by on 24/10/2018 2938
SuperFun Learners diperkenalkan buat kali pertama pada 20 tahun yang lalu. Sejak itu, kemudahan ini telah berpindah dan kini ditempatkan di dalam tiga unit kedai di Bandar Kinrara, Puchong. Suasananya tenang dan damai tanpa gangguan daripada kehidupan urban. Pelan sekolah ini sengaja diatur untuk merangkumi bilik darjah tanpa had, sudut inovasi, bilik komputer, makmal sains, perpustakaan si cilik, kawasan bermain dalaman, pentas persembahan dan ruang pembelajaran fleksibel yang luas. Sejak penubuhannya, sekolah ini mengekalkan reputasinya sebagai sekolah yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang memuaskan sambil mengekalkan hubungan yang rapat dengan ibu bapa.
SuperFun Learners menyediakan banyak ruang untuk memastikan anak-anak mula belajar dengan cara yang betul.
Tadika ini berusaha untuk mendidik kanak-kanak supaya menjadi pelajar yang berdikari, bersemangat dan sentiasa ingin belajar menerusi sistem pendidikan FunGates yang terbukti berkesan. Sistem ini membantu para pelajar cilik yang berusia 3 hingga 6 tahun untuk menjadi diri mereka yang terbaik dan membangunkan potensi diri yang sebenar. Kanak-kanak yang belajar di SuperFun Learners mendapat manfaat daripada program yang seimbang dari segi akademik, seni, muzik dan aktiviti fizikal. Dalam persekitaran yang disediakan dengan teliti, kanak-kanak sentiasa dirangsang melalui pendekatan pembelajaran yang aktif dan secara amali dalam bidang utama yang berikut:
Sistem 'Phonics and Blends' FunGates menyediakan asas untuk sebutan yang tepat. Kanak-kanak akan berasa seronok dan mempelajari bahasa Inggeris tanpa dipaksa-paksa menerusi gabungan aktiviti dinamik dalam persekitaran yang menggalakkan mereka meneroka.
Kanak-kanak akan berasa yakin untuk membaca, menulis, bertutur dan mendengar percakapan orang lain dalam Bahasa Malaysia. Mereka diberi pelbagai jenis bahan pembelajaran untuk mencetuskan minat mereka untuk meneroka perkataan baharu dan mengembangkan kosa kata mereka.
Pelbagai sumber pembelajaran seperti bantuan multimedia, visual yang berwarna-warni dan buku kerja khas membantu kanak-kanak mengukuhkan pembelajaran mereka dalam konteks yang berbeza. Kelas ini menyertakan sajak, simpulan bahasa, peribahasa dan banyak lagi untuk membolehkan kanak-kanak menguasai konsep mempelajari bahasa Cina.
Kanak-kanak akan membentuk asas untuk berfikir, menaakul dan menyelesaikan masalah Matematik. Pengembaraan Matematik membolehkan mereka melibatkan diri dalam proses pengiraan, penyusunan, perbandingan, penghasilan pola, padanan dan melihat bentuk serta ukuran.
Menerusi eksperimen dan pengalaman daripada penyelidikan bidang sains, kanak-kanak dapat meneroka makhluk, tumbuhan, orang dan objek di dalam persekitaran semula jadi mereka. Ini menggalakkan kanak-kanak meneroka, memantau, meramal dan bertanya soalan tentang cara benda berfungsi dan sebab benda terhasil.
Pelajaran ini memupuk potensi kreatif dan imaginasi kanak-kanak. Guru seni menggabungkan banyak aktiviti yang menghargai seni untuk menggalakkan kanak-kanak mengutarakan idea mereka dengan menggunakan pelbagai media seni.
Sesi ini menggalakkan kanak-kanak meneroka dan bermain dengan pelbagai bahan. Aktiviti seperti muzik, pergerakan, tarian dan main peranan memberi kanak-kanak peluang untuk berkongsi idea dan perasaan mereka serta mengukuhkan kemahiran motor mereka.
Tidak seperti bilik darjah yang biasa, para guru bekerjasama dengan kanak-kanak dalam bilik darjah dengan konsep terbuka. Suasana ini dapat membantu kanak-kanak menumpukan perhatian, meningkatkan kecerdasan emosi dan membina keupayaan secara perlahan-lahan untuk berdepan dengan situasi dunia sebenar. Sesi bilik darjah menggunakan Papan SMART yang interaktif dan pelbagai bahan bantu mengajar serta bahan pembelajaran yang sesuai untuk pembangunan kanak-kanak. Dengan adanya pelbagai jenis bahan pendidikan, kanak-kanak dapat merasai betapa seronoknya sesi pembelajaran. Oleh itu, mereka akan belajar dengan lebih berkesan, bebas mengutarakan idea mereka dan dapat berfikir di luar kotak dengan penyelesaian yang lebih inovatif.
Untuk meningkatkan kejayaan pendidikan dalam jangka masa yang panjang, pelbagai aktiviti kokurikulum dan program selepas waktu sekolah ditawarkan. Program sepanjang hari dikayakan menerusi pembelajaran secara mingguan dalam bidang pertuturan dan drama, seni dan kraf, bimbingan kerja rumah, waktu bercerita, pembangunan moral dan pengayaan bahasa dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Aktiviti kokurikulum seperti lawatan sambil belajar, hari sukan dan persembahan konsert dianjurkan untuk memupuk rasa yakin dan semangat berpasukan.
Keluarga yang menghantar anak mereka ke sekolah ini mengamanahkan kanak-kanak ini kepada sebuah sekolah yang menekankan aspek kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Kanak-kanak diberi makanan berkhasiat dan seimbang yang disediakan oleh rakan kongsi katering sekolah ini. Pentadbiran sekolah ini melaksanakan rutin sanitasi harian, memasang kamera CCTV secara strategik dan mempunyai prosedur penghantaran dan pengambilan kanak-kanak yang ketat.
SuperFun Learners bukan sahaja menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran, tetapi juga yang membimbing kanak-kanak terhadap tanggungjawab, cabaran dan peluang di dunia persekolahan dan alam dewasa. Kanak-kanak akan menamatkan pengajian di sini dengan asas kemahiran yang kukuh dan pengalaman pembelajaran supaya mereka dapat beralih ke dunia sekolah rendah dengan lancar. Yang penting, kanak-kanak akan membesar menjadi individu yang ceria, sihat dan serba boleh yang mampu menyumbang secara positif kepada dunia ini.
Kejayaan kurikulum SuperFun Learner dicapai menerusi kepakaran sekumpulan guru yang telah lama berkhidmat, yang gigih mengajar untuk mencapai misi yang sama. Para guru adalah berkelayakan, berpengalaman dan amat berdedikasi dalam menyesuaikan pengalaman pembelajaran mengikut keperluan pelajar sambil berkhidmat dalam masyarakat.
Selain peruntukan perkhidmatan pendidikan, SuperFun Learners juga mengambil bahagian secara aktif dalam kerja amal. Sebahagian daripada yuran bulanan sekolah akan diderma kepada Yayasan FunGates Superflow. Yayasan ini membantu pesakit dengan kegagalan buah pinggang, kanak-kanak dan orang dewasa istimewa serta ahli masyarakat lain yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan.