by on 08/11/2018 2923
Tadika Yume yang telah ditubuhkan pada lebih 20 tahun yang lalu merupakan sebuah institut pembelajaran awal yang menawarkan program-program pendidikan yang menggabungkan Sukatan Pelajaran Prasekolah Kebangsaan dan Pendidikan Montessori dengan sempurna. Tadika ini terletak di dalam sebuah rumah banglo lot tepi yang luas di kejiranan Jalan Anggerik Oncidium. Tadika Yume sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran yang berstruktur, selamat serta penuh kasih sayang bagi para pelajar muda di antara umur 24 bulan hingga 6 tahun.
Puan Pamela Phang menyedari bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dengan keperluan pembangunan serta cabaran yang berbeza. Oleh itu, dia memastikan bahawa program akademik di Tadika Yume adalah diajar berdasarkan kemampuan serta minat setiap pelajar – yang mengakui keperluan pembangunan setiap kanak-kanak. Melalui persekitaran yang berpusatkan kanak-kanak ini, kanak-kanak di Tadika Yume dibimbing untuk belajar melalui pengalaman dan penemuan, seiring dengan falsafah pendidikan Kaedah Montessori.
Kurikulum di Tadika Yume adalah direka untuk membantu menyediakan kanak-kanak untuk memasuki sekolah dalam semua aspek pembelajaran akademik dan sosial supaya kanak-kanak boleh mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh bermakna yang seterusnya membantu kanak-kanak berjaya di dalam sekolah serta dalam hidup mereka. Tadika Yume menulis dan mencetak buku kerja mereka sendiri. “Ini membolehkan kami mengekalkan standard dan kualiti yang tinggi bagi kandungan dan bahan-bahan kami,” jelas Puan Phang.
Selain akademik, rombongan dan lawatan ke tempat-tempat yang menarik turut dianjurkan demi memberi kanak-kanak pengalaman pendidikan di luar persekitaran sekolah. Kanak-kanak yang berdaftar juga boleh menyertai pelbagai aktiviti pengayaan yang mencabar dan menyeronokkan. Mata pelajaran dan aktiviti pengayaan yang ditawarkan adalah:
1) Mata Pelajaran Akademik
2) Kelas Pengayaan (Enrichment Classes)
Tadika Yume mempunyai pasukan pendidik awal kanak-kanak yang berdedikasi, berbakat serta penyayang. Kebanyakan mereka telah menyertai Tadika Yume sejak ia ditubuhkan dan sesetengah mereka telah berkerja di Tadika Yume selama 20 tahun. Kebanyakan pendidik di sini memiliki ijazah kolej dengan pengalaman meluas dalam pendidikan awal kanak-kanak; bersedia untuk bekerjasama demi menghasilkan bilik darjah yang merangsangkan dan menyeronokkan; serta mencurahkan segala usaha mereka demi pembangunan menyeluruh seseorang kanak-kanak.
Seorang pendidik merupakan seorang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk setiap pelajarnya. Dia boleh menjadi seorang guru, mentor, kawan malahan menjadi pengganti ibu bapa. Semua ini boleh didapati di Tadika Yume – guru, mentor, kawan serta pengganti ibu bapa. “Saya amat berterima kasih kepada kakitangan saya dan berasa rendah diri apabila memikirkan dedikasi dan usaha mereka memupuk setiap pelajar dengan sepenuh jiwa raga selama ini......,” kata Puan Phang sehingga sebak akibat emosinya.
Pengetua dan pasukannya sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa kemudahan dan rutin di Tadika Yume adalah memadai untuk memberi kanak-kanak sebuah persekitaran yang selamat dan kanak-kanak boleh belajar dan membangunkan potensi mereka dengan sepenuhnya. Bilik darjah di sini adalah luas, terang dan mempunyai pengudaraan yang baik yang dipenuhi dengan bahan-bahan pengayaan berpusatkan kanak-kanak serta perabot dan hiasan yang berwarna-warni. Kawasan di luar bangunan pula dilengkapi dengan peralatan bermain; ruang berpagar di mana kanak-kanak boleh menikmati sebuah taman permainan yang besar dan lengkap serta kolam renang mereka sendiri untuk sesi bermain air.