by on 27/10/2022 612
Sorotan Utama |
|
The City Kindergarten adalah sebahagian daripada The City School Network yang ditubuhkan pada tahun 1978. Ia merupakan salah satu rangkaian sekolah swasta terbesar di dunia dengan operasi di Malaysia, Filipina, UAE, Oman, Pakistan dan Arab Saudi, dengan 500 buah sekolah dan lebih daripada 150,000 orang pelajar. Kejayaan The City School Network disebabkan oleh falsafah pendidikannya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang terbaik, dan harus diberikan peluang untuk berkembang secara holistik. Matlamat The City adalah terus meluaskan jangkauannya ke peringkat global bagi memenuhi keperluan terhadap pendidikan berkualiti.
The City Kindergarten, Shah Alam beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat yang luas, yang terletak di kawasan perumahan yang sunyi, sesuai sebagai lokasi sekolah. Kawasan sekolah yang luas ini merupakan dunia yang menakjubkan yang penuh dengan kemungkinan untuk kanak-kanak, Mereka bermain, belajar dan berkembang maju di sini. Kepada ibu bapa yang inginkann ketenangan fikiran mengharapkan anak-anak mereka gembira dan selamat di sekolah, boleh yakin bahawa segala usaha akan dilakukan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan responsif. Dari persekitaran fizikal kepada persekitaran sosial, setiap aspek telah diaturkan dengan baik untuk menyokong pelbagai aktiviti dan objektif kurikulum tadika.
Di The City Kindergarten, guru-guru berusaha untuk memberi keyakinan kepada kanak-kanak kecil tentang kebolehan dan kemahiran mereka melalui kurikulum yang meluas dan seimbang, yang berdasarkan rangka kerja pendidikan UK Early Years Foundation Stage (EYFS) serta garis panduan KSPK tempatan. Mengikut rangka kerja ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada pelbagai peluang pembelajaran untuk mengembangkan kebolehan intelek, sosial, emosi, kognitif, fizikal dan kreatif mereka.
"Kami mempromosikan konsep bahawa kehidupan sekolah bukan hanya tertumpu kepada keperluan akademik kanak-kanak, tetapi juga harus menjadi satu proses pembelajaran denga kurikulum yang seimbang dan sihat yang meliputi aktiviti ko-kurikulum, pengetahuan dan kemahiran asas, apatah lagi keseronokan!" kata Cik Mamoona Hassan, pengetua The City Kindergarten, Shah Alam. Cik Hassan mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal hingga A Level di negaran yang berbeza. Dia membawa bersamanya pemahaman yang kukuh tentang pencapaian dan laluan pembangunan merentasi pelbagai bidang perkembangan kanak-kanak, yang sangat bermanfaat kepada The City kindergarteners.
Guru-guru di The City Kindergarten sentiasa berusaha untuk memberikan permulaan yang terbaik kepada kanak-kanak dalam perjalanan pembelajaran mereka. “Di sini, kami menyokong pembelajaran berpusatkan kanak-kanak, memastikan mereka memainkan peranan aktif dalam kelas manakala guru memudahkan proses pembelajaran. Kanak-kanak digalakkan untuk bertanya soalan, mengambil bahagian dalam kerja berkumpulan dan berpasangan, menyumbang pendapat mereka, dan menunjukkan kemahiran kepimpinan – iaitu kemahiran penting untuk abad ke-21. Untuk memastikan mereka menumpukan perhatian semasa pelajaran, kami menggunakan pelbagai alat pengajaran seperti kad imbasan dan bahan visual,” jelas Cik Hassan. "Kami memastikan bahawa pembelajaran adalah pengalaman yang menyeronokkan dan menarik untuk anak-anak murid kami, dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai potensi dan bakat semula jadi mereka."
Untuk memastikan kanak-kanak membesar menjadi individu yang serba lengkap yang boleh berkembang di dalam semua aspek kehidupan, The City Kindergarten merangkumi pelbagai aktiviti dalam jadual harian sekolah mereka, termasuk:
Program bahasa yang baik yang boleh membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil serta Program Agama untuk kanak-kanak Islam merupakan sebahagian daripada kurikulum tadika yang penting. Apabila mereka tamat pengajian, mereka akan bersedia dengan baik untuk mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
Ibu bapa dan tetamu memuji selebriti kecil The City Kindergarten yang mekar di atas pentas pada Majlis Konsert Tahunan dan Graduasi pada hari Sabtu 26 November 2022 yang diadakan di Auditorium, Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah. Pelajar dengan yakin mempamerkan kemahiran mereka seperti pengucapan awam, muzik dan pergerakan, taekwondo, dan banyak lagi! Mereka juga dianugerahkan trofi kerana prestasi baik mereka sepanjang tahun.
Sejak 10 tahun yang lalu, ramai ibu bapa memilih The City Kindergarten, Shah Alam kerana tadika ini mengutamakan kanak-kanak dalam setiap perkara yang mereka lakukan. “Kanak-kanak sangat berharga kepada kami. Kami menghargai dan menghormati mereka, dan kami sangat jelas tentang urutan perkembangan kanak-kanak,” kata Cik Hassan. Para guru di tadika ini memahami persamaan untuk kumpulan umur tertentu, dan akan membuat perubahan untuk menyokong kanak-kanak yang mungkin cemerlang dalam pembelajaran atau ketinggalan, memberikan mereka asas yang terbaik. Guru-guru menilai kemajuan kanak-kanak melalui pemerhatian yang berterusan, dan memastikan ibu bapa sentiasa dimaklumkan melalui medium yang berbeza seperti mesyuarat ibu bapa dan guru suku tahunan, mesej Whatsapp, laporan penggal, notis dan komunikasi bersemuka yang tidak formal. "Untuk penjagaan diri dan perkhidmatan yang kami sediakan berbanding dengan yuran yang kami kenakan, ini jarang berlaku!" Hubungi sekarang untuk mendaftar!