by on 16/08/2017 1632
Seperti alunan ombak beriak ke luar di dalam lingkaran lebar, kasih dan kebaikan menyentuh jiwa manusia, meninggalkan jejak kebaikan. Dia memelihara, dia menukar, dia melengkapi manusia. “Kebaikan adalah bahasa di mana si pekak boleh dengar, si buta boleh lihat,” Mark Twain pernah berkata. The children’s house (TCH) adalah sebuah prasekolah di mana cinta dan kasih bertemu. Bertempat di Damansara Heights, TCH Bruas adalah prasekolah di mana usaha pemeliharaan dan keupayaan untuk berempati diberi penekanan.
Tangisan bayi dan ketawa girang kanak-kanak memberi satu suasana kesibukan dan girang di TCH Bruas. Ibu bapa dan cikgu bekerjasama mencetuskan suasana gembira seperti hari-hari, hari perayaan. Cik Catherine, selaku pengetua TCH memberi penekanan kepada kesejahteraan kanak-kanak dan pemantapan ilmu pengetahuan, selain meraikan kasih dan cinta terhadap kanak-kanak.
Cik Catherine, berkelulusan dalam pendidikan Montessori berkata, “Sikap positif dan riang kami adalah sejajar dengan budaya TCH. Kami tidak pernah meninggikan suara kami kepada kanak-kanak. Kami hormat mereka. Setiap seorang murid adalah unik dengan bakat tersendiri yang mampu menyumbang.” Di TCH, kesemua murid di situ dipanggil menggunakan nama mereka.
Jika berlaku sebarang bentuk perbalahan, murid-murid diajar untuk meleraikannya dengan sebaik mungkin. Situasi sebegini, siri ketidakfahaman, akan berlaku dari semasa ke semasa. Apa yang penting adalah bagaimana seseorang itu mengendalikannya.
Kurikulum dan sukatan pelajaran di TCH Bruas adalah sama seperti prasekolah TCH yang lain. Persekitaran di Bruas telah direka sedemikian rupa untuk memenuhi kehendak domain fizikal, sosial, emosi, intelektual serta kreativiti setiap pelajar. Kesemua ini telah direka untuk memupuk pembelajaran dan penjelajahan yang bebas.
Budaya yang unggul ini telah dipupuk selama 30 tahun lamanya sejak kali pertama TCH memperkenalkan kurikulum Montessori di Malaysia. Maka, tidak hairanlah jika nama Montessori dan TCH sudah agak sinonim. Walau bagaimanapun, program di TCH tidak hanya terhad kepada kanak-kanak prasekolah, sebaliknya, terdapat program untuk bayi juga. Program ini bukan hanya terhad kepada pengajaran berkaitan penukaran lampin, dan bagaimana hendak meniduri mereka, tetapi program yang direka rapi untuk merangsang organ deria dan kognitif mereka.
Ruang penjagaan bayi ini telah ditempatkan khas di bahagian belakang premis TCH. Sejuk, selesa, bersih dan lebih tenang. Ruang penjagaan bayi ini lengkap dengan segala kemudahan yang berkaitan dengan penjagaan bayi, seperti ruang penukaran, dapur, ruang tidur dan sebagainya.
TCH Bruas adalah rumah kedua kepada murid-murid disitu, mahupun cikgu-cikgu dan ibu bapa murid-murid tersebut. Atmosfera di situ menggalakkan kegiatan yang boleh mengeratkan persaudaraan dan pertalian silaturahim. Ibu bapa digalakkan untuk menyertai aktiviti yang dianjur bersama anak-anak mereka. Kanak-kanak pula dinasihati untuk mempraktikkan apa yang telah mereka belajar.
Setiap hari matahari akan terbit. Setiap matahari yang terbit adalah unik dan indah dengan gayanya tersendiri. Begitulah juga dengan TCH Bruas. Di dalam perjalanan kita merentas kehidupan, kita jatuh, dan besar kemungkinan kita akan hilang arah. Di TCH, anda akan berasa, “Hati yang tidak pernah membenci, kebencian yang tidak tahu erti lelah, dan sentuhan yang tidak tahu melukai (a heart that never hardens, a temper that never tires, and a touch that never hurts.” – Charles Dickens).”
Dengan cara yang tersendiri, komprehensif dan efektif, TCH berhasrat untuk melahirkan kanak-kanak yang bebas, berfikiran jauh dan sentiasa bersemangat untuk terus belajar.