by on 18/05/2018 2232
Summer Academy Subang Jaya adalah satu contoh yang unggul bahawa pendidikan yang hebat tidak hanya bergantung kepada aspek akademik yang cemerlang. Moto sekolah "Learning is Fun; It is Fun to Learn ... " mewakili falsafah utama yang berhasrat untuk membentuk pengalaman kanak-kanak sepanjang tempoh pembelajaran mereka di Summer Academy. Tumpuan utama adalah untuk memupuk minda kanak-kanak yang sentiasa dalam mod ingin tahu, dalam usaha sekolah untuk membina asas yang kuat penuh dengan keyakinan, semangat dan integriti.
Summer Academy berdiri di atas tiang-tiang cinta, rasa hormat dan komunikasi. Guru memahami bahawa kenangan zaman kanak-kanak, terutamanya yang bermula daripada tadika itu sendiri, mempunyai impak yang lebih besar daripada memori-memori lain seorang individu. Pengalaman ini mempunyai kekuatan untuk membentuk seorang kanak-kanak. Dalam hal ini, keputusan-keputusan yang dibuat mencerminkan komitmen jangka masa panjang dalam usaha memastikan anak-anak rasa seronok, positif, berpeluang mengalami hubungan yang kuat serta hubungan kekeluargaan di kalangan masyarakat.
Pendidikan antarabangsa boleh memberi maksud yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Summer Academy memilih program-program mereka dengan berhati-hati, supaya misi membentuk kendiri pelajar yang lebih global boleh dilaksanakan dengan lancar. Program-program yang dipilih oleh Summer Academy datang dari pelbagai negara, seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan China. Kanak-kanak, berumur 3 hingga 6 tahun, dididik mengikut kurikulum antarabangsa yang sesuai dan telah diolah mengikut cita rasa dan saranan budaya tempatan.
Teras kurikulum di Summer Academy menyokong model pembelajaran melalui bidang utama berikut:
Unsur-unsur asas kokurikulum di Summer Academy memberi penekanan kepada pembelajaran yang berasaskan tema terpilih, minat pelajar, dan penyelesaian masalah. Ruang premis Summer Academy adalah luas, membolehkan kanak-kanak meneroka, melakukan eksplorasi dalam persekitaran yang didaktik serta terbimbing. Setiap hari kanak-kanak dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang memerlukan mereka untuk terus bertanya. Aktiviti ini melibatkan nyanyian lagu, penceritaan, permainan dan latihan fizikal.
Menggunakan pendekatan “whole child,” Summer Academy memberi penekanan kepada usaha bagi memupuk kebolehan akademik kanak-kanak, dari aspek emosi, mahupun aspek fizikal secara berkumpulan. Sokongan pendidikan adalah bersifat peribadi dan individu. Kanak-kanak digalakkan untuk belajar bekerjasama dengan orang lain, meluahkan kreativiti mereka,menjaga hubungan rakan sebaya, sambil menghalusi kemahiran yang mereka perlukan untuk fasa peralihan yang lancar ke sekolah kelak.
Sebagai sekolah rasmi yang menawarkan program ”Leader in Me,” guru-guru dilatih dengan harapan aspek kepimpinan menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran, baik di sekolah mahupun di rumah. Guru akan berusaha untuk menanam prinsip kepimpinan dalam minda muda, mewujudkan budaya kepimpinan bersama bukan sahaja di sekolah, tetapi di rumah. Pendedahan ini, tenaga pendidik yang berdedikasi serta atmosfera yang kondusif, membantu memupuk kanak-kanak untuk belajar mengambil inisiatif, mencari penyelesaian yang lebih kreatif, serta berdikari dan dapat merancang, menjejaki dan menguruskan kehidupan mereka di dalam kelas dan seterusnya.
Tawaran program lanjutan ini membolehkan keluarga menguruskan hari persekolahan mengikut kemampuan mereka serta sejajar dengan keperluan perkembangan anak-anak mereka. Selepas tamat sesi persekolahan, Summer Academy menawarkan perkhidmatan sokongan kerja rumah, hidangan makanan ringan dan waktu tidur. Aktiviti yang terlibat meliputi program pengayaan - program kesenian, penulisan kreatif, Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Malaysia dan Taekwondo. Di samping itu, acara bulanan, lawatan lapangan, hari sukan dan konsert - semua ini tersenarai dalam kurikulum Summer Academy.
Aktiviti pembelajaran adalah penting, bergitu juga aspek pemakanan. Menu kanak-kanak adalah segar dan berkhasiat. Penglibatan ibu bapa dalam semua aspek kehidupan anak mereka di sekolah mewujudkan suasana mesra. Komunikasi secara dekat diamalkan sepanjang tahun akademik.
Pelajar menerima kurikulum pendidikan yang sebaik mungkin berkat usaha guru yang berdedikasi di Summer Academy. Persekitaran yang selamat, kreatif serta positif membantu kanak-kanak menghalusi potensi, memupuk rasa cinta untuk terus belajar. Dengan pengalaman yang ada untuk meneroka, belajar, berkomunikasi, bersosial, menjaga satu sama lain dan menyelesaikan masalah, kanak-kanak dilengkapi dengan pelbagai kemahiran yang akan memberi mereka manfaat yang terbaik dalam kehidupan di sekolah mahupun di luar, sekarang juga di masa hadapan.
Summer Academy mempunyai 2 cawangan lain di Taman Tun Dr Ismail dan Damansara Utama. Baca lebih lanjut mengenai Summer Academy di sini.