by on 07/05/2021 628
Sorotan Penting |
|
Tadika Berdikari, Taman Equine, Seri Kembangan menyediakan prasekolah, perkhidmatan jagaan harian dan bimbingan kerja rumah untuk pelajar berumur 3 hingga 12 tahun. Matlamat pusat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah dengan pengetahuan akademik yang utama dan kemahiran lain yang penting seperti sikap berdikari dan berdisiplin.
Pengasas bersama dan pengetuanya, Cik Yip menyediakan tempat ini untuk mewujudkan suasana rumah kedua untuk kanak-kanak dan memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. Ibu bapa boleh memilih untuk meninggalkan anak-anak mereka di sini sehari penuh dari 7.30 pagi hingga 7.00 malam.
Tadika ini terletak di tingkat atas dan menempati dua lot kedai yang luas. Suasana di dalamnya tersedia lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang belajar yang terbuka, kelas persendirian, sudut papan kekunci, kawasan rehat bersofa, bilik mandi serta bilik tidur siang. Kanak-kanak juga berpeluang untuk berseronok di taman permainan di dalam bangunan yang dikelilingi oleh buaian, dinding lego, skuter dan basikal.
Selain itu, keadaan di pusat ini sentiasa bersih dan selamat sepanjang masa. Pintu masuknya berkunci dan hanya ahli keluarga yang dibenarkan sahaja dapat masuk. Pembersihan dan sanitasi harian premis telah dilaksanakan, dan kanak-kanak diingatkan untuk mengamalkan amalan kebersihan yang baik untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Kanak-kanak belajar mengikut kurikulum KSPK yang mantap. Pengajaran berpandu kepada tema berbeza yang relevan dengan kumpulan umur mereka, seperti pengangkutan, buah-buahan dan haiwan. Setiap hari, mereka dapat mengikuti pelbagai aktiviti amali dan berbilang sensori yang memotivasikan mereka untuk belajar secara semula jadi.
Kurikulum ini mendedahkan kanak-kanak kepada banyak bidang pembelajaran berbeza untuk membantu mereka membina asas yang kukuh bagi memasuki sekolah rendah.
Subjek yang Ditawarkan |
|
Bahasa Inggeris |
Seni & Kraf |
Bahasa Malaysia |
Muzik |
Bahasa Cina |
Pendidikan Jasmani |
Matematik |
Tarian |
Sains |
Pembelajaran S.T.E.A.M. |
Perkembangan Moral & Karakter |
Memasak |
Para guru menempatkan kanak-kanak dalam kelas yang bersaiz kecil semasa belajar untuk memastikan kanak-kanak ini menerima perhatian yang diperlukan oleh mereka untuk berkembang dengan sihat. Dengan cara ini, kanak-kanak yang agak ketinggalan atau lebih pemalu dapat terus terlibat dalam pembelajaran. Kanak-kanak juga memperoleh bimbingan tambahan dalam membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran apabila mereka berada di sini.
Perayaan kebudayaan utama seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Raya juga disambut, yang membolehkan kanak-kanak ini memakai kostum, mencuba makanan berbeza dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang mengujakan. Sebelum tahun-tahun COVID, kanak-kanak dapat memperhatikan dunia di sekeliling mereka melalui lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik seperti ladang dan balai bomba.
Para guru menekankan penanaman nilai moral yang baik dalam diri kanak-kanak untuk perkembangan menyeluruh. Mereka menggunakan waktu belajar, permainan bebas dan rutin harian untuk menggalakkan sifat peribadi positif dan membuat para pelajar memahami kepentingan berhubung secara baik dengan rakan-rakan.
Pusat ini menghidangkan makanan dan snek seimbang yang membekalkan khasiat untuk anak-anak yang sedang membesar, sama seperti makanan yang dimasak oleh ibu bapa di rumah. Menu mingguannya termasuk pelbagai pilihan makanan berbeza yang memenuhi keperluan khasiat kanak-kanak. Masa makan juga merupakan peluang yang baik untuk kanak-kanak meningkatkan kosa kata baharu, selain melatih adab yang baik di meja makan.
Para guru di Tadika Berdikari semuanya berkelayakan dan terlatih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka tahu selok-belok untuk membantu kanak-kanak memenuhi tahap perkembangan mereka dengan berbekalkan kesabaran yang tinggi. Para guru dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak pada tahap mereka dan memberikan butiran kemajuan kepada ibu bapa. Jelas sekali bahawa kanak-kanak ini menyayangi guru-guru dan mempunyai hubungan yang erat dengan mereka.