by on 22/12/2023 1170
Sorotan Utama |
|
New Soleil Mond yang terletak di Bangsar South, berteraskan dedikasi untuk memupuk minda cerah dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga bulan sehingga enam tahun. Pasukan pengajar di sini komited untuk mendefinisikan semula pembelajaran dengan menjadikannya aktiviti yang menyeronokkan, yang mampu memberi kesan positif terhadap kanak-kanak apabila mereka beralih ke sekolah rendah.
Terletak di tingkat bawah sebuah menara pejabat, New Soleil Mond merupakan pusat pendidikan butik dengan susun atur yang unik. Dari kaunter menyambut tetamu sehinggalah persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan, kemudahan-kemudahan di sini sesuai untuk murid-murid dari kumpulan umur yang berbeza. Susun aturnya memaparkan persekitaran yang mesra. Terdapat ruang terbuka yang luas di tengah prasekolah, yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, sementara di belakang pula terletaknya ruang yang lebih tertutup untuk pembelajaran peribadi.
Perjalanan pembelajaran di prasekolah ini bermula dengan persekitaran yang merangsangkan minda dan rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak. Pelajaran melibatkan aktiviti interaktif, pembelajaran berasaskan permainan dan juga pengalaman kehidupan sebenar. Kurikulum pula merangkumi subjek teras, menggalakkan kanak-kanak untuk memahami serta mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari ke persekitaran di sekeliling mereka.
Subjek dan Aktiviti | ||
---|---|---|
Riang Bahasa Malaysia | Program Cambridge | Interesting Mandarin |
Fun Math | Pemahaman Dunia | Kelas Muzik Little Beethoven |
Program Membaca | Toddler Thematic Lesson | Program YGLR Flash Card |
Kemahiran Hidup | Permainan Berasaskan Pasir(Sand Play) | Permainan Berasaskan Air(Water Play) |
Colour of the month (Colour day) | Permainan Berasaskan Deria(Sensory Play) | Theme Talk |
Monkeynastic | Dramatic Pretend Play | Tummy Time |
Konsert Tahunan | Sesi Bercerita | Little Chef |
Wishy Washy | Messy Art | Communal Work |
Semasa aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan, membina kemahiran sosial, penyelesaian masalah, dan pemikiran kreatif. Gabungan pengalaman ini meningkatkan kemahiran akademik, sosial, emosi dan fizikal mereka - aspek-aspek yang penting dalam perkembangan awal kanak-kanak.
Prasekolah ini menekankan peluang pembelajaran yang pelbagai, di mana permainan kreatif, aktiviti interaktif, dan pembelajaran yang merangsangkan deria (sensory-stimulating lessons) menjadi asas untuk pembelajaran yang berteraskan motivasi diri. Guru-guru memerhati secara teliti minat dan keperluan perkembangan setiap individu, sebelum merancang modul pengajaran yang bukan sahaja tertumpu kepada meningkatkan kemahiran akademik, tetapi juga menggalakkan penyelesaian masalah secara berdikari. Semua aspek ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak untuk kejayaan di sekolah rendah dan peringkat selanjutnya.
New Soleil Mond menawarkan perkhidmatan khas sebelum pendaftaran, iaitu konsultansi profesional bersama pakar psikologi kanak-kanak, Encik Walter Tan. Sesi ini dijalankan pada peringkat awal, di mana Encik Tan akan membuat analisis untuk memahami secara lebih mendalam ciri-ciri seperti keperibadian, keutamaan pembelajaran, serta tingkah laku setiap kanak-kanak.
Kebanyakan sekolah sememangnya mengambil masa untuk mengenal pasti kekuatan dan kekurangan seorang kanak-kanak bagi mengetahui cara terbaik untuk mengajar mereka. New Soleil Mond pula memanfaatkan kepakaran Encik Walter Tan. Penilaian terperinci beliau menjadi panduan yang berharga untuk guru-guru prasekolah ini, dan membolehkan mereka untuk menyesuaikan pengajaran mereka dengan tepat, selaras dengan gaya dan kekuatan unik kanak-kanak individu. Pada masa yang sama, mereka juga boleh membantu murid-murid dalam bidang atau subjek yang mungkin memerlukan penambahbaikan. Pengamatan tajam guru-guru yang terlatih menyumbang kepada sokongan komprehensif yang diberikan kepada kanak-kanak untuk pertumbuhan mental, sosial dan akademik mereka selama tahun-tahun awal formatif ini.
Ciri utama yang membezakan New Soleil Mond daripada prasekolah lain ialah program “Habitualised" (Habitualised Programme). Ia mengajar kanak-kanak dari usia muda asas-asas etiket yang betul, cara-cara untuk bertindak secara betul dalam situasi sosial, bagaimana untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan juga mengekalkan gaya hidup yang berdikari. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan; dipraktikkan setiap hari di sekolah dan dikukuhkan lagi di rumah oleh ibu bapa. Dengan masa, kanak-kanak akan menjadi lebih sopan, dengan pendidikan yang sempurna. Ibu bapa akan merasa bangga dengan anak-anak mereka yang telah tamat pengajian prasekolah, kerana mereka akan tampil sebagai individu bebas yang menunjukkan sopan santun, budi bahasa, serta mempunyai sifat empati terhadap orang lain.
Kaedah pembelajaran New Soleil Mond memberi tumpuan kepada dimensi sosial, emosi, intelektual dan fizikal kanak-kanak yang sedang berkembang. Selain meningkatkan pengetahuan am kanak-kanak, visi sekolah juga merangkumi memupuk kanak-kanak supaya mereka memiliki perasaan kasih sayang serta rasa hormat yang mendalam terhadap kehidupan. Hubungan erat sesama guru dan murid-murid juga membantu untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran secara keseluruhan, membolehkan kanak-kanak untuk menampilkan potensi penuh mereka.
Bagi menjamin pembelajaran yang berkesan, prasekolah ini menyediakan sokongan komprehensif dalam semua aspek kehidupan sekolah. Kanak-kanak dihidangkan dengan makanan bernutrisi tinggi dan digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di samping itu, sekolah juga memastikan persekitaran yang selamat melalui pengawasan CCTV. Pasukan guru yang berdedikasi memainkan peranan utama untuk memastikan operasi yang lancar dan memupuk perkembangan setiap kanak-kanak.
New Soleil Mond menggabungkan pendekatan holistik kepada pendidikan dengan pembangunan kanak-kanak, disokong oleh kurikulum yang kuat. Melalui program seperti "Habitualised Programme", kanak-kanak digalakkan untuk mengamalkan tabiat yang baik dan memupuk semangat suka belajar sepanjang hayat mereka. Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri unik New Soleil Mond, klik pautan ini dan ini.