™ • Animasi 3Q™ • Kertas Ujian 3Q™ • Kad Flazzle 3Q™ |
Perkhidmatan Berkaitan Pendidikan | |
---|---|
• Penjagaan Selepas Sekolah “Jagaan V” • Pertandingan Bakat Antarabangsa Anak-anak 3Q™ • Cabaran 9 Kecerdasan Pelbagai • Masa Bulatan • MTV Tahun Baharu Cina • Graduasi Akademia • Hari Sukan • Pertandingan 9 Manik |
Penguasaan Kemahiran Hidup | |
---|---|
• Pembinaan Karakter • Pembaca • E-Komik Sekeluarga • Animasi Sekeluarga |
Oleh sebab sistem pendidikan 3Q keseluruhannya adalah tentang menggalakkan perkembangan minda dan kanak-kanak secara keseluruhan, terdapat banyak peluang yang disesuaikan ke arah pencarian bakat dalam kalangan kanak-kanak. Program inovatif ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk menyanyi, menari, bercerita, membuat persembahan dan cemerlang dari segi jasmani. Setiap tahun, ada pertandingan bakat antarabangsa yang mengumpulkan kanak-kanak dari semua sekolah 3Q bersama-sama dan memberi peluang kepada setiap orang untuk mempersembahkan bakat mereka di depan ramai penonton. Ini menjadikan perjalanan pendidikan lebih bermakna kerana dunia di luar sana memerlukan lebih daripada sekadar gred untuk berjaya malah memerlukan orang yang kreatif, yakin dan boleh menyatakan pendapatnya dengan baik.
Ibu bapa sepatutnya mengambil peluang dari persekitaran Tadika 3Q MRC Junior yang tersedia elok untuk membina asas yang akan membantu kanak-kanak cemerlang di sekolah rendah. Kanak-kanak akan meneroka, bereksperimen dan menemui jawapan kepada rasa ingin tahu mereka; mereka akan bermain dengan rakan sebaya dan memahami cara bertolak ansur serta menghormati orang lain; mereka akan mempelajari banyak perkara menarik, daripada tugasan kecil sehinggalah isu-isu besar seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Sudah tentu, mereka akan berasa seronok! Tanpa keraguan, ini merupakan langkah hebat untuk semua kanak-kanak cilik.