on 02/06/2017 2948
Yu Der adalah sebuah Kindergarten yang telah ditubuhkan oleh Madam Sha Yen Ru (LLB) di Jalan Khoo Teik Ee, pada tahun 1952. Selepas Madam Sha bersara pada tahun 1981, Puan Tang (Lee Seow Fong) pula mengambil alih tadika dan pada tahun yang sama Yu Der telah dipindahkan ke Jalan Tun Razak. Ramai pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka di Yu Der selama 16 tahun berada di Jalan Tun Razak. Tidak lama selepas itu, dua cawangan telah dibuka di Pandan Jaya dan Pandan Indah untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Bagaimanapun, disebabkan tempoh kontrak sewa telah tamat di Jalan Tun Razak pada November 1997, Yu Der terpaksa memindahkan sekolah utamanya ke lokasi semasa, iaitu di Pandan zIndah.
Dari bangunan warisan penjajah kolonial dari Perang Dunia Kedua, ke kemudahan dan perkhidmatan terkini di Pandan Indah, Yu Der mempunyai rekod sejarah yang baik dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti. Mungkin ada kemungkinan bahawa ibu bapa atau datuk nenek anda telah menghadiri tadika yang sama ketika mereka masih muda. Berjalan menyusuri dewan dan laluan luar tadika bersejarah ini, kami berasa rasa kagum, rasa seperti berjalan melalui kapsul masa.
Setelah mengendalikan Tadika Yu Derang selama 36 tahun, Puan Tang mengambil keputusan untuk menyerahkan tugas-tugas penting kepada anak perempuannya, Cik Tang, yang kini bertanggungjawab untuk mengendalikan kindergarten Yu Der. Pertemuan kami dengan Cik Tang adalah satu pertemuan yang menyeronokkan. Cik Tang adalah seorang yang tenang dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
Personaliti ini mungkin berkait rapat dengan latihan tarian kebudayaan Cina yang beliau telah terima sejak muda. Cik Tang telah terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih dari 10 tahun. Semangatnya masih kuat. Sebagai seorang ibu, beliau memahami betapa pentingnya pendidikan berkualiti.
Falsafah pendidikan mencerminkan harapan Cik Tang dan tadika Yu Der taruhkan untuk generasi yang akan datang, iaitu untuk memupuk kanak-kanak dengan pelbagai kebolehan, dengan memberi tumpuan kepada 7 bidang utama:
“Penekanan yang kami berikan di Yu Der adalah pada aspek pembinaan kualiti pemikiran dan personaliti," jelas Cik Tang. Pemeliharaan kualiti ini adalah sama penting dengan usaha untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Kualiti ini hanya boleh ditanam dan dipupuk melalui tabiat dan amalan seperti membaca, seni dan muzik.
Puan Tang adalah penyokong utama aktiviti pembacaan awal untuk kanak-kanak, oleh itu bacaan bergambar dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran mereka di mana kanak-kanak akan mempelajari cerita melalui gambar-gambar; dan daripada kisah-kisah yang akan mereka pelajari mengenai nilai-nilai moral dan tata cara hidup yang baik. Menakjubkan apabila melihat kanak-kanak yang belum mampu menulis tetapi mampu mengenali kata-kata dalam bahan bacaan bergambar tersebut. "Ini bukan sahaja membantu kanak-kanak memperbaiki perbendaharaan kata mereka, tetapi juga membantu mengembangkan kemahiran berfikir mereka, jadi usaha pembacaan awal ini dilakukan dalam semua 3 bahasa (Bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Malaysia)" kata Cik Tang sambil menunjukkan bahan yang digunakan.
Di samping pembacaan bergambar, pelajar juga boleh menyertai keahlian perpustakaan. Mereka juga digalakkan untuk meminjam buku secara mingguan. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga digalakkan untuk membaca bersama-sama anak-anak mereka. Tidak dinafikan, walaupun akademik adalah satu aspek penting dalam mana-mana sistem pendidikan di Malaysia, Yu Der juga turut memberi penekanan seimbang kepada aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, seperti muzik, wushu, aktiviti kesenian serta aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Setiap pagi sebelum kelas bermula, kanak-kanak akan dibawa ke taman yang berada di hadapan tadika untuk senaman regangan dan larian pagi. Yu Der mendapati bahawa kanak-kanak mampu memberi tumpuan yang lebih baik di dalam kelas selepas latihan pagi ini. Latihan pagi ini mungkin tidak berbeza daripada aktiviti-aktiviti ibu bapa atau datuk nenek kami yang pernah terlibat dalam zaman kolonial! Seperti sedia maklum, Cik Tang serta kakak beliau juga terlibat secara aktif dalam tarian kebudayaan Cina. Mereka menawarkan kelas tarian kepada pelajar mereka. Oleh itu, tidak hairanlah apabila saiz studio tarian di situ adalam sama besar saiznya dengan bilik darjah. Studio tersebut dilengkapi dengan cermin dari lantai ke siling . Yu Der adalah satu entiti yang penuh dengan sejarah dan tradisi, saya tertanya-tanya, berapa ramaikah artis dan penari terkenal di Malaysia yang pernah menyusuri pintu studio ini.
Sekarang ini apabila kita bercakap dengan guru atau ibu bapa, tidak dinafikan, topik utama adalah berkisar kepada aduan tentang ketagihan kanak-kanak terhadap alat pintar mereka. Walau bagaimanapun, daripada melakukan usaha untuk mencegah atau menghentikannya, Cik Tang mengakui bahawa teknologi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. "Jika kita tidak berupaya untuk menghentikannya, mengapa tidak menerimanya, dan menggunakannya untuk kelebihan kita?"
Cik Tang kini sedang berusaha untuk merealisasikan rancangan untuk menggabungkan pendidikan dengan teknologi melalui aplikasi pendidikan untuk menyokong pembelajaran kanak-kanak di situ.
Yu Der adalah paradoks yang indah - banyak berubah tetapi masih banyak yang kekal sama. Melalui tahun demi tahun, pelajar berjaya menamatkan pelajarannya dan meninggalkan Yu Der, tetapi beratus-ratus masih datang menyusuri pintunya, dengan niat yang sama iaitu untuk mencari pengetahuan dan terus belajar. Di samping itu, ramai guru telah datang dan pergi, tetapi mereka yang berada di sini hari ini, masih memiliki semangat dan dedikasi yang sama terhadap profesion yang mulia ini.
Bercakap dengan Cik Tang membuat kita menyedari bahawa menjadi seorang pendidik tadika adalah pekerjaan yang sukar. Ia lebih daripada sekadar mendidik anak kecil. Ia memerlukan banyak dedikasi, tenaga dan semangat. Apabila dunia terus berkembang dan berkembang, kaedah pengajaran perlu diselaraskan untuk memenuhi keperluan serta kehendak generasi muda. Kami percaya bahawa Tadika Yu Der adalah tadika yang serba lengkap yang mampu menyediakan asas yang diperlukan demi masa depan anak anda.