Perkhidmatan taska, prasekolah dan jagaan harian untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 9 tahun
Program holistik berinspirasikan Montessori
Saiz kelas kecil
Pengalaman sebenar yang menyeronokkan
Guru yang penyayang dan bersemangat
Persekitaran yang selamat dan selesa
Hidangan makanan yang sihat
Tiny-Tots Montessori Centre, Ipoh berpengalaman selama 47 tahun dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah berumur 2 hingga 9 tahun dengan pengalaman pembelajaran awal yang memupuk pertumbuhan holistik. Pusat ini mempunyai dua premis dan terletak di Ipoh Garden South, dalam persekitaran yang tenang dan selamat di mana setiap kanak-kanak berasa dialu-alukan. Selama bertahun-tahun, ia diterima baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan kanak-kanak bersetuju bahawa ia adalah tempat yang sangat menggembirakan.
Diilhamkan oleh keindahan pendidikan Montessori, Tiny-Tots menerima setiap kanak-kanak sebagai individu yang berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Oleh itu, saiz kelas dikekalkan kecil, dengan kira-kira 5 hingga 8 pelajar setiap kelas, untuk membolehkan kanak-kanak mendapat perhatian peribadi yang mereka perlukan pada usia yang begitu muda. Untuk membolehkan kanak-kanak mendapat permulaan yang kukuh dalam pendidikan, kurikulum Tiny-Tots merangkumi banyak bidang pembelajaran yang berbeza, termasuklah:
Bahasa Inggeris
Perkembangan E.Q. & I.Q.
Konsert Tahunan
Bahasa Melayu
rama & ‘Role Play’
Hari Sukan
Mandarin
Pendidikan Moral
Lawatan sambil belajar
Matematik
Bercerita
Latihan Ingatan Fotografik
Sains
e-Pembelajaran
Latihan Fizikal
Seni & Kraf
Musik, Pergerakan & Tarian
Membaca, Mengeja & Menulis
Guru di Tiny-Tots menggalakkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain dan menyeronokkan! Sama ada kanak-kanak belajar bahasa atau Sains, mereka melakukannya melalui pelbagai aktiviti yang interaktif dan melibatkan semua deria mereka. Ini secara semula jadi membuatkan mereka seronok dan suka belajar.
Program-program di sini direka untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat perkembangan yang sesuai dengan umur mereka, dengan banyak peluang untuk memupuk kemahiran hidup intelek, sosial-emosi, fizikal dan praktikal. Sepanjang hari, kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ‘hands-on’, permainan kreatif dan pembelajaran yang menggabungkan banyak objek dan pengalaman sebenar. Terdapat keseimbangan antara senaman dalaman dan luaran, di samping sambutan perayaan, lawatan sambil belajar, acara amal, dan hari sukan serta konsert tahunan. Sambil menjadikan pembelajaran menyeronokkan, pusat ini juga memberi tumpuan yang sama untuk membina asas kemahiran akademik yang kukuh supaya kanak-kanak akan mengalami peralihan yang lancar ke sekolah rendah pada kemudian hari.
Bagi ibu bapa yang sibuk, penjagaan anak tersedia sepanjang hari, di mana kanak-kanak terus belajar dan membesar di bawah bimbingan kakitangan yang prihatin. Jadual petang termasuk makanan berkhasiat yang dimasak sendiri oleh pengetua, masa tidur siang, aktiviti, berkebun dan bermain bebas. Kanak-kanak yang tinggal untuk program sehari penuh biasanya melakukan lebih baik dengan rutin konsisten yang membawa pada peningkatan sifat berdikari, kawalan diri yang lebih baik dan tabiat gaya hidup yang lebih sihat.
Seperti kebanyakan prasekolah Montessori, Tiny-Tots berhasrat untuk memupuk iklim pembelajaran yang terbaik dengan menggalakkan hubungan guru-murid yang positif. Guru membantu dan memotivasikan kanak-kanak, dan kanak-kanak mendapatkan bimbingan dan nasihat dari mereka dengan rela. Mereka bertindak sebagai teladan yang memupuk ciri-ciri perwatakan yang baik seperti rasa hormat dan belas kasihan dalam kalangan kanak-kanak. Setiap hari Jumaat, terdapat juga sesi Kid’s Zone yang mengajar kanak-kanak tingkah laku yang baik melalui penceritaan moral dan cerita bible. Persekitaran yang harmoni ini jelas tercermin dalam kesejahteraan sosial-emosi dan kemajuan pembelajaran kanak-kanak.
Sebagai seorang ibu, pengetua Tiny-Tots amat memahami kepentingan kualiti pendidikan dan penjagaan yang ditawarkan pusat kepada keluarga dari jauh dan dekat. Dia tidak mengambil mudah amanah yang diberikan ibu bapa kepada mereka dan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan yang terbaik seperti untuk anak-anaknya sendiri. Apabila kebanyakan ibu bapa datang ke pusat ini atas cadangan mereka yang telah menghantar anak mereka ke sini sebelum ini, kami rasa ini adalah bukti terbaik kepada standard penjagaan yang disediakan Tiny-Tots untuk membangunkan minda muda sejak 1974.