by on 23/11/2023 461
Fokus Utama |
|
Terletak di dalam komuniti berpagar yand selamat and terjamin di Puchong. Tadika Titisan Maju menyediakan persekitaran yang mesra dan memupuk untuk kanak-kanak. Sekolah ini diuruskan oleh pendidik berpengalaman yang berdedikasi untuk menyediakan pendidikan awal terbaik untuk kanak-kanak.
Terletak di rumah teres unit sebelah tepi, Tadika Titisan Maju telah berkembang ke unit yang bersebelahan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Ia menawarkan kawasan terbuka yang luas dengan porch kereta yang teduh dan padang rumput yang hijau subur. Ia menyediakan ruang yang mengundang untuk kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal pada waktu pagi dan petang. Di dalam, bilik darjah dilengkapi dengan meja dan kerusi kanak-kanak yang berwarna-warni, papan putih interaktif, dan dihiasi dengan karya seni kanak-kanak, untuk memupuk kreativiti dan imaginasi. Untuk memberikan ketenangan fikiran ibu bapa, kamera CCTV dipasang di sekeliling sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.
Mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Tadika Titisan Maju memfokuskan kepada pembangunan holistik kanak-kanak. Kurikulum ini teratur mengikut 6 bidang utama: komunikasi, spiritualiti, sikap dan nilai, kemanusiaan, pembangunan diri, pembangunan fizikal dan estetika, serta sains dan teknologi. Pendekatan ini melampaui aspek akademik, menanam nilai, karakter, dan pemahaman mendalam tentang dunia. Sekolah ini memperoleh kelulusan dari Kementerian Pendidikan serta guru-gurunya turut mendapat Sijil Kemahiran Pengajaran Prasekolah. Mereka semua dilatih untuk mencipta persekitaran di mana minda muda berkembang dengan baik. Ia bagi memastikan peralihan yang lancar ke sekolah rendah.
Tadika Titisan Maju menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari untuk menyesuaikan keperluan kebanyakkan para ibu bapa dan kanak-kanak. Dengan waktu operasi yang dilanjutkan dari 7 pagi hingga 7 petang, termasuk hari Sabtu, sekolah ini amat sesuai kepada ibu bapa yang bekerja.
Dalam program separuh hari (8 pagi - 12 tengahari), pelajar membelajari mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Matematik, Sains, dan Pendidikan Moral melalui program Pembelajaran Multimedia eDaya. Program ini diatur rapi dengan aktiviti menyeronokkan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) untuk memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21.
Program sepenuh hari pula (8 pagi - 6 petang) menyediakan sokongan komprehensif, termasuk makan tengahari, kemudahan mandi, masa rehat, bimbingan kerja rumah, dan ulang kaji petang. Pelajar juga menikmati aktiviti sekali-sekala seperti kelas memasak dan bermain air untuk meningkatkan perkembangan holistik mereka.
Sekolah ini meluaskan pendidikan di luar bilik darjah. Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti menarik seperti lawatan lapangan yang memberikan pengalaman pembelajaran dunia sebenar. Konsert tahunan sekolah pada bulan Disember adalah platform bagi pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dan juga memberi peluang pada ibu bapa untuk meraikan pencapaian anak mereka dan pertumbuhan mereka. Semasa cuti sekolah pada bulan Jun dan Disember, Tadika Titisan Maju menganjurkan program cuti, termasuk program sains dan aktiviti yang menarik untuk mengembangkan keceergasan dan rasa ingin tahu kanak-kanak. Sekolah juga menyediakan program pengayaan seperti kelas seni dan kraf, aritmetik, dan kelas ukulele pada hari biasa dan hujung minggu. Ia tidak hanya terbuka kepada pelajar tetapi juga kepada bukan pelajar berumur 4 hingga 12 tahun. Justeru, ini dapat membentuk sebuah komuniti pembelajar muda yang bersemangat untuk meneroka bakat mereka.
Tadika Titisan Maju menonjol dengan komitmen luar biasanya dalam membantu ibu bapa yang bekerja dengan waktu yang fleksibel dan dilanjutkan serta yuran yang berpatutan, ia dapat menjadikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua. Sekolah ini tidak hanya membantu membangunkan minda muda tetapi juga memberi keutamaan kepada kesejahteraan keseluruhan mereka. Kanak-kanak tidak hanya belajar tetapi juga merasa keselesaan dan kasih sayang di dalam persekitaran yang terjamin ini. Terdapat juga ramai yang menunjukkan kasih sejati mereka terhadap sekolah. Keselesaan unik ini dipupuk oleh guru-guru yang penuh kasih dan kesabaran dari sekolah ini yang memainkan peranan penting dalam membimbing pengembangan pendidikan kanak-kanak.