on 24/05/2018 6103
Iman Minda adalah sebuah kindergarten Islamik yang bertempat di kawasan kejiranan Setia Ecohill Semenyih. Iman Minda adalah sebuah pusat yang berdaftar di bawah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM).
Kami tidak mengambil sebarang jalan mudah. Kami ikut segala prosedur yang ada. Kata setuju dari pihak bomba dan kesihatan Malaysia adalah wajib didapati.Jelas Encik Azfar, seorang graduan kejuruteraan, juga selaku pemilik bersama tadika bersama isteri beliau
Isteri Encik Azfar, pernah bekerja sebagai guru tadika selama lebih daripada 5 tahun. Pengalaman ini telah digunakan oleh beliau untuk menimba ilmu dan selok-belok, selain mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan. Melaui pengalaman ini, beliau akhirnya bertindak untuk membuka tadika beliau sendiri. Iman Minda Cerdas ditubuhkan pada bulan Januari, 2017 dengan hanya beberapa orang murid sahaja. Tetapi akibat daripada kawasannya yang strategik, jumlah kanak-kanak semakin bertambah. Berita kewujudan tadika ini dihebah oleh ibu bapa yang telah menghantar mereka ke situ. Lama-kelamaan, Iman Minda berjaya menarik perhatian bukan sahaja ibu bapa yang berada berdekatan dengannya, malah mereka yang tinggal agak jauh dari Iman Minda.
Antara aspek menarik Iman Minda adalah, selain kurikulum yang komprehensif dan bahagian dalam premis yang dihias cantik, Iman Minda tidak berada di bawah mana-mana francais. Iman Minda berdiri atas namanya sendiri. Maka tidak hairanlah jika yuran pengajian di Iman Minda adalah lebih murah berbanding pusat-pusat francais yang lain.
Langkah ini disengajakan. Kami ingin menawarkan kurikulum Islamik untuk kanak-kanak yang lebih kukuh, dengan harga yang lebih berpatutan serta mampu milik.Encik Azfar
Isteri kepada Encik Azfar sebagai pengetua, Iman Minda mempunyai barisan pendidik yang berpengalaman serta berkelulusan. Adalah wajib untuk cikgu-cikgu hadir menyertai latihan dan seminar. Bagi memastikan tahap kualiti pembelajaran dan pelajaran di Iman Minda sentiasa di tahap yang memuaskan, cikgu-cikgu dikehendaki untuk menghadiri latihan-latihan yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap 3 bulan.
Kelulusan itu penting tetapi tidak muktamad. Keperibadian serta pengalaman juga penting. Kami mahu cikgu-cikgu tidak hanya bagus di atas kertas sahaja, tetapi benar-benar bagus dan berdedikasi, jelas Encik Azfar
Iman Minda kini mempunyai 30 orang kanak-kanak dan semakin bertambah. Pertanyaan untuk kemasukan seterusnya sudah diterima sejak April yang lalu. Subjek-subjek akademik yang diajar di Iman Minda telah ditulis berdasarkan saranan KSPK, serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Iman Minda percaya yang pembelajaran tidak formal itu adalah sama penting, serta berkebolehan mendidik kanak-kanak dengan efektif.
Pembelajaran tidak formal bukan sahaja seronok, tetapi mampu untuk meransang emosi kanak-kanak.Encik Azfar
Seperti yang telah disarankan oleh KPSK, serta dalam usaha untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan relevan, Iman Minda mengambil keputusan untuk tidak mengendalikan sebarang peperiksaan yang berat. Subjek-subjek yang ditawarkan di Iman Minda adalah seperti berikut:
1) Bahasa Melayu
2) English
3) Matematik
4) Sains
5) Seni
6) Pendidikan Islam
7) Little Scientist
8) Genius Mathematics
Selain dari 8 subjek ini, Iman Muda juga menawarkan kursus-kursus Islamik yang komprehensif seperti Iqra, Fardhu Ain, Bacaan Quran dan Amali Solat. Ini kerana, Iman Minda bukan sahaja berhasrat untuk memberikan penekanan dalam aspek akademik, malah aspek spiritual. Rombongan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kanak-kanak di Iman Minda tidak berasa bosan.
Kawasan kejiranan berpagar lengkap dengan pengawai-pengawai keselamatan yang bekerja 24 jam. Banglo dua tingkat Iman Minda berada di kawasan sudut rumah teres, lengkap dengan garaj dan halamannya sendiri. Iman Minda mempunyai 3 bilik besar di tingkat 1. Satu dapur dan satu dewan pelbagai guna di aras bawah. Semua bilik di tingkat 1 dihias dengan cantik bewarna-warni. Ruang dewan pelbagai guna dilapik dengan permaidani, supaya kanak berasa lebih selesa untuk bergerak. Pemakanan yang baik adalah penting untuk kanak-kanak. Di Iman Minda, makanan dimasak oleh chef.
TIMC menawarkan modul pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk kanak-kanak, saya dapat melihat peningkatan positif terhadap anak perempuan saya. Saya sangat berpuas hati menghantar Khayra di sini. Sebab utama adalah dedikasi, penjagaan dan kasih sayang dari guru-guru terhadap anak-anak. Anak saya bertambah baik dalam komunikasi dan kemahiran sosialnya, membaca dan menulis. Terima kasih kepada semua guru untuk pengalaman zaman kanak-kanak yang berharga - Badrul Amin
TIMC adalah sebuah tempat terbaik untuk kanak-kanak yang ingin belajar perkara-perkara baru dan pada masa yang sama, dapat berseronok. Ia dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan yang akan membangunkan kemahiran serta mengasah kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Saya benar-benar berpuas hati menghantar anak saya ke TIMC. Bukan sahaja mereka mendapat banyak manfaat di dalam bilik darjah, tetapi mereka juga terlibat dengan aktiviti luar, kedua-dua memberi nilai-nilai yang baik, dan semua guru di TIMC adalah hebat - Nur Nadirah